. Pulang sahaja dari kerja, dapur rumah Azura sudah mula berasap.
Tekun sang isteri sibuk menyediakan juadah terbaiknya untuk makan malam.
Lebih-lebih lagi buat seorang tetamu lelaki istimewa yang bakal berkunjung nanti.
Di luar rumah pula, Fatimah dan Ali begitu asyik bermain bersama Aiman sambil memerhatikan ayah mereka menghidupkan api untuk membakar ikan.
Tekun Aiman menyediakan ikan bakar spesial itu.
Lebih-lebih lagi untuk dijamu pada seorang wanita istimewa yang juga akan tiba tidak lama lagi.
Sedang mereka asyik menjalankan kerja masing-masing, kedengaran sayup-sayup laungan azan maghrib di udara.
Aiman mengajak kedua anaknya masuk ke dalam rumah dan mandi.
Berlari-lari Fatimah dan Ali mengejar-ngejar masuk ke dalam rumah dengan riang gelak gembira.
Aiman pula menyusuri di belakang mereka membawa bersamanya ikan siakap yang telah siap dibakar ke dalam rumah.
Di dapur pula, Azura juga telah siap menyediakan sambal petai bersama udang dan juga sayur.
Azura memasak nasi terlebih dahulu sebelum dia juga bergerak untuk mandi membersih diri.
Masing-masing mengenakan dengan pakaian rumah.
Aiman memakai baju melayu dan seluar hitam, sedondon dengan anak lelakinya.
Fatimah pun mengenakan baju kurung kegemarannya.
Azura lebih biasa dengan hanya memakai t-shirt, tudung lilit dan kain batik sahaja.
Tidak lama selepas itu, sebuah kereta Range Rover Evoque masuk ke pekarangan rumah mereka.
Haikal memandu dengan isterinya Humaira di sebelah.
Kenderaan pacuan empat roda berwarna kelabu metalik itu berhenti di hadapan rumah.
Darinya keluar Haikal dan Humaira.
ʻʻAs laung Haikal sebaik berada di hadapan pintu rumah Aiman.
Humaira berada sedikit di belakang, dua kotak hadiah sedang dipapah di atas kedua tangannya.
ʻʻWaʼalaikum masuk la.
Pintu tak kunci tuʼʼ laung Aiman kembali sambil menuju ke arah tetamu yang datang.
Isterinya Azura berada di sisi.
Pada masa yang sama juga, Fatimah dan Ali berlari dan memeluk kaki Aiman.
Aiman dan Haikal bersalaman dahulu.
Humaira yang masih memegang dua kotak hadiah dipeluk ringkas oleh Azura sambil mereka berdua bercium pipi.
ʻʻFatimah!... Ali!.
salam dengan Auntyʼʼ arah Azura kepada kedua anaknya.
Mata Fatimah dan Ali sudah lama bersinar-sinar sejak mereka nampak Humaira membawa dua kotak hadiah di dalam tangannya.
Mendengar sahaja panggilan dari ibunya tadi, kedua-duanya terus melepaskan kaki Aiman dan berlari ke arah Humaira.
Melihat mereka datang kepadanya, Humaira duduk melutut agar sama tinggi dengan Fatimah dan Ali.
ʻʻNak hadiah tak?ʼʼ tanya Humaira kepada kedua-dua anak kecil ini.
ʻʻNak, Aunty! Nak, Aunty! Nak! Nak!ʼʼ kata mereka berdua serentak, sambil terloncat-loncat menepuk-nepuk tangan.
Humaira tergelak gembira melihat telatah anak-anak kecil ini.
Satu perasaan yang tidak dapat dia sendiri rasainya setelah hampir 10 tahun berkahwin dengan Haikal.
Sedikit terkilan pun ada juga, kerana dirinya belum dikurniakan rezeki mempunyai zuriat sendiri.
ʻʻKalau nak... ada syarat kata Humaira lagi.
ʻʻSyarat apa, aunty?ʼʼ tanya Fatimah masih tersengih lebar.
Si adik Ali mengangguk laju.
ʻʻSyarat dia... lepas ni... tak boleh panggil Aunty lagi...ʼʼ kata Humaira.
ʻʻAbis tu, Li nak anggil apa, aunty?ʼʼ celah Ali pula, tidak sabar sambil mata tak lekang melihat hadiahnya.
Dalam hati dia sukar menentukan mana satu kepunyaannya, mana satu kepunyaan kakaknya.
Sumber:Internet