. Seperti kebiasaan setiap pagi, Aiman akan terjaga dari tidurnya dengan sendirinya.
Tidak perlu ada sebarang jam loceng pun untuk mengejutkannya untuk bangun.
Aiman menoleh ke sebelah katilnya.
Isterinya Azura tidak ada di sebelah.
Aiman menoleh pula ke arah bilik air mereka.
Aiman mendengar Azura sedang mandi dahulu di dalam bilik air itu.
Melihat isterinya tiada di sebelahnya, Aiman terus mencapai telefonnya yang terletak di meja sebelah katil.
Terus dia memeriksa telefon itu sekiranya ada menerima sebarang mesej dari seseorang.
Terpancar riak hampa apabila dia tidak apa-apapun yang diterima dari Humaira.
ʻKenapa awak diam, Humaira? bagilah aku peluangʼ Aiman mengeluh sendiri.
Aiman kembali meletakkan telefon itu di atas meja itu.
Dia masih menaruh harapan kepada Humaira.
Dia tidak mahu hubungannya bersama isteri Haikal itu terputus begitu sahaja.
Adakah dia terlampau gopoh untuk memenangi hati wanita itu? Aiman menyapu muka sendiri dengan tangan sambil termenung mengenangkan isteri kawannya itu.
Aiman bangun dan duduk bersandarkan tubuhnya pada dinding di hujung kepala katil.
Dia hanya duduk di situ sambil menanti isterinya selesai mandi sebelum gilirannya pula untuk menyegarkan diri.
Wajah jelita Humaira tidak mahu terpisah dari ingatannya.
Sebaik Azura kembali ke dalam bilik dengan berkemban tuala, Aiman terus sahaja bangun dan menuju ke bilik mandi, melepasi isterinya yang baru sahaja keluar.
ʻKenapa pulak dia ni macam moody jer pagi-pagi ni?ʼAzura berasa hairan dengan perubahan sikap Aiman.
Jika dahulu, suaminya pasti akan bermesra dengannya.
Pasti tualanya akan ditarik sehingga terlondeh.
Ada harinya, dia terpaksa mandi dua kali di waktu pagi seperti itu.
Tetapi Azura tahu, Aiman tidak boleh sepenuhnya dipersalahkan.
Malam tadi ketika Aiman mengajaknya untuk bersama, dia telah menolak kehendak suaminya itu.
Tetapi Azura tidak boleh memaksa diri sendiri.
Sejak kebelakangan ini, dia juga berasa dingin dengan suaminya.
Ada saja benda yang tak kena.
Mungkin disebabkan hadirnya seorang lelaki bernama Haikal di dalam hidupnya.
Lelaki yang sentiasa dia kenangkan pada setiap masa yang terluang.
Termasuklah ketika dia sedang mandi tadi.
Tangan menyabun badan, sambil mencuci dan mengusap alat sulit sendiri, Azura memejam mata sambil memainkan semula pengalamannya bersama Haikal di Alor Setar.
Tengok wayang bersama.
Jalan berpimpin tangan.
Makan malam bersama.
Mungkin sekadar fantasi sendiri, Azura bermimpi alangkah bahagianya sekiranya dirinya menjadi teman hidup Haikal.
Kerana bagi Azura, Haikal lebih menyokongnya ke arah kehidupan yang lebih sempurna.
Ke arah satu kehidupan yang lebih mewah berbanding daripada hidupnya bersama Aiman.
ʻʻZura... tunggu abang... kita solat subuh sama-samaʼʼ tiba-tiba suara Aiman memeranjatkannya dari lamunan subuh pagi.
Hanya kepala Aiman sahaja kelihatan dari sebalik pintu bilik air mereka.
ʻʻYa lah, bang.
Pergilah mandi cepatʼʼ angguk Azura kepada Aiman, ʻʻSubuh dah nak masuk niʼʼʻʻAbang mandi kejap jer.
Bukan kena mandi wajib punʼʼ sindir Aiman kepada Azura.
ʻʻZura tolong sediakan sejadah duluʼʼAzura tidak menjawab.
Panas sahaja sindiran suaminya tadi.
Apapun, Azura tetap patuh kepada pesanan Aiman tadi.
Dia memakai telekung dan menghamparkan sejadah dan duduk menanti suaminya.
Sementara menunggu Aiman, sempat Azura membaca Al-Quran.
Namun, belum habis semuka, Aiman kembali dan terus memakai kain pelikat dan baju Melayu.
Memang telah menjadi tanggungjawab Aiman mengimamkan isterinya.
Sumber:Internet