. ʻʻAbang... dah lama Ani tak kelih Zura.
ʼʼ tanya Suriani, atau nama panggilannya Mak Ani, isteri kepada Pak Asin.
ʻʻZura bini si Aiman tu ka?ʼʼ tanya Pak Asin.
ʻʻYa lah.
Zura mana lagiʼʼ kata Mak Ani, mengingatkan suaminya siapa orang yang dimaksudkan.
ʻʻZura kan gheja kat kolumpo nunʼʼ balas Pak Asin.
Mak Ani menghela nafas.
Memang dia tahu Azura bekerja di Kuala Lumpur sejak tiga bulan yang lalu.
Tetapi yang menghairankannya, sejak dari pemergian wanita itu batang hidung pun dah tak nampak lagi.
Tak kan sekalipun tak pernah jenguk suami dan anak-anak di kampung?ʻʻPelik saya, bang.
Seronok sangat ka gheja kat Kolumpo nun sampai tak ingat nak balik tengok laki? Tak rindu ka kat anak-anak?ʼʼ tanya Mak Ani.
ʻʻEntah la mak hang wei, abang pun dah lama tak kelih bini Aiman tu.
ʼʼ balas Pak Asin, atau nama penuhnya Husin, sambil melayan juadah petang yang dihidangkan isterinya.
ʻʻBangʼʼ Mak Ani merapatkan dirinya kepada suaminya.
ʻʻAni nak tanya ni... Abang rasa si Aiman tu dah menikah lain ka?ʼʼPak Asin menoleh memandang isterinya.
ʻʻAwat hang tiba-tiba pikiaq lagu tu pulak?ʼʼMak Ani mengeluh panjang.
ʻʻAni bukan a si Azura tu dah tiga bulan tak tunjuk batang hidung.
Betui ka dia kerja kat Kolumpo, atau dia dan Aiman dah berpisah?ʼʼʻʻAstaghfirullah Al-Azim! Cuba hang ni bawak mengucap sikit? Awat hang ni dok pikiaq yang bukan-bukan?ʼʼ tegur Pak Asin pada isterinya.
ʻʻAni bukan apa, bang.
Kami ni dok sok-sek, sok-sek jugak la pasai si Aiman tu.
Sekarang ni dia dok berkepit dengan minah korea tu ja.
ʼʼʻʻMinah korea mana pulak ni? Mana ada minah korea dekat kampung kita ni?ʼʼʻʻYang si tinggi lampai kulit putih licin tu lah.
Yang rupa macam pelakon Korea tu?ʼʼʻʻCik Humaira?ʼʼ tanya Pak Asin.
ʻʻTa Myra... apa hubungan dia dengan Aiman?ʼʼ Mak Ani cuba untuk mengorek lagi.
ʻʻCik Myra kan manager projek resort dekat tanah Aiman tu?ʼʼ jelas Pak Asin.
Mak Ani berfikir lagi.
ʻʻBetui ka diaorang berdua ni dah nikah, bang? Sebab Ani tengok Cik Myra tu macam tinggai kat rumah Aiman jaa...ʼʼʻʻKalau dah duduk serumah tu, dah nikah lah kot...ʼʼ balas Pak Asin, acuh tak acuh tidak mahu ambil peduli.
ʻʻTu lah... Kawan-kawan Ani dok cita, depa ni pi nikah dekat SiamʼʼʻʻNikah kat mana pun, sah jugak kalu dah cukup rukunʼʼʻʻKira Cik Myra tu bini kedua Aiman lah ya?ʼʼʻʻBiaq pi laa bini nombor berapa pun.
Asalkan depa bahagia.
ʼʼ balas Pak Asin sambil mencicah dan menyumbat cucur kodok ke dalam mulutnya.
ʻʻBiaq bahagia konon, hari tu abang juga yang dok beletiaq tak puas hati bila pompuan kaya tu beli dan buat projek kat dusun si Aiman tu.
Ni nak dok biaq pi pulak.
ʼʼ balas Ani, cuba ingin mengungkit sedikit kisah yang lalu.
Tanah FELDA milik Pak Asin bersebelahan sahaja dengan dengan tanah milik Aiman.
Malah, mereka juga berkongsi sebatang sungai yang sama, cumanya sungai Pak Asin adalah anak sungai yang masih kecil, berbanding sungai di tanah Aiman yang sudah besar dan mempunyai air terjun yang kecil.
Semasa Humaira datang untuk meneroka lokasi projek, tanah Aiman telah dipilih dan bukannya tanah Pak Asin.
Sedikit sebanyak keputusan itu telah membuatkan Pak Asin berasa sedikit terkilan.
Sumber:Internet