. Humaira duduk termenung di bucu katil.
Televisyen dibiarkan terpasang.
Jari-jemarinya mengusap-usap bibirnya.
Air mata dibiarkan meleleh di pipi.
Fikirannya terkenang kejadian yang terjadi petang tadi semasa dia bersama Aiman.
Hatinya bergolak keliru, antara suka bercampur duka... antara menerima dan menolak perasaannya sendiri.
Apa yang dah aku buat? Mengapa?Humaira termenung mengingati apa yang telah berlaku.
Walaupun kejadian itu berlaku tanpa dirancang.. tanpa sedar.. tanpa sengaja, namun.. kejadian itu telah membuatkan Humaira berasa sangat bersalah kepada suaminya.
Humaira berasa sangat berdosa dengan apa yang telah berlaku.
Sepanjang hidupnya, Humaira tidak pernah merasa konflik di dalam dirinya sehebat yang dirasanya sekarang.
Kenapa dia rasa begitu, dia pun tidak tahu.
Soal hati, tiada sebarang jawapan yang menunggu.
Walaupun sepanjang sepuluh tahun yang lalu, kehidupannya terlalu bebas.
Hampir setiap malam Humaira akan berpeleseran di kelab-kelab malam.
Pergaulannya dengan mana-mana lelaki dianggap biasa baginya.
Walaupun selalu ditegur Haikal, namun tidak diendahkannya.
Namun di sudut hati kecilnya, dia bersyukur kerana Haikal tidak jemu menjaganya sehinggalah mereka terlanjur dan berkahwin.
Sejak itu, Humaira taat kepada suaminya yang sah.
Jika hendak ke kelab malam, dia akan pergi bersama Haikal.
Jika dia hendak minum, dia akan minum bersama Haikal.
Dan dari detik itu juga la, Humaira taat kepada lelaki yang terlalu mengambil berat terhadap dirinya.
Adat dalam perkahwinan, sedangkan lidah lagikan tergigit.
Inikan pula hubungan suami isteri.
Tetapi, segala kekusutan itu dapat diselesaikan dengan aman.
Namun, kejadian pada petang tadi telah membuatkan dia sedar siapa dirinya.
Dia mengesat air matanya.
Humaira bangun dan melangkah ke meja solek untuk mengambil telefonnya.
Jarinya terus menaip sambil berselang seli mengesat air matanya.
Humaira: ʻʻAiman... Myra rasa kita terlalu ceMesej yang ditaip terbiar tidak dihantar kepada Aiman.
Otaknya terus berfikir apa yang harus dilakukannya.
Fikirannya hampir buntu tidak tahu bagaimana dia hendak menyelesaikan masalah yang membendung perasaannya.
Buat pertama kali dalam hidupnya, dia merasa bersalah.
Dia berasa berdosa.
Berasa berdosa terhadap Haikal.
Terhadap suaminya.
Kerana pertama kali dalam hidupnya, Humaira terasa yang dia telah berlaku curang.
Truuttt.. Truuttt..Terus mata Humaira memandang skrin telefonnya memeriksa nama pemanggil tersebut.
Hatinya berdebar.
ʻʻHello? Aiman?ʼʼ jawab Humaira pada panggilan tersebut.
ʻʻAssalamualaikum, Myraʼʼ suara Aiman memberi salam.
ʻʻWaʼalaikum salamʼʼ balas Humaira sepatah.
ʻʻMyra, awak okay ke?ʼʼ tanya Aiman, risau.
Humaira menelan air liur.
Dia cuba untuk tidak menangis.
Dia cuba agar Aiman tidak mendengar tangisannya.
ʻʻMyra okay, Aimanʼʼ balas Humaira.
Ringkas soalan, ringkaslah jawapannya.
Perbualan mereka berdua terdiam seketika.
Aiman dapat merasa kelainan pada Humaira.
Tidak seperti selalu.
ʻʻHaikal ada dekat situ?ʼʼ tanya Aiman.
Humaira menggeleng kepala.
Walaupun Aiman tidak dapat melihatnya, dia hanya mendengar jawapan dari suara lembut isteri rakannya itu.
ʻʻTakʼʼ kata Humaira antara dengar dan tidak.
Sumber:Internet