. Humaira bergegas masuk ke dalam kereta miliknya.
Pada masa yang sama, kelihatan pintu pagar utama terbuka mengikut arahan remote yang berada dalam genggaman gadis tersebut.
Tombol gear ditukarkan dari kedudukan R kepada D.
Kakinya lantas menekan paddle minyak lalu memecut meninggalkan pekarangan mahligai milik seorang jutawan, pemilik JOFIZA Holdings itu.
Tangannya kelihatan menggenggam erat pada stereng keretanya.
Pandangan matanya hanya tertumpu pada lalu lintas yang agak sibuk.
Namun, kesuraman malam yang hanya bertemankan cahaya lampu jalan tidak mampu untuk menahan dari air matanya terus mengalir.
Keresahan yang melanda jiwanya pada ketika itu bermula dari satu pesanan WhatsApp yang diterima dari salah seorang rakan baiknya.
Pesanan itu hanya ada sekeping gambar.
Tanpa sebarang message.
Tetapi gambar itu telah membuatkan hatinya rasa gelisah.
Pemanduannya membawa dia ke sebuah kelab malam yang selalu dia kunjungi.
Terus masuk ke dalam kelab malam itu, Humaira nampak susuk tubuh jejaka yang amat dikenalinya hendak berlalu pergi bersama seorang gadis cina yang juga amat dikenalinya.
Humaira terus meluru ke arah jejaka tersebut.
Namun, belum sempat dia menghampiri, jejaka itu telah lenyap di sebalik pintu kelab malam tersebut.
Sebaik dia keluar, dia terpandang jejaka dan gadis itu sedang memasuki ke dalam kereta.
Tanpa berfikir panjang, Humaira terus mendapatkan keretanya semula dan cuba mengekori kereta mereka.
Namun, dek kerana kesesakan jalan raya, Humaira terlepas jejak jejaka tersebut.
Dia kini hanya memandu ke arah sebuah kondominium mewah.
Kondominium yang sudah tidak asing baginya.
Kondominium teman lelakinya yang bernama Adrian.
Kondominium yang sering dijadikan tempat persinggahan antara dia dan jejaka tersebut.
Humaira sering dibawa teman lelakinya ke kondominium itu selepas bersuka ria, terutamanya semasa dia dalam keadaan mabuk.
Mereka akan bermesra dan ringan-ringan di dalam kondominium tersebut.
Adrian, teman lelakinya itu sering meminta Humaira membuktikan cintanya dengan menyerahkan kesuciannya.
Namun, walaupun dalam keadaan mabuk, Humaira tidak pernah tunduk dengan pujuk rayu Adrian dan Humaira masih terselamat daripada beberapa kali cubaan Adrian untuk menidurinya.
Sebaik memasuki lobi, langkah Humaira pantas mendapatkan lif.
Laju Humaira melangkah menuju ke kondominium teman lelakinya itu yang terletak di tingkat 28, tingkat yang sering dikunjunginya.
Terasa lif bergerak terlalu perlahan.
Kakinya digedik-gedikkan untuk mengimbangi perasaan amarahnya.
Jarinya berulang kali menekan butang bernombor 28 dan berharap agar kelajuan lif dapat dipertingkatkan.
Tinnggg!..Humaira meluru ke arah unit paling hujung sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Di pintu hadapan unit itu terpasang kekunci elektronik.
Humaira tahu kombinasi kunci pintu itu.
Terus dia masukkan nombor PIN lapan digit yang telah lama dihafalnya.
Sebaik daun pintu ditolaknya dengan agak kasar, kaki tidak perlu membuka kasut terus meluru ke bilik tidur.
Bunyi sumbang antara lelaki dan perempuan sudah kedengaran dari luar bilik lagi.
Pintu bilik tidur itu terus dibuka dengan keras.
Mata Humaira terbeliak melihat dua susuk tubuh yang sangat dikenalinya itu dalam keadaan telanjang bulat.
Adrian yang sedang menghenjut tubuh wanita itu, terhenti secara tiba-tiba.
Ditoleh wajahnya ke arah Humaira.
Tenang sahaja wajah Ardian.
Seolah-olah seperti tidak ada rasa bersalah.
Seolah-olah seperti rahsia kecurangannya bersama Cindy yang telah terbongkar dan ditangkap sendiri oleh kekasihnya itu, bukan satu perkara serius baginya.
ʻʻWhat the hell is going on here?!!ʼʼ tengking Humaira sekuat-kuat hati.
Humaira kemudian menoleh ke arah gadis cina itu.
Gadis yang sangat-sangat dikenalinya.
Gadis sekelas semasa mereka sama-sama menuntut di Sekolah Antarabangsa Mont Kiara dulu.
ʻʻCindy!!.. Why? Aaarrrggghhhhhh!ʼʼ jeritan Humaira bersambungan tanpa dapat dikawal hasutan syaitan itu.
Sumber:Internet