. Bandar Hantu.
Itulah nama ejekkan yang telah diberikan kepada Forest City yang terletak tidak jauh dari bandaraya Johor Bahru.
Dibina di atas tanah reklamasi seluar 3 kilometer persegi, ʻBandar Dalam Tamanʼ yang sepatutnya boleh menempatkan 1 juta orang sebaliknya kosong tidak berpenghuni.
Akibat dari wabak Covid-19 dan perubahan polisi pelaburan dari tanah besar China, pembeli dan pelabur utama tak muncul tiba.
Akibatnya, banyak kedai-kedai terpaksa di tutup.
Peniaga-peniaga terpaksa berpindah semula ke bandar-bandar yang ada kehidupan manusia.
JOFIZA Holdings adalah salah satu dari pelabur yang mengalami kerugian yang teruk.
Konsep resort di tepi laut berhadapan dengan pulau Singapura kosong tidak ada pelanggan.
Haikal mencekak pinggang, cuba untuk mengembalikan pulangan satu pelaburan yang tidak mendatangkan hasil.
Sudah berminggu dia terperap di situ.
Tidak ada satu solusinya pun yang menjadi.
Cuma satu sahaja daripada pelbagai rancangan dan cadangannya yang nampak membawa hasil.
Resort tepi pantai itu dibuka kepada pengunjung ʻbalik hariʼ.
Datang pada waktu siang bersama keluarga, mereka menikmati kemudahan kolam renang dan permainan air, berkelah di tepi pantai dari pagi hingga ke petang, makan malam di restoran yang menawarkan harga yang berpatutan.
Tidak bermalam, pengunjung akan pulang tatkala malam menjelma.
Walaupun tidak menguntungkan, biarlah mendapat sedikit pulangan saguhati daripada tidak mendapat apa-apa langsung.
ʻʻMacam mana return minggu ni?ʼʼ tanya Haikal kepada akauntan JOFIZA yang mengira untung rugi perjalanan syarikat.
ʻʻTak banyak, Karlʼʼ kata akauntan itu.
ʻʻTapi at least ada flowing sikitʼʼʻʻGood.
Macam mana dengan program kem bina semangat dan conference? Ada syarikat yang menunjuk minat?ʼʼ tanyanya kepada pengurus projek pula.
ʻʻNil in the camp, Karl.
Ramai company prefer masuk hutan atau pergi tempat yang lebih terpencil.
Tapi conference tu adalah dapat dua bookingsʼʼʻʻBetter than nothingʼʼ balas Haikal.
Pada ketika ini, teringat dia pada isterinya Humaira dengan projeknya di Perlis.
Apa khabarlah agaknya dia di sana.
Tergerak hati untuk dia ke sana menjenguknya.
Tetapi bukan Humaira yang bermain-main di dalam fikirannya.
Sebaliknya Haikal asyik terfikirkan seorang wanita lain.
Wanita yang telah ditinggalkan di Kuala Lumpur berminggu-minggu lamanya.
Wanita yang masih bergelar seorang isteri kepada rakannya sendiri.
ʻʻI nak balik KL malam niʼʼ kata Haikal kepada orang-orang bawahannya.
ʻʻYou dah inform Tan Sri ker?ʼʼ tanya akauntan tadi.
ʻʻIʼm his son-in-law, okay?ʼʼ Haikal mengingatkan kedudukkannya kepada akauntan tadi.
ʻʻYou donʼt need to question my movements.
Faham?ʼʼʻʻFahamʼʼ angguk akauntan itu.
Haikal terus bergegas ke kereta Range Rover Sport milik bapa mentuanya.
Enjin dihidupkan dan dia terus meluru menuju ke arah Kuala Lumpur.
* * * * *ʻʻSelamat petangʼʼ kata Haikal yang baru sampai ke Kuala Lumpur setelah seharian memandu dari Johor.
ʻʻBoleh saya jumpa Puan Azura Binti Abdullah?ʼʼJururawat yang bertugas memandang Haikal dengan pandangan yang tajam.
Matanya disepetkan sambil dahi berkerut.
ʻʻEncik ni yang datang hari tu dan buat bising-bising tu kan?ʼʼ kata jururawat itu kepada Haikal.
Ingat dia kepada Haikal.
Mungkin sebab Haikal terlampau tampan agaknya.
Ataupun pada ketika itu, Haikal bermulut lantang sehingga rupa parasnya tidak dapat dilupa.
Sumber:Internet