Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 23

. Pagi Ahad itu lain sekali bagi Aiman.
Buat pertama kali dalam hidupnya selama berumah tangga, dia bangun tanpa isteri di sisi.
Selalunya, Azura akan berada di sebelahnya di atas katil.
Kalau Azura dah bangun pergi mandi dulu pun, sisa bau tubuh isterinya masih segar dapat dihidu olehnya.
Bantal sedikit kemek selepas disandarkan kepala.
Cadar kusut dibaringi tubuh.
Tetapi pagi ini, di sebelahnya kemas tidak berusik.
Aiman menghela nafas panjang.
Mandi pagi dan solat subuh sendirian.
Sempat satu doa dipanjatkan pada isteri yang telah meninggalkannya semalam.
Aiman pergi melihat anak-anaknya yang masih sedap tidur di dalam bilik mereka.
Satu senyuman diberikan kepada mereka tanpa mereka sedari.
Barulah realiti sebenar mendatangi Aiman.
Inilah kali pertama dia menjadi bapa tunggal di rumah.
Sambil mencekak pinggang memikirkan apa kerja rumah yang perlu dilakukannya, telefonnya berbunyi.
Aiman berkejar mengambil telefon di atas meja makan.
Kalau-kalau Azura yang menalifonnya.
Tersenyum raut wajahnya.
Walaupun bukan nama isteri yang terpampang.
Tetapi nama seorang wanita lain yang telah bertahta di dalam hatinya.
ʻʻHello, Assalamualaikumʼʼ kata Aiman sambil tersenyum menjawab panggilan tersebut.
ʻʻHello, Waʼalaikum salamʼʼ balas Humaira di sebalik talian.
ʻʻYa, Myraʼʼ kata Aiman kembali.
ʻʻ Aiman... Ermmm... saja jer I call... you... sihat?ʼʼ tanya Humaira.
Sedikit tergagap dalam suaranya.
Seperti baru nak menyusun ayat.
Semasa dia membuat panggilan, dia tak terfikir pun apa nak cakap.
Bila panggilan bersambung, baru Humaira nak cipta apa yang hendak dibualkan.
ʻʻSaya sihat.
Myra?ʼʼ tanya balas Aiman.
ʻʻSihat jugakʼʼ balas Humaira.
ʻʻErmm... You pergi dusun tak pagi ni?ʼʼʻʻTak tau lagi, Myra.
Lagipun.. hari ni kan hari Ahad.
Tengoklahʼʼ balas Aiman.
Dia perlu uruskan anak-anaknya dulu.
Tapi macam mana nak uruskan, dia pun belum tahu butirannya lagi..ʻʻAiman.
I dah on the way ke rumah you ni.
I ingat... I nak makan nasi lemak Zura lahh.
Sedap nasi lemak dia.
Sampai teringat-ingat Iʼʼ kata Humaira.
Padahal bukan nasi lemak Azura yang diingatinya.
Sebaliknya, orang yang dipanggilnya itulah yang sentiasa bermain di dalam fikiran Humaira.
ʻʻOoooooo... Mai laʼʼ balas Aiman, spontan.
Ehhh? Aku kata apa tadi?? Zura mana ada dekat rumah!Aiman menepuk dahi.
ʻʻOkay.
Sat lagi I sampaiʼʼ kata Humaira.
ʻʻOrait.
Orait.
See you, Myra.
ByeʼʼTalian dimatikan Aiman sebelum sempat Humaira membalas.
Aiman mengeluh.
Bukan dia nak bersikap begitu pada Humaira.
Tetapi pada hakikatnya, dia sedikit panik.
Nasi lemak... okay, okay... aku kena cari nasi lemak.
Aiman segera mencapai kunci motornya dan pergi ke sebuah gerai tepi jalan mencari nasi lemak daun pisang.
Fatimah dan Ali dibiarkan tidur di dalam bilik mereka, ditinggalkan sementara.
Aiman yakin dia keluar hanya sebentar.
Nasib baik gerai itu pun tak jauh dari rumahnya.
Sekembalinya dari mencari nasi lemak, Fatimah dan Ali masih tidak berganjak di dalam bilik tidur mereka.
Syukur.
Tidak lama kemudian, Humaira pun tiba.
Sebaik mendengar deruman kereta Mercedes CLS itu, Aiman terus keluar untuk menyambut buah hatinya.

Sumber:Internet