. ʻʻZura... boleh awak cover Aina untuk syif malam besok?ʼʼ tanya Matron Rohana sebaik tamat syif petang kepada Azura.
ʻʻAarrrrr...ʼʼ Azura serba salah kerana dia telah berjanji dengan Haikal untuk melepak di kelab malam seperti biasa pada malam minggu nanti.
ʻʻBoleh laa Zura? Aina terpaksa ambil emergency leave.
Saya dah tak nampak orang lain dah.
Saya berharap sangat pada awak Zura.
ʼʼ Penyelia jururawatnya terus memujuk.
Berbelah bagi perasaan Azura ketika itu.
Jika pada mula kehadirannya, memang dia bersemangat untuk bekerja.
Bersemangat untuk mencari dan mengumpul wang untuk keluarganya.
Ingin sekali dia buktikan kepada suaminya bahawa kedatangannya ke KL tidak akan sia-sia.
Namun, hanya dalam masa tiga minggu dia berada di kota metropolitan ini telah membuatkan dia seperti telah hilang pedoman.
Keseronokannya bersama Haikal telah mengubah hidupnya.
Hidup Azura kini telah berubah 180 darjah.
Lupa sudah niat asalnya dibuai keasyikan bersama bisikan syaitan.
ʻʻSaya dah ada janji la, Matron.
Saya minta maaf.
Saya tak dapat nak ganti Aina.
Kalau lain kali... Insya-Allah, Matron.
Malam minggu ni memang saya tak dapat nak tolong.
ʼʼ balas Azura cuba menolak dengan baik hasrat pegawai atasannya.
Dipegang kedua tangan Matron Rohana sambil merenung wajah wanita itu dengan penuh harapan agar dia tidak diminta menjalankan tugas pada malam minggu tersebut.
ʻʻSaya balik dulu ya Matron.
Saya janji... next time saya tak dak masalah.
Saya balik dulu ye.
ʼʼ balas Azura terus bergerak ke mesin perakam waktu.
Rohana terus memandang Azura yang meninggalkannya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Dia sendiri tidak menyangka begitu cepat Azura berubah.
Berubah daripada seorang yang sangat suka bekerja kepada bekerja sekadar untuk menghabiskan masa kerjanya sahaja.
Azura terus melangkah ke arah kawasan parkir kereta di hospital itu.
Hatinya melonjak gembira apabila mendapati kereta Range Rover Sport Hitam telah sedia menunggunya.
Dipercepatkan langkahnya agar segera sampai dan menemui pemilik kereta tersebut.
ʻʻHi Zura...ʼʼ tegur Haikal sebaik Azura membuka pintu kereta.
ʻʻHi Abang... dah lama ke you tunggu I?ʼʼ tanya Azura.
ʻʻBaru je... You mesti laparkan?ʼʼ soal Haikal walaupun dia sudah mengetahui jawapannya.
ʻʻYa le Abang... Zura lapar sangat sekarang nie.
ʼʼ balas Azura dengan manja.
ʻʻYou lapar apa sekarang tu Zura?ʼʼ tanya Haikal memancing perasaan Azura.
ʻʻI lap You!ʼʼ balas Azura sambil memegang lengan Haikal yang sedang memegang tombol gear itu.
ʻʻYou nak makan I ker Zura?ʼʼ balas Haikal cuba mencurah minyak bagi membakar gelora dalam diri Azura.
ʻʻI nak ratah semua yang ada kat you, Abang.
ʼʼ balas Azura mula rasa terangsang dengan kata-kata godaan Haikal.
ʻʻYou nak ratah I?ʼʼ balas Haikal terus menggoda Azura.
ʻʻAauuummmm...ʼʼ balas Azura sambil tangannya membuat isyarat seperti ingin mencakar.
ʻʻTaaccuuutttt!ʼʼ balas Haikal sambil ketawa.
Haikal menggerakkan keretanya keluar dari pekarangan parkir hospital itu.
Dia sepertinya tidak sabar hendak pulang ke rumah.
perutnya yang telah berkeroncong perlu diisi terlebih dahulu.
Begitu juga dengan perut Azura.
Setelah seharian bekerja, pasti Azura juga berasa lapar.
Haikal terus mengarahkan keretanya ke sebuah restoran.
Sebaik makanan dihidangkan, Haikal terus makan dengan lahap.
Hampir sehari dia tidak menjamah makanan.
Dia tidak makan bukannya kerana berpuasa sunat, tetapi semata ingin makan bersama Azura.
Sebaliknya Azura hanya memesan salad sahaja sebagai santapan dinner-nya.
Sumber:Internet