Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 2

. Di suatu petang yang mendung dan dingin, kedengaran riuh rendah para pelajar yang sedang leka bermain bola sepak di sebuah padang sekolah.
Namun dalam keriuhan dan kelekaan bermain itu, kelihatan seorang pelajar sedang duduk bersendirian di bawah sebatang pokok yang berada tidak jauh dari padang itu sambil menelaah pelajarannya.
Tangannya memegang erat sebuah buku teks Kimia, tetapi pandangan matanya dihalakan jauh ke hadapan.
Renungan matanya itu langsung tidak menghiraukan permainan bola sepak yang sedang berlangsung.
Tiada sesiapapun yang mengetahui erti renungannya tersebut.
ʻʻBoleh cikgu tumpang duduk?ʼʼ tegur Cikgu Rahim yang tiba-tiba sahaja muncul berdiri di hadapannya, sekaligus menghalang renungannya itu.
Jika tidak kerana teguran dan halangan yang muncul secara tiba-tiba di hadapannya, pasti pelajar itu akan terus hanyut dari alam nyata.
Dia yang sedang asyik dengan lamunannya itu langsung tidak memperdulikan mereka yang sedang asyik bermain, mahupun yang lalu lalang di hadapannya.
Cikgu Rahim menatap wajah yang mendongakkan kepala melihatnya, raut wajahnya jelas menggambarkan keresahan yang sedang menyelimuti sanubarinya.
ʻʻEh! Cikgu ke?... Sori, saya tak perasan tadi! Silakan, Cikgu.
Lagipun tempat ini bukan hak milik saya punʼʼ balas pelajar yang berumur 17 tahun itu dengan tutur kata penuh hormat.
ʻʻJauh merenung... dari tadi lagi cikgu perhatikan kamu.
Kenapa kamu tak join main bola sekali?ʼʼ mukadimah seorang guru yang cuba menyelami apakah yang sedang mengganggu perasaan anak muridnya itu, sambil melabuhkan punggung duduk di sebelah pelajar itu.
ʻʻMalaih la, cikgu.
Saya cuma nak study sambil berehat ja kat sini.
Ambik angin satʼʼ balas pelajar itu dengan tenang sambil menutup hamparan helaian buku Kimia yang berada di tangannya.
ʻʻKamu dah makan?ʼʼ tanya guru itu pula, cuba menukar topik perbualan sambil menoleh kepalanya melihat anak-anak muridnya yang lain bermain bola.
ʻʻDah cikguʼʼ balas si anak murid.
ʻʻBagus la kalau dah makanʼʼ kata Cikgu Rahim.
ʻʻKamu ni.... Kamu sihat?ʼʼ tanyanya pula.
ʻʻSihat jer cikguʼʼ balas si anak murid yang cuba menyembunyikan keresahannya.
Dia seakan faham akan teguran dan pertanyaan gurunya yang telah memerhatikannya sejak dari tadi.
Cikgu Rahim menghela nafas perlahan.
Dia juga faham bahawa fikiran anak muridnya itu sedang terganggu.
Dia tahu, kesihatan diri pelajar itu bukanlah masalah yang mengganggu fikirannya, tetapi kesihatan insan lain yang sedang bermain-main di dalam fikiran pelajar tersebut.
ʻʻAiman... Bagaimana keadaan ibu kamu?ʼʼ tanya si guru yang masih lagi ingin menyelongkar hati dan perasaan muridnya tersebut.
ʻʻAlhamdulillah cikgu... Ibu sihat jer.
Macam tu lah diaʼʼ balas Aiman cuba tidak menyatakan kebenaran, walaupun dia tahu gurunya itu sudah pun mengetahui situasi sebenar tentang ibu Aiman.
ʻʻCikgu bukan nak menyibuk hal keluarga kamu... tetapi kamu kena ingat Aiman.. SPM dah dekat.
Saya faham tanggungjawab kamu sebagai anak.
Wajib berbakti kepada ibu yang telah melahirkan kamu ke dunia ini... tetapi kamu juga kena berusaha untuk menentukan masa depan kamu sendiri.
Ibu kamu pasti bangga apabila kamu berjaya nantiʼʼ nasihat Cikgu Rahim agar Aiman dapat memikirkannya demi masa depan diri dan keluarganya.
Cikgu Rahim memeluk bahu anak muridnya dan berharap agar Aiman dapat menghadam kata-kata nasihatnya.
Dia tahu, Aiman seorang pelajar cemerlang dan sentiasa menjadi harapan pihak sekolah.
Dia tidak mahu prestasi anak muridnya itu terjejas dengan masalah yang sedang dihadapi Aiman.
Cikgu Rahim berazam akan membantu sedaya upaya agar Aiman beroleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran terutamanya dalam Peperiksaan SPM yang akan diduduki Aiman tidak lama lagi.

Sumber:Internet