Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 21

. Setiap hari, Azura menanti dalam debaran.
Sekiranya pada hari tersebut dia bekerja di syif pagi, perkara pertama yang dia akan lakukan sejurus sahaja dia tiba di rumah ialah memeriksa peti surat rumahnya dahulu.
Dan apabila dia bekerja di syif petang pula, dia tidak akan berganjak dari rumahnya sehinggalah posmen datang.
Setiap hari Azura akan berharap abang posmen yang datang ke rumahnya akan membawa sebuah berita yang gembira buatnya.
Dari hari ke hari, Azura terus menanti.
Dia ingin memastikan agar surat yang akan diterimanya itu tidak jatuh ke tangan Aiman terlebih dahulu.
Dan mungkin hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu itu.
Kebetulan pula hari itu hari Jumaat, Aiman tidak ke dusunnya pada hari tersebut.
Ketika Aiman melangkah keluar dari rumahnya untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, kebetulan seorang posmen bermotosikal menuju ke arah rumahnya.
Dengan perasaan berkobar-kobar Azura berlari ke muka pintu dan berharap memperolehi apa yang dinantikannya.
ʻʻCik Mat! Cik Mat! Errmmm... ada apa-apa surat untuk Zura ke hari ni?ʼʼ tanya Azura sedikit termengah-mengah berkata dengan penghantar surat itu.
ʻʻAmboi... Amboi Zura... hang ni mengalahkan oghang dok berchinta la nih? Hari-hari dok tanya kat Cik Mat benda yang sama ja?ʼʼ usik penghantar surat tu padanya.
ʻʻAlah Cik Mat ni.
Ke situ pulak yang dipikiaqnya.
Zura tengah tunggu surat dari kolumpo naahʼʼ balas Azura.
ʻʻAda ke dak ni, Cik Mat? Habaq mai la cepat?ʼʼPenghantar surat itu sengaja mengacah-acah Azura lagi sebelum memberikan sampul surat bersaiz A4 kepada Azura.
ʻʻNah... ni nampak macam dari kolumpo nunʼʼRiak muka gembira terpancar di muka Azura sebaik menerima sepucuk surat yang tertera nama hospital swasta itu di sebelah kanan penjuru luar sampul surat tersebut.
ʻʻMekasih Cik Mat!ʼʼ kata Azura sambil melambai penghantar surat yang tergelak sambil menggeleng kepala.
Azura lari masuk ke rumah bagai budak kecil yang baru dapat mainan.
Aiman yang sudah berada di halaman hadapan, melihat kegembiraan yang terpancar di muka Azura.
Tongkat motosikal yang telah dinaikkan tadi diturunkan semula.
Enjin dimatikan dan kunci dicabut.
Aiman turun dari motosikal itu dan kembali berjalan ke dalam rumah.
Dengan perasaan tidak sabar, Azura membuka sampul yang membaca isi kandungannya.
Jantungnya berdebar-debar bagaikan rebana.
Matanya mula berair.
Walaupun pandangan sedikit pudar, Azura terus membaca surat itu.
Air yang bertakung di mata dilap dengan belakang sebelah tangannya.
Matanya yang berair itu bertukar menjadi bercahaya.
ʻʻSurat apa tu, Zura?ʼʼ tanya Aiman yang sudah berada di dalam rumah.
Isterinya seperti terpaku membaca isi kandungan surat itu.
Aiman meletakkan tangan pada bahu Azura.
Sedikit terkejut, Azura terus memandang wajah suaminya.
Pada ketika itu, Aiman nampak betapa gembiranya raut wajah isterinya itu.
ʻʻZura diterima kerja dekat Gleneagles Hospital, bang!ʼʼ kata Azura dengan nada yang sangat gembira.
Surat itu diserahkan pada Aiman.
Aiman mengambilnya.
Tetapi, belum sempat Aiman dapat membaca apa yang ditulis di dalam surat itu, Azura terus memeluknya erat.
Batal sudah air wudhuʼ yang diambilnya tadi.
Tak pe lah.
Peluk isteri punya pasal, boleh jer ambil air wudhuʼ itu semula.
ʻʻZura dapat kerja di KL, bang!!ʼʼ jerit Azura kegembiraan.
Meloncat-loncat Azura dengan bagai kanak-kanak riang sambil tangan masih memeluk Aiman.
Riangnya dia meloncat-loncat sehingga tudung terlucut terus dari kepala.

Sumber:Internet