Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 37

. Dengan lafaz Bismillah, Aiman menandatangani kontrak perjanjian bersama JOFIZA Holdings untuk membangunkan kawasan peranginan bercirikan kampung di tanah 4.
5 hektar miliknya.
Tanah pusaka itu akan kekal milik Aiman sepenuhnya, statusnya sahaja ditukar dari tanah pertanian ke tanah komersil.
Di dalam kontrak tersebut, JOFIZA Holdings akan menanggung penuh kos pembangunan dan pengurusan resort tersebut.
Aiman akan menerima imbuhan mengikut pecahan yang telah dipersetujui berdasarkan keuntungan bersih resort tersebut, manakala ke semua jualan buah-buahan mangga harumanis dan durian tetap menjadi hak milik Aiman sepenuhnya.
Setelah Johari menurunkan tandatangan penduanya pada kontrak itu, dia dan Aiman berjabat tangan.
Majlis tertutup itu hanya dihadiri oleh beberapa wakil guaman dari JOFIZA Holdings sebagai saksi untuk mengesahkan perjanjian yang telah dibuat.
Jamuan ringkas diadakan selepas majlis tandatangan itu.
Johari kemudian meminta diri untuk beransur pulang.
ʻʻFlight Tan Sri balik ke Kuala Lumpur pukul berapa, Tan Sri?ʼʼ tanya Aiman tatkala Johari bersedia untuk menaiki kereta Lexus LM350 yang sudah menantinya.
ʻʻUncle tak naik flight balik ni, Aiman.
Ingat nak singgah Balik Pulau sekejap tengok balik tempat yang uncle dan arwah mula-mula start business homestay tu duluʼʼ katanya pada Aiman.
ʻʻMesti banyak kenangan manis dan nostalgia Tan Sri bersama arwah di sana, kan?ʼʼ kata Aiman sambil kedua tangan disimpulkan ke hadapan tubuhnya sebagai tanda hormat.
Johari hanya tersenyum, mungkin mengenangkan momen-momen manis dia bersama arwah isterinya satu ketika dahulu.
ʻʻTu lah.
Kadang-kadang kalau uncle terkenangkan arwah, uncle akan pergi ke sanaʼʼʻʻApa-apapun, saya doakan agar Tan Sri bertemu dengan arwah aunty di syurga nantiʼʼ kata Aiman.
ʻʻTerima kasihʼʼ kata Johari.
Mereka bersalaman lagi.
Johari kemudian pergi mendapatkan anak perempuannya pula.
ʻʻMyra bila nak turun KL? Ke... dah nak duduk sini terus?ʼʼ tanya Johari sambil memeluk Humaira.
Humaira mencium pipi bapanya sambil membalas pelukan lelaki itu.
ʻʻTengoklah, Pa.
Myra happy dekat siniʼʼJohari seperti faham maksud anaknya itu.
ʻʻJaga diri baik-baik okay?ʼʼ pesannya.
ʻʻIʼm a grown woman now, Paʼʼ kata Humaira.
ʻʻItulah yang Papa risaukan tuʼʼ balas Johari.
Mereka anak-beranak ketawa bersama.
Selepas mengucapkan selamat tinggal, Johari melangkah masuk ke dalam kereta mewah Lexus LM350 miliknya... Sambil dia duduk di kerusi eksekutif di dalamnya, dia ternampak sesuatu yang tidak dijangkanya.
Melihat Humaira melambainya dengan tangan kiri, sementara tangan kanan anak perempuannya pula sedang memegang tangan Aiman.
Aiman pula macam tak perasan tangan kirinya dipegang Humaira, dan dia sendiri melambai Johari dengan tangan kanan secara spontan.
Mungkin sebab dia sendiri merasa sedikit debaran dengan jutawan tersebut.
Belum sempat Johari dapat menunjukkan sebarang reaksi, pintu elektrik Lexus itu ditutup dengan otomatik.
Pemandunya terus membawa kereta mewah itu berlalu pergi.
Apabila perasaan berdebarnya beransur hilang, barulah pada ketika itu Aiman perasan Humaira sedang memegang tangannya.
Terus dia menghadap Humaira dengan pantas.
ʻʻMyra!ʼʼ bisik Aiman, sedikit gementar sambil anak matanya memandang kiri dan kanan.
ʻʻAwak tak perasan ker awak pegang tangan saya?ʼʼ kata Aiman risau.
Ya lah, orang ramai tentu kenal siapa dirinya.
Negeri Perlis itu bukanlah besar manapun keluasannya.

Sumber:Internet