. Biskut empat segi dipatahkan lalu dicelup ke dalam secawan kopi ʻoʼ panas sebelum disuap masuk ke dalam mulutnya.
Pandangan matanya pula tertumpu pada dua orang lelaki yang sedang memantau kerja-kerja projek yang sedang berlangsung.
Terik mentari benar-benar menggigit kulit yang terdedah kepada panahannya.
Setelah hampir setengah jam berdiri di tengah panas, salah seorang daripada lelaki yang menjadi tumpuan mata Humaira kelihatan bergerak ke arahnya.
Langkah diatur kemas walaupun usianya telah melebihi separuh abad.
Dengan mengenakan seluar slack bersama sehelai kemeja yang lengannya telah dilipat singsing hingga ke siku.
Kemejanya kelihatan tompok-tompok kebasahan dek peluh yang keluar.
Walaupun kepalanya dilindungi dengan sebuah helmet kerja berwarna putih, namun peluh jantan tetap berdegil untuk keluar membasahi pipi dan sideburn lelaki itu.
ʻʻPapa okay?ʼʼ tanya si anak kepada bapanya.
ʻʻItʼs okay Papa dah biasa.
Papa kan pernah usahakan homestay macam ni bersama arwah mama dulu.
cuaca di Perlis ni memang mencabar betul.
ʼʼ balas si ayah sambil menerima huluran sehelai tuala kecil daripada anaknya.
Humaira hanya tergelak.
ʻʻItu cerita berpuluh tahu dulu, Papa! Sekarang ni, Papa asyik duduk dalam bilik aircon jer twenty-four-seven manjang.
Panas sikit jer dah tak tahanʼʼʻʻEleh cakap Papa pulak.
Yang Myra tu? Papa tengok Myra pun sweating jer?ʼʼʻʻIʼm fine, Papa.
Peluh sikit jer pun.
Besides, it saves me from going to the gym!ʼʼ balas Humaira tertawa.
Johari turut gelak bersama.
Humaira kemudian memberikan bapanya segelas kopi.
Di atas piring cawan kopi itu ada beberapa keping biskut.
ʻʻThank you, my dearʼʼ balas Johari kepada anak perempuannya.
Humaira hanya tersenyum manis.
Johari menyambung lagi, ʻʻYou donʼt miss KL?ʼʼHumaira menggeleng kepala.
ʻʻMyra dah suka suasana kampung dekat sini, PaʼʼJohari kemudian menghirup kopi ʻoʼ itu sambil kembali melihat hadapan.
Seorang anak muda sedang tekun bekerja memantau pekerja-pekerja binaan yang lain.
Johari tahu, pandangan Humaira terhadap anak muda itu begitu berbeza sekali.
Jarang sangat Johari melihat wajah anak perempuannya itu bercahaya tatkala melihat seseorang.
Sambil meletakkan kembali cawan ke atas piring, Johari berkata, ʻʻMyra suka suasana kampung kerrr... suka dekat orang kampung?ʼʼ tanyanya cuba untuk menyerkap jarang.
ʻʻI donʼt know what youʼre talking about, Paʼʼ balas Humaira sambil membuat kerja lain.
Merah muka Humaira tatkala bapanya berkata begitu.
Humaira tersipu malu apabila Johari mendapati dirinya yang sedang mengelamun merenung Aiman yang tekun bekerja.
Tetapi, bohonglah kalau Humaira sukar untuk menyembunyikan perasaan hatinya terhadap Aiman.
Kenangan indah bersama lelaki itu selama tiga hari dua malam di Songkhla tidak dapat dilupakan dari sanubari hatinya.
ʻʻYou tak de call Karl langsung ker?ʼʼ tanya Johari, pula.
Haikal.
Humaira tertunduk.
Senyum dengan sendiri.
Dah lama sebenarnya dia tidak menghubungi suaminya itu.
Mungkin kerana dia sedang bermain cinta dengan lelaki lain.
ʻʻKarl kan sibuk dekat JB?ʼʼ balas Humaira sambil mengambil cawan bapanya tadi dan meletakkannya ke atas dulang.
ʻʻBuat apa nak kacau dia??ʼʼ katanya sedikit tajam.
ʻʻ lain macam jer bunyinya tu? You dengan Karl ada gaduh ker baru-baru ni?ʼʼ tanya Johari setelah mendengar jawapan dari anak perempuannya berbunyi seperti menyindir.
ʻʻGaduh ke, tak gaduh ke, sama jer, Paʼʼ balas Humaira, malas nak bertekak pasal Haikal.
ʻʻYou know him better kan? Karl tu kan your prodigy sejak dia intern dengan Papa dulu lagi kan?ʼʼ
Sumber:Internet