. Tiga minggu telah berlalu sejak pertemuan di antara Haikal dan Azura, begitu juga Aiman dan Humaira.
Haikal dan Humaira kini sudah kembali ke Kuala Lumpur untuk menguruskan beberapa perkara di syarikat Tan Sri Ahmad Johari.
Tiga minggu itu jugalah, Haikal kerap termenung seorang diri.
Fikirannya teringatkan kenangan manis menonton wayang bersama Azura.
Mereka berdua kemudian berpegangan tangan dan kemudian menikmati juadah makanan barat di sebuah restoran mewah di Alor Setar.
Perasaan itu tidak dirasai oleh Haikal seorang.
Pada ketika itu di Perlis pula, sedang Aiman bekerja di kebun buah-buahannya, Azura yang berada di rumah sebelum memulakan syif malamnya sedang memakai baju kurung dan shawl pembelian Haikal sambil melihat-lihat dirinya sendiri di dalam cermin.
Kenangan bersama Haikal dimainkan semula beberapa kali di dalam fikirannya sambil dia menyanyi-nyanyi sendiri.
Pada waktu yang sama pula, Aiman yang berada di kebun baring di dalam hammock sambil merenung gambar swafotonya bersama Humaira yang telah diambilnya.
Setiap hari dia akan melihat gambar itu, kadang kala sampai berjam-jam lamanya.
Humaira juga dua kali lima.
Apabila Haikal tidak ada bersamanya, dia akan juga membuka gambar swafoto yang telah dikongsi oleh Aiman.
Wajah lelaki itu ditatapi sambil Humaira melayang fikiran sambil senyum-senyum sendirian.
ʻʻMyraʼʼ Tan Sri Johari menegur anaknya yang seperti sedang dilamun cinta.
Humaira tersentak mendengar panggilan bapanya.
Cuba untuk membuang senyum dari wajahnya.
ʻʻYes, Papa?ʼʼʻʻApasal senyum sorang-sorang tu?ʼʼ tanya Johari.
ʻʻTak de pape, Pa.
Myra tengok TikTok jer.
Biasalah macam-macam diaorang post dekat situ.
Banyak yang kelakar.
ʼʼ balas Humaira, sedikit melindungi perbuatannya berangan sorang-sorang itu.
Johari mendengus sedikit sambil memeluk tubuh sendiri sedikit menggeleng kepala.
Dia tahu satu-satunya anak perempuannya ini sedang mengelamun tentang sesuatu.
Atau seseorang.
ʻʻMyra dah tengokkan any potential tapak-tapak baru untuk projek resort kita?ʼʼ tanya Johari kepada anak perempuannya itu.
Humaira terfikir sejenak tentang soalan bapanya itu.
Fikirannya yang masih teringatkan Aiman, terus mendapat idea.
ʻʻPa resort-resort kita semuanya bertaraf five-stars.
Myra nak go back to basics la, macam yang papa buat dengan arwah mama pertama kali duluʼʼ kata Humaira, memulakan cadangannya.
ʻʻMacam Papa dan arwah Mama first buat dulu? You mean... homestay?ʼʼ Johari mengerutkan dari, terfikir sendiri.
ʻʻMyra... that was before you were born.
Our first project.
Kita dah berkembang dari homestay ke five-star resorts.
Why do you want to go back to that concept?ʼʼʻʻPapa.
Look at thisʼʼ Humaira tersenyum dan menjemput bapanya melihat cadangnnya yang telah dilakarkan di skrin iMac 27 inci di atas meja kerjanya.
Johari pun beralih berdiri sebelah anak perempuannya, melihat skrin 27 inci itu.
Humaira meneruskan pembentangannya sambil menunjuk-nunjuk lakaran yang telah dibuat pada skrin komputer itu.
ʻʻLook at this, papa.
This is project proposal yang Myra dah buatʼʼʻʻLooks interesting.
Go onʼʼ kata Johari sambil menunjuk minat.
ʻʻThere is something majestic about homestay, especially kalau style rumah kampung.
Kita highlight our traditional values.
Myra cadang kita buat teratak kayu, macam rumah kampung, tapi the interior design is still tip-top.
Of course, bila dalam suasana kebun, the guests will have unlimited access to fresh fruits.
And.. lagi satu kalau rumah kampung ni, mesti ada jeram kan?.
Kalau ada air terjun lagi best.
Boleh guests dapat merasa mandi air sungaiʼʼ cadang Humaira lagi sambil membentangkan cadangannya.
Sumber:Internet