. Kereta Range Rover milik Haikal membelah laju sebaik memasuki kembali Lebuhraya PLUS.
Azura masih melayani perasaannya bersama keselesaan yang tidak diperolehnya ketika berada di dalam kereta Proton Iswara milik suaminya.
Keempukkan kusyen dan deruan penghawa dingin membuatkan mata Azura semakin layu, dan akhirnya dia terlena di sebelah Haikal.
Sambil memandu, mata Haikal tidak lekang menjeling ke arah tubuh Azura yang hampir berjaya ditaklukinya.
Rancangan pertamanya untuk membawa Azura berjauhan daripada Aiman, telah berjaya.
Otaknya ligat pula untuk merealisasikan rancangan-rancangan seterusnya sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur nanti.
ʻʻAbang... Zura tak tahan la...ʼʼ tiba-tiba kedengaran suara Azura mengejutkan lamunan Haikal.
ʻʻTak tahan apa tu Zura?ʼʼ balas Haikal, hujung mata menjeling sedikit melihat tubuh isteri rakannya itu.
ʻʻNak terkencing la... Abang ingat apa? Jahat la abang ni.
ʼʼ balas Azura seakan memahami apa yang ada dalam fikiran Haikal.
Terkejut juga Haikal dengan perubahan Azura.
Mungkin dengan hubungan mereka selama ini, membuatkan Azura tidak lagi kekok apabila bersamanya.
Beberapa kali pertemuan sebelum ini telah berjaya mengubah pandangan Azura kepadanya.
Ini akan memudahkan lagi bagi Haikal untuk merealisasikan hasratnya.
ʻʻEh tak pasal-pasal pulak Abang kena panggil jahatʼʼ Haikal membuat seloka.
ʻʻAbang tanya jerʼʼʻʻYa lah.
Abang jahat tadi.
Siap pegang tangan Zura lagi.
Lepas tu mintak peluk cium ngomel Azura.
ʻʻSalah ke kalau Abang nak mintak peluk cium?ʼʼ tanya Haikal.
ʻʻMemang salahʼʼ kata Azura.
ʻʻZura kan masam.
Berpeluh tadi dekat R&R.
Nak peluk cium apa?ʼʼHaikal tersenyum.
ʻʻJadi kalau Zura dah wangi.
Boleh lah Abang peluk cium?ʼʼ katanya mengusik lagi.
ʻʻJangan nak mengada na, bang.
Zura ni isteri kawan baik Abang jangan lupa yaʼʼ kata Azura.
Haikal tersenyum, ʻʻMana ada Abang lupa.
In fact, masa Abang tanya Zura pasal ʻtak tahanʼ tu, sungguh Abang ingat Zura dah tak tahan bila berjauhan dengan suami Zuraʼʼ balas Haikal sambil tersengih.
ʻʻPandai jer dia buat cerita ye?ʼʼ balas Azura.
ʻʻAbang! Cepatlah berhenti kereta ni! Zura dah tak tahan kencing ni!ʼʼ katanya lagi.
ʻʻOkay, okay.
Tak jauh dah dengan R&R Ulu Bernam tu.
Nanti kita berhenti dan rehat di situ, boleh?ʼʼ sambungnya lagi sambil tersenyum kepada Azura.
Setelah meluncur dari Perlis sampai ke Selangor, mereka berhenti rehat untuk makan serta merenggangkan badan mereka masing-masing.
Sebaik Haikal memberhentikan keretanya, Azura terus bergegas keluar dan menuju ke tandas awam yang berada di situ.
Setelah hajatnya dilunaskan, Azura keluar mendapatkan Haikal semula yang sedang menunggunya di luar.
Tubuh kembali segar.
Tiada lagi istilah mengantuk.
Tiada lagi perasaan ingin terkucil.
Haikal dan Azura menyambung perjalanan mereka.
Setelah sejam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke ibu kota metropolitan yang mana penghuninya sibuk dengan hal masing-masing.
Selepas mengharungi hampir 8 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai di kota metropolitan itu.
Azura langsung tidak melepaskan peluang memerhati bangunan-bangunan pencakar langit yang sebelum ini hanya dilihatnya di kaca televisyen dan gambar-gambar dalam media sosial.
Mereka tiba pada jam 7 petang.
Haikal membiarkan keterujaan Azura itu sambil terus memandu menyusuri Jalan Ampang menuju ke kuarters kakitangan Hospital Gleneagles Ampang seperti dalam perjanjian awal Azura diterima masuk ke hospital private iʻʻZura kita dah sampai nie, hospital tempat baru Zura akan bertugas mulai Isnin nieʼʼ beritahu Haikal sambil berlegar-legar dalam kawasan hospital itu sebelum ke kuartersnya.
Sumber:Internet