. Aiman melihat dengan mata yang bercahaya cadangan projek yang telah dilakarkan oleh Humaira di atas sebuah kertas bersaiz A0 yang telah dibentangkan di atas meja makan rumahnya.
Di atas kertas lebar tersebut, lakaran cadangan projek di atas tanah kebunnya yang berkeluasan 4.
5 hektar itu dipersembahkan.
Sekiranya Aiman bersetuju, tanah itu akan diubah taraf dari tanah pertanian kepada projek peranginan.
Di sekeliling tanah itu juga akan dibina pagar.
Sebatang jalan bertar turut dibina bermula dari jalan raya utama melalui pintu gerbang yang menyambut tetamunya datang.
Jalan itu kemudiannya akan disambung menuju ke kawasan sungai dan air terjun buatan.
Beberapa kolam untuk mandi-manda yang luas turut dibina di sepanjang sungai itu.
Di kiri dan kanan tebing sungai pula akan dibina chalet-chalet berukiran kayu pelbagai saiz dari satu bilik ke rumah mewah empat bilik tidur.
Di belakang chalet-chalet tersebut akan didirikan bangunan pentadbiran, kawasan makan, restoran dan kedai runcit.
Kawasan tanah kebun yang selebihnya itu akan dibersihkan dari hutan dan belukar.
Pokok buah-buahan seperti mangga harumanis dan durian akan dikekalkan di atas tanah yang bersih berumput.
Ini membolehkan pengunjung berkelah di kawasan dusun tersebut sambil menikmati buah-buahan yang segar.
ʻʻ macam mana, Aiman?ʼʼ tanya Humaira yang tangannya sedang menekap kertas A0 itu dari bergulung.
ʻʻOk tak cadangan Myra ni?ʼʼAiman meneliti lakaran projek di atas kertas A0 itu.
Pada waktu yang sama, Fatimah dan Ali pun bertenggek melihat kertas projek itu di hujung meja.
Kedua-dua tangan mereka menongkat dagu masing-masing sambil mata melihat kertas tanpa memahami apa yang bapa dan mama mereka bincangkan.
Di tengah-tengah kertas lakaran itu terletak telefon pintar Humaira.
Ianya sedang berhubung dengan pejabatnya di Kuala Lumpur.
Di sebalik talian, suaminya Haikal dan bapanya Tan Sri Johari yang berada di sana turut menyertai perbincangan tersebut.
ʻʻCadangan tapak resort dekat tanah saya ni memang menarik, Tan Sriʼʼ kata Aiman kepada telefon pintar itu.
ʻʻTa tanah saya ni tanah arwah ayah saya yang dia perolehi dari datuk saya.
Ni tanah turun temurun.
Saya tak ada niat nak jual tanah ni kat Tan SriʼʼʻʻPasal status tanah tu, jangan risau, Aimanʼʼ balas Johari menerusi pembesar suara telefon pintar itu.
ʻʻKami tak kan tukar nama pemilik asal.
Kami hanya akan bina resort ini di atas tanah Aiman sahaja.
Kos pembinaan semua akan kami tanggung.
ʼʼʻʻHabis tu macam mana dengan keuntungan nanti?ʼʼ tanya Aiman lagi.
ʻʻYang tu kita boleh sign agreement, Manʼʼ balas Haikal pula menerusi pembesar suara.
ʻʻKita buat profit share based on figure yang hang agree nanti, okay?ʼʼAiman berpeluk tubuh.
Dia mengangguk sekali.
ʻʻBagi aku tempoh untuk buat keputusan dulu, boleh Kal?ʼʼ kata Aiman.
ʻʻOf course, bolehʼʼ balas Haikal.
ʻʻTake your time, bro.
jangan lama time is money...ʼʼʻʻYa lah.
Aku fahamʼʼ balas Aiman.
ʻʻKalau macam tu, kita adjourn duluʼʼ cadang Johari.
ʻʻNanti you follow up, okay Myra?ʼʼ sambung Johari kepada anak perempuannya pula.
ʻʻOkay, Pa.
Leave this with meʼʼ balas Humaira mengangguk.
ʻʻOkay.
Goodʼʼ kata Johari.
ʻʻPapa ada another meeting to attend.
You all continue berbual kalau ada apa-apa lagiʼʼʻʻBye, Paʼʼ kata Humaira.
ʻʻTerima kasih, Tan Sriʼʼ kata Aiman.
Setelah Johari meninggalkan mesyuarat, yang tinggal hanya Humaira dan Aiman, berserta dengan Haikal yang masih berada di sebalik talian.
Sumber:Internet