Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 30

. Azura terasa begitu ringan kepalanya.
Sedikit pun dia tidak tahu kenapa dia terasa begitu.
Pandangannya berpinar-pinar, sukar untuk berfikir lurus.
Entah kenapa hatinya terasa riang.
Seperti tiada sebarang masalah yang berlaku.
Seperti dunia ini tak ada musibahnya.
Tidak ada angin, tidak ada ribut.
Semuanya aman-aman sahaja.
Pada ketika itu, hilang sudah segala duka dan lara.
Segala masalah di dalam dunia ini tidak perlu difikirkannya.
Pelik betul perasaan yang dirasainya ini.
Macam nak gelak pun ada.
Macam lucu pun ada.
Tapi apa yang lucu itu pun, dia sendiri tak tahu.
Entah kenapa, dirinya rasa terlampau mudah untuk bermesra.
Walaupun aurat telah lama dibuka sejak petang tadi, tetapi segala malu dan segan seperti sudah tidak ada lagi hijab baginya.
ʻʻSayang okay?ʼʼ tanya Haikal sambil menghabiskan minuman beralkohol Pina Colada yang dipegangnya.
ʻʻZuraaa... ooo... ooo... okeeeyyyyyʼʼ Azura tersengeh.
Terus dia bersandar pada tubuh rakan suaminya itu.
Dia kemudian gelak sendirian.
Apa yang lucu sangat tu, entahlah.
Pelayan bar di hadapan mereka itu melihat keadaan Azura yang seperti seorang dah minum todi empat lima botol.
Padahal baru segelas Tequila Sunrise.
ʻʻIs your friend okay?ʼʼ tanya pelayan bar wanita itu.
Haikal terus memeluk bahu Azura sambil isteri rakannya itu tidak berhenti gelak berseorangan.
ʻʻWhat did you put in her drink again?ʼʼ tanya Haikal kepada pelayan bar itu.
ʻʻJust Tequilaʼʼ balasnya selamba.
ʻʻI guess she never drinked before?ʼʼ tanyanya pula.
Haikal mengetap mulutnya.
Pastinya Azura tidak pernah minum arak sebelum ini.
Minum koktail satu gelas pun dia sudah seperti terhoyong-hayang penangannya.
ʻʻI guess notʼʼ balas Haikal kembali.
ʻʻMaybe you need to take her homeʼʼ cadang pelayan bar itu sambil mengelap beberapa gelas wain yang sedang dibersihkannya.
ʻʻI think youʼre rightʼʼ balas Haikal.
Haikal kemudian memeluk tubuh Azura yang masih menyandar pada tubuhnya.
ʻʻ jom kita balik okay?ʼʼ kata Haikal kepada Azura.
ʻʻZura... Zura nak... minum lagi...ʼʼ katanya sambil menogak gelas Tequila Sunrise yang sudah kosong.
Titisan air terakhir terus masuk ke dalam mulutnya.
ʻʻNaaak lagiiiʼʼ ulangnya semula.
Haikal mengeluh.
Dia tak menyangka yang Azura akan menjadi mabuk sehingga sebegitu sekali.
ʻʻDah dah jom kita balik okay?ʼʼʻʻTak nakʼʼ balas Zura, walaupun mata sudah kuyu.
ʻʻZura nak minum lagiiiiiʼʼ katanya sambil menogak gelas yang kosong.
Haikal mengambil gelas itu dari tangan Azura dan meletakkannya di atas bar.
Azura yang tidak tahu menahu gelas itu sudah tiada, masih meneguk udara.
ʻʻJom jomʼʼ kata Haikal sambil mula memapah tubuh Azura keluar dari kelab malam itu.
Dengan satu tangan memeluk pinggang, satu tangan lagi memegang tangan Azura dipelukan lehernya, sambil mereka berdua berjalan ke arah lif.
Butang lif ditekan, lif ditunggu sampai tiba.
Mereka masuk dan turun ke tingkat bawah.
Sampai sahaja di tingkat lobi, seorang pekerja valet datang bergegas membantu Haikal memapah Azura menuju ke pintu hadapan.
ʻʻBartender call kami tadi, sir.
Kereta sir dah ada di depanʼʼ kata pekerja valet itu.
ʻʻTerima kasihʼʼ balas Haikal.
Memang betul kata pekerja itu.
Kereta Range Rover Sport hitamnya sudah menunggu dan enjin dan penghawa dingin telahpun dihidupkan.
Pekerja valet itu membantu Haikal memasukkan Azura ke dalam kereta.
Tali pinggang keledar dipasang rapi.

Sumber:Internet