Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 41

. Pembedahan jantung ke atas salah seorang pesakit VIP di Hospital Gleneagles itu telah berjalan selama lima jam lamanya.
Tiga orang doktor, termasuk Dr.
David Chandra selaku main surgeon yang mengetuai pembedahan itu.
Kakitangan lain pula termasuklah Azura dan Hanani sebagai jururawat sokongan.
Sepanjang pembedahan dilakukan, Azura menjalankan tugasnya membantu David yang lebih banyak menumpukan perhatiannya pada pesakit VIP itu.
Proses untuk membaik-pulih injap jantung yang telah rosak, dan digantikan dengan injap tiruan bukanlah satu perkara yang mudah.
David yang tekun dengan penuh konsentrasi melakukan pembedahan itu sedikit pun tidak terganggu sehinggakan titisan peluh yang terbit dari dahinya pun tidak dihiraukannya.
Melihat titisan peluh di dahi David itu, Azura terus menghampirinya dan berkata perlahan.
ʻʻDoktor, boleh I lapkan peluh you?ʼʼ katanya dengan suara yang sedikit manja.
Hanani yang sedang berdiri bersama doktor anesthetics di sebelah katil pesakit itu menyedari kelainan tona suara Azura.
David yang masih tidak berkelip sambil kedua tangannya masih membaiki jantung pesakit itu hanya angguk sekali, anggukkannya sangat kecil sahaja.
Azura mengambil sehelai gauze bersih dari atas meja peralatan.
Dia kemudian kembali rapat kepada David.
Tangan kanan mula mengelap dahi doktor itu perlahan-lahan, sambil sebelah tangan lagi diletakkan pada bahu lelaki itu.
ʻʻYouʼre doing a great job, sayangʼʼ bisik Azura kepada telinga David, sambil kain lap masih ditekap-tekap pada dahi David.
David tidak menjawab, tapi satu senyuman kecil terukir di bibirnya yang dilindungi oleh penutup muka.
Terasa sedikit ego dan keyakinan dirinya dinaikkan.
Walaupun bisikan Azura itu tidak dapat didengar oleh sesiapa pun melainkan David seorang, tetapi Hanani dapat mengagak apa yang berlaku antara Azura dan David sejak kebelakangan ini.
Sifat Azura yang semakin gedik dengan David mula menimbulkan syak dan wasangka.
Selepas satu jam lagi masa berlalu, David selesai melakukan pembedahannya.
Letih dan lenguh, David menyerahkan tugas kepada doktor di sebelahnya untuk menyambung tugas.
ʻʻOk, semua dah siapʼʼ kata David sambil menyerahkan alat pembedahan kepada Azura.
ʻʻDoktor Saiful, stitch the patient upʼʼʻʻBaik.
Well done, doctorʼʼ balas doktor sokongan itu yang datang mengambil alih tempat David.
David pun melangkah keluar dari bilik pembedahan itu.
Azura mengekorinya dari belakang.
Doktor Saiful dan pembantunya menyambung tugas mereka untuk menjahit semula dada kiri pesakit.
Doktor Hazlina, selaku anesthetics yang bertugas juga masih lagi memantau prosidur itu bagi memastikan keadaan pesakit sentiasa stabil.
Hanani jururawat sokongannya hanya dapat melihat Azura bergandingan dengan David keluar bersama.
Keluar sahaja dari bilik pembedahan itu, Azura membantu David membuka ot-gown lalu dimasukkan ke dalam karung yang tersedia.
Sarung tangan getah dan pelitup muka pula dibuka dan dibuang sendiri oleh David ke dalam tong khas berwarna kuning.
Begitu juga dengan serkup kepalanya.
Mereka kemudian pergi ke bilik persalinan pula.
Bilik untuk lelaki dan perempuan adalah berasingan.
Sebelum masuk ke dalam bilik persalinan lelaki, David berkata pada Azura.
ʻʻJumpa I dekat office lepas ni, Puan Azura.
I nak discuss pasal Op tadi sikitʼʼ katanya sambil mengenyit sebelah mata.
Azura hanya tersenyum.
Dia tahu ajakan itu mempunyai maksud di sebaliknya.
ʻʻBaik, doktorʼʼ katanya sambil membalas kenyit sebelah mata juga.
David kemudian menukar baju pembedahan kepada bajunya dan disarung overcoat putih panjang.
Azura juga menukar semula baju pembedahan kepada uniform jururawatnya di bilik persalinan untuk wanita.

Sumber:Internet