Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 27

. Humaira membuka matanya perlahan.
Terdengar bunyi kicauan burung-burung di celah kokokkan ayam jantan yang menandakan hari semalam telah hilang berganti dengan hari yang baru.
Humaira tersenyum dalam baringnya.
Suasana aman lagi menenangkan seperti di kampung ini sangat berbeza dengan suasana di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Humaira suka dengan suasana kampung seperti ini.
Hatinya merasa cukup tenang.
Dengan lemah longlai, Humaira bangun duduk dari baringnya.
Pada ketika itu barulah dia sedar yang bajunya basah dek peluhnya semasa tidur semalaman.
Tidur yang hanya bertemankan kipas siling, tiada sebarang pendingin hawa terpasang.
Tetapi yang peliknya, Humaira tidur dengan begitu lena sekali.
Dia pun tak tahu kenapa.
Selalunya kalau tidur di dalam bilik yang tidak berhawa dingin seperti itu, pastinya akan membuatnya rasa resah dan gelisah.
Mungkin pada malam tadi, Humaira tidur nyenyak sambil menghidu bau Aiman, walaupun tubuh lelaki itu tidak menemani tidur bersamanya.
Cukuplah hanya bekas bauan sahaja sudah boleh menyebabkan Humaira bermimpi bersama dengan lelaki itu.
Dalam keadaan duduk di atas katil, gegendang telinga Humaira dapat menangkap bunyi curahan air dari dalam bilik air.
Maksudnya, ada seseorang sedang mandi di dalamnya.
Pasti orang itu Aiman.
Mesti lelaki itu telah masuk ke dalam bilik tidurnya tadi untuk mandi.
Dan pastilah Aiman melihat dirinya sedang tidur.
Memang betul pun sangkaannya.
Tidak lama selepas itu, Aiman pun keluar dari bilik mandi.
Bertuala seperti semalam.
peluh malam tadi pun masih belum sempat kering lagi.
Nampak sahaja tubuh Aiman, Humaira terus mengeluarkan peluh yang baru.
ʻʻAwak dah bangun?ʼʼ kata Aiman melihat Humaira sudah duduk di atas katil.
ʻʻMaafkan saya sebab masuk bilik ni tanpa izin.
ermm... nak mandi pagi tadiʼʼʻʻTakpeʼʼ balas Humaira.
ʻʻNi kan bilik you.
Baju seluar semua dalam bilik ni kanʼʼAiman tersenyum.
ʻʻTu lah.
Saya ambil baju dan seluar saya sekejap.
Lepas tu saya tukar dekat luarʼʼ katanya sambil mendapatkan almari bajunya.
Pintu dibuka dan sepasang persalinan dibawa keluar dan disusun atas tangan.
Aiman kemudian memandang Humaira yang masih duduk di atas katil.
Badannya basah dengan peluh.
ʻʻAwak masih pakai baju yang sama semalam?ʼʼ tanya Aiman.
ʻʻAiman, you lupa? Kan I tak bawak baju spare? Semua dekat homestay.
You yang suruh I tidur sini semalam kan? Ni jer baju yang I adaʼʼ kata Humaira.
Aiman tergelak kepada dirinya sendiri.
ʻʻYa tak ya juga kan.
Errmm... tapi baju awak dah basah dengan peluh.
macam ni... Sat gi awak pakai baju Zura ya? Semua ada dalam almari ni.
Awak... ambik lah mana-mana yang berkenanʼʼ kata Aiman.
Humaira hanya tergelak.
Aiman... Aiman... you tak tahu ke body I dengan body wife you tak sama saiz?ʻʻThank you, Aimanʼʼ balas Humaira.
ʻʻBagi I mandi dulu, nanti I tengokkan budak-budakʼʼʻʻTakpe.
Biar saya yang sediakan sarapan pagi ni.
Awak just mandi dan bersiap jer dulu okayʼʼʻʻYa lahʼʼAiman mengangguk dan kemudian keluar dari bilik tersebut.
Selepas Aiman meninggalkan bilik tidur itu, Humaira pun bangun dari katil.
Dia melihat tompok basah atas cadar.
Sedikit geleng kepala pada diri sendiri.
Banyaknya I berpeluh malam tadi!Ditariknya selimut dan kemudian dilipat kemas pada hujung katil.
Cadar ditarik agar tegang, bekas peluhnya dibiarkan mengering sendiri.
Bantal ditepuk-tepuk dengan tangan dan kemudian disusun di atas kepala katil.

Sumber:Internet