. David mengambil ke semua barang dan pakaian Azura dari kuarters jururawat dan dimasukkan ke dalam beg pakaian.
Sebenarnya tak banyak pun baju yang tinggal, kerana sejak kebelakangan ini, Azura sudah lebih menghabiskan masa di rumah David berbanding di kuartersnya.
Sedikit demi sedikit, baju-baju persalinannya telah dibawa ke rumah lelaki itu.
Setelah semua barang dikemas, David turun ke bawah dengan membawa dua beg besar, satu di kiri dan satu lagi di tangan kanannya.
Ada juga beberapa jururawat di situ yang belum masuk syif kerja melihat David membawa beg-beg itu.
Mereka berbisik dan mengumpat sesama mereka.
Hubungan sulit antara David dan Azura sudah menjadi bualan di kalangan kakitangan hospital itu.
Sampai di bawah, David terus berjumpa dengan warden kuarters itu.
Dia menandatangai surat pelepasan bagi pihak Azura.
ʻʻAzura dah pindah mana, doktor?ʼʼ tanya Roslina, warden baru yang telah menggantikan Fazlan yang telah bertukar kerja.
ʻʻPuan Azura dan berhentiʼʼ balas David, ringkas.
ʻʻAda masalah sikit dekat hospitalʼʼʻʻBerhenti? Masalah apa dekat hospital tu, Doktor?ʼʼ tanya Roslina, sambil memandang ke arah kereta Mustang GT David yang diparkir di tempat pelawat.
Roslina nampak Azura berada di dalam kereta itu, kepalanya dipaling ke sebelah, tangan menutup sebelah muka.
ʻʻAdalah kekecohan sedikit.
Saya tengah handle niʼʼ balas David.
ʻʻSuami dia dah dihubungi?ʼʼ tanya Roslina lagi.
ʻʻBorang dah siap.
Ada apa-apa lagi?ʼʼ kata David sambil menyerahkan borang pelepasan itu kembali kepada Roslina.
Sekaligus tidak menjawab soalan terakhir warden tersebut.
ʻʻTak de, doktorʼʼ balas Roslina sambil memeriksa butiran borang pelepasan itu.
ʻʻTerima kasihʼʼ kata David sambil memakai cermin mata hitam.
Dia kemudian menarik dua beg pakaian Azura dan membawanya ke keretanya.
Beg-beg itu dimasukkan ke dalam boot.
David kemudian masuk ke dalam tempat pemandu dan memecut kereta itu keluar dari kuarters dengan laju dan deruman enjin yang kuat.
Roslina yang memeluk tubuh hanya menggeleng kepala sambil penghuni-penghuni yang lain turut mengintai dari belakang.
Selepas lebih setengah jam memandu, David akhirnya sampai di rumah banglo-nya di Seksyen 9, Shah Alam.
Sebaik kereta diparkir, David keluar dari keretanya dan mengeluarkan beg pakaian Azura.
Azura mengekori David masuk ke dalam rumah banglo itu.
ʻʻI bawak beg naik atasʼʼ kata David pada Azura.
ʻʻYou rileks kat depan dulu okay?ʼʼAzura mengangguk sambil duduk di sofa three-seater di ruang tamu besar banglo itu.
David memanjat anak-anak tangga membawa beg Azura naik ke atas.
Tidak lama selepas itu, David turun ke bawah semula ke ruang tamu.
Di ruang tamu tersebut terdapat sebuah showcase rendah yang menempatkan sebuah botol brandy dan beberapa gelas kristal di atasnya.
David mengambil botol brandy itu dan menuang ke dalam dua gelas kristal.
Gelas itu di bawa dalam kedua-dua tangannya sambil menghampiri Azura.
Satu gelas brandy dihulurkan pada Azura.
ʻʻDrink thisʼʼ katanya, ʻʻIt will make you feel betterʼʼTanpa segan silu, Azura mengambil gelas brandy itu.
Sudah biasa baginya meminum arak, Azura meneguk brandy ke dalam tekaknya sampai habis.
ʻʻThank you, David.
Sebab bawak I tinggal dekat rumah you.
Menyusahkan you ajerʼʼ kata Azura sambil memberikan gelas itu kepada David semula.
ʻʻSmall matter lah.
You kan girlfriend Iʼʼ balas David sambil mengambil gelas itu.
ʻʻNak lagi?ʼʼ tanyanya.
Sumber:Internet