Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 43

. Tangan dilambai mengiringi pemergian seorang lelaki yang bergelar papa.
Kereta Lexus LM350 berwarna hitam berkilat dilihat meninggalkannya sambil diselubungi debu-debu yang berterbangan di sekitarnya.
Beberapa titik lelehan air mata mengalir di pipinya dikesat.
Tidak mahu ada mata yang melihatnya.
Terkenang dia kepada mamanya yang telah tiada untuk duduk di sebelah kerusi penumpang untuk menemani Tan Sri Ahmad Johari pulang bersama.
Masih lagi melambai.
Pada masa yang sama terasa bahu kirinya disentuh.
Tubuhnya dipeluk dan ditarik merapati teman di sebelah kanannya.
Humaira tidak berani untuk mengalihkan pandangannya menghadap ke wajah lelaki yang sedang memeluknya itu.
Dibiarkan seketika sehingga tiada lagi air mata dirembeskan.
ʻʻKan papa awak kata dia akan datang lagi.
Dah la... tak payah la nak dok tegheyak sangat.
Nanti orang kampung tengok, entah apa yang depa pikirkanʼʼ kata Aiman sambil cuba memujuk.
Melihat Humaira masih kekal memandang ke arah jalan yang dilalui kereta papanya, Aiman bergerak ke hadapan Humaira.
Jarinya pantas mengelap sisa air mata yang mengalir lalu memegang kedua belah bahu Humaira.
ʻʻDah!... Jom kita continue balik tengok kerja-kerja yang depa tengah buat tuʼʼ ajak Aiman agar Humaira melupakan seketika apa yang sedang bermain dalam fikirannya.
Humaira mengangguk senyap.
Jauh di lubuk hatinya, Humaira mahu Aiman memujuknya dengan pelukan.
Dengan satu pelukan yang mendamaikan.
Agar perasaan gundah gulananya segera kembali tenang.
Tetapi dia malu untuk menyatakan hasratnya itu.
Membiarkan ia terpendam dan menjadi rahsia dalam dirinya.
Namun, apa yang tidak diketahui Humaira adalah perasaan Aiman.
Kalau diikutkan hatinya, mahu segera dia memeluk Humaira agar wanita yang sedang bersedih itu dapat dipujuknya dengan pelukan.
Tetapi, dengan adanya para pekerja di sekitar berhampiran mereka, Aiman membatalkan hasratnya.
Lalu tangannya terus mencapai tangan Humaira.
Pergelangan tangan wanita kota itu digenggam dan ditarik perlahan sambil mereka berdua melangkah ke kawasan projek yang sedang mereka usahakan.
Humaira tidak membantah, hanya menurut sahaja kehendak buah hatinya.
Sehingga kini, kawasan dusun Aiman baru dua puluh peratus dicerahkan untuk dibangunkan beberapa bangunan homestay.
Pada perancangan mereka, mereka akan membina bangunan homestay sebanyak 10 buah yang berasingan.
Di situ juga akan dibina sebuah kolam mandi yang besar dan akan disambungkan ke sungai yang mengalir.
Contoh susun atur dan design resort yang telah mereka diami semasa lawatan kerja ke Thailand tempohari turut diserap ke dalam blueprint Humaira.
Beberapa kemudahan lain termasuk tempat untuk OOTD akan turut dibina.
Sepanjang hari, Humaira dan Aiman meneruskan pengendalian projek resort Homestay dalam Dusun berkenaan.
Humaira lebih kepada perancangan dan pemetaan, sementara Aiman lebih tertumpu kepada mengendalikan kerja-kerja binaan dan buruh kasar.
Humaira sibuk mengubah suai blueprintnya di pondok Aiman.
Manakala Aiman pula sibuk bersama pekerjanya membersihkan kawasan yang terlibat dalam projek ini.
Mereka berdua begitu komited dengan tugasan masing-masing sehinggakan tidak sedar matahari semakin merendah ke ufuk barat.
Humaira bangun dari duduknya dan meninjau kelibat Aiman.
Setelah dikenal pasti kedudukan Aiman, Humaira melangkah menuju ke arah Aiman yang masih bekerja di tengah-tengah tapak projek.
ʻʻAiman... hari dah petang.
Myra rindu lah dekat Timah dan Ali.
Dah dekat seminggu tak jumpa diaorang.
Jom kita wrap-up awal sikit hari ni? Bagi depa tu break.
Lagipun masa Papa ada, semua orang dok ralik kerja overtime kan?ʼʼ cadang Humaira sambil cuba meniru beberapa patah perkataan loghat utara.
Aiman mengangguk setuju.
Badannya pun terasa sedikit penat.
Keringat jantannya meleleh membasahi hampir keseluruhan pakaiannya.
ʻʻOk.
Saya rasa awak patut balik homestay awak dulu.
Mandi dan berehat sat.
Biar saya settlekan dekat sini.
Nanti kita jumpa Timah dan Aliʼʼ
Sumber:Internet