Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 24

. Isnin pun tiba.
Hari ini adalah hari pertama Azura akan melaporkan diri di Hospital Gleneagles di Kuala Lumpur.
ʻʻGood morning, Zuraʼʼ kata Haikal kepada Azura yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya.
Azura sudah siap berpakaian kemas dengan baju kurung moden dan tudung sepadan di kepala.
Tidak memakai sebarang make-up di wajahnya, Azura nampak manis dan ayu, berharuman wangi setelah selesai mandi pagi.
ʻʻSelamat pagi, Abang Haikalʼʼ balas Azura sambil tersipu malu.
Jalan langkah kecil dan sopan, kedua-dua tangan dikepil ke hadapan, kepala sedikit menunduk.
Haikal terus bangun dari duduknya di meja makan.
Dia berjalan mendapatkan Azura dan terus memegang tangannya.
Azura sedikit pun tidak membantah.
ʻʻCantik betul Zura pagi ni.
Wangi macam bunga di tamanʼʼ kata Haikal sambil mendekatkan tubuhnya pada Azura.
Jantung Azura semakin berdebar dengan kehadiran rakan suaminya ini betul-betul di hadapannya.
ʻʻZura biasa jer, Abangʼʼ balas Azura, cuba untuk bertenang.
ʻʻZura tak tahu nak pakai apa.
Okay ker baju yang Zura pakai ni?ʼʼ tanyanya kepada Haikal.
Barulah kepala diangkat sedikit.
Mata bertemu mata buat pertama kali pagi ini.
ʻʻElok dah tuʼʼ balas Haikal.
ʻʻNanti sampai hospital, diaorang akan bagi uniformʼʼ senyumnya lagi.
ʻʻOkay lah kalau macam tuʼʼ kata Azura.
Tangannya di dipegang Haikal tadi diambilnya semula.
Konon-konon cuba membetulkan tudung yang sudah dililit rapi.
ʻʻZura dah ready to go?ʼʼ tanya Haikal.
ʻʻDahʼʼ Azura hanya mengangguk dan masih tersenyum sipu.
ʻʻJomʼʼ pelawa Haikal, sambil mereka berdua mula berjalan meninggalkan kondominium milik Haikal itu.
Bagi Azura, perasaannya bercampur-baur.
Haikal nampak begitu segak dan tampan di sebelahnya.
Bauan yang harum dari minyak wangi berjenama mahal, memakai kemeja kemas bergosok, kasut kulit yang berkilat.
Penampilan Haikal begitu berbeza sekali dengan suaminya si tukang kebun.
Ianya menyebabkan Azura seperti terlayang sendiri, angan-angan yang Haikal adalah miliknya.
Bukan dia terus melupakan suami dan anak-anak di kampung, tetapi kebaikan Haikal terutamanya dalam menguruskan pekerjaan dan tempat tinggal untuknya itu benar-benar menambat hati dan telah berjaya memiliki kepercayaannya.
Haikal pula sangat bersungguh-sungguh untuk memperoleh kepercayaan itu.
Pelbagai usaha telah dirancang dan dilaksanakan agar dia dapat mendekati Azura mengikut kemahuannya.
Baginya, Azura sangat mudah dipengaruhi berbanding dengan Humaira isterinya.
Sambil jalan bersama, Azura mengikuti Haikal menuju ke lif untuk turun ke bawah.
Dari tingkat atas hingga ke bawah hanya mengambil masa tidak sampai beberapa minit jika tiada penghuni lain yang menggunakannya.
Setiba di tingkat bawah, Haikal dan Azura terus menuju ke parking lot dan masuk ke dalam Range Rover Sport Hitam milik Haikal.
Perjalanan yang hanya memakan masa tidak sampai beberapa minit di waktu puncak ini, akhirnya Azura memijakkan kakinya ke tanah tempat dia bakal menabur bakti.
ʻʻJom kita breakfast dulu?ʼʼ pelawa Haikal, memandangkan jam masih awal.
Azura hanya mengangguk setuju tatkala merasakan perutnya masih kosong belum berisi.
Haikal dan Azura menjamu sarapan bagi di kafeteria Hospital Gleneagles.
Juadah nasi lemak ayam rendang disaji bersama teh tarik yang segar.
Tak banyak dibualkan semasa mereka makan bersama.
Haikal hanya memandang Azura dengan pandangan yang dalam, Azura pula tersenyum sipu bila dirinya kerap dipandang begitu.
Selesai sarapan, Haikal menemani Azura ke pejabat pengurusan hospital bagi tujuan melapor diri itu.
Azura di bawa ke Jabatan Sumber Manusia.
Pendaftaran pekerja baru berjalan dengan lancar, semua borang dan kertas kerja telahpun disediakan terlebih awal.

Sumber:Internet