Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 36

. ʻʻMyraʼʼ panggil Aiman dengan perlahan, sambil membelai rambut kekasihnya yang masih tidur di sebelahnya.
ʻʻHmmm?ʼʼ balas Humaira sambil cuba membuka mata.
ʻʻBangun, sayangʼʼ kata Aiman lagi, ʻʻDah pagi dah niʼʼ Humaira membuka matanya perlahan.
Dia masih berbaring di atas katil tidurnya.
Di sebelahnya, Aiman.
Lelaki itu senyum melihat Humaira baru bangun dari lenanya.
Mereka berdua tidak berbaju.
Hanya sehelai selimut lebar dan tebal menutupi tubuh mereka berdua.
Bagi Aiman, inilah pertama kalinya dia melihat Humaira bangun dari tidur.
Sungguh cantik menawan kekasihnya itu walaupun dalam tidur, bagai sang puteri sedang beradu sambil dialun mimpi yang indah.
ʻʻPukul berapa sekarang?ʼʼ tanya Humaira, sedikit pisat-pisat.
ʻʻTujuhʼʼ balas Aiman.
ʻʻAwal lagiiiiʼʼ keluh Humaira.
Dia menarik bantal di bawah kepalanya lalu menelangkupnya atas kepala pula.
Aiman hanya tergelak.
Dia tahu, bagi Humaira, pukul 7 pagi itu satu waktu yang masih awal baginya.
Padahal bagi Aiman pula, dia selalu bangun dari 5:30 pagi lagi untuk bersiap sedia solat subuh terlebih dahulu.
Tetapi pagi tadi, dia tidak melakukan pun perkara fardhu itu.
Kerana malam tadi, dia telah berzina dengan isteri rakannya sendiri.
Aiman mengeluh sendiri, mengenangkan dosa yang telah dilakukannya.
Niat di dalam hati, dia hendak menghalalkan Humaira menjadi miliknya.
Tapi mana boleh itu mungkin berlaku, sedangkan Humaira isteri orang.
ʻʻMyraʼʼ panggilnya lagi.
ʻʻApaʼʼ suara Myra menyahut di bawah bantal.
ʻʻPukul berapa Papa awak sampai?ʼʼ tanya Aiman.
Humaira tidak menjawab sesaat dua.
Baru ketika itu dia sedar yang bapanya akan datang ke Perlis hari tersebut.
Tetapi masih belum dalam perjalanan lagi.
Humaira terus mengalih bantal yang menutup kepalanya.
Dipandang Aiman sekali, walaupun mukanya masih kelat nak sambung tidur.
Telefon pintarnya dicapai dari tepi meja katil.
Ditelek-teleknya kalau ada apa-apa pesanan masuk.
Dibuka aplikasi Calendar untuk meneliti aturcara diari hari ini.
ʻʻFlight Papa ke Alor Setar pukul satu, sebab tak ada flight pagi.
Driver dah bertolak dari KL subuh tadi.
Driver akan pick-up Papa dari airport dan terus ke siniʼʼ kata Humaira.
ʻʻO kalau macam tu, petang baru sampai lah tuʼʼ kata Aiman.
ʻʻHmmmʼʼ Humaira mengangguk sambil meletakkan telefon di sebelahnya semula.
ʻʻPapa Myra nak jumpa kita kat mana-mana ker?ʼʼ tanya Aiman pula.
ʻʻMyra ingat nak bawa Papa pergi terus ke kebun awakʼʼ balas Humaira.
ʻʻOkay, boleh jer.
Kalau macam tu, saya akan hantar budak-budak ni pergi rumah Mak Usu dulu, lepas tu saya terus gerak ke kebun tengok apa-apa yang perlu dibuat di sanaʼʼʻʻGood ideaʼʼʻʻPapa awak duduk hotel mana?ʼʼ tanya Aiman.
ʻʻMyra ingat nak bawak Papa duduk homestay ni jerʼʼ balas Humaira.
ʻʻOh kalau macam kita kena kemas lah... tak nak nanti dia perasan saya dah tidur siniʼʼ kata Aiman.
Humaira terus merengkok pada tubuh Aiman dan memeluknya erat.
ʻʻPapa sampai lambat lagi, Aiman.
Kita ada banyak masa lagiʼʼ
Sumber:Internet