Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 6

. ʻʻYa Allah Ya Tuhanku, Kau tetapkanlah hati kami agar kekal dalam agama-Mu, Kau murahkanlah rezeki kepada anakku, Kau berikanlah kemudahan kepadanya.
Kau panjangkanlah usianya.
Kau berkatilah hidupnya.
Kau akhirilah hidupnya dengan pengakhiran yang baik... Aammiiiinnnnn.
ʼʼ begitulah sebahagian doa yang dilafazkan oleh seorang ibu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyaʼ.
Aishah bangun lalu melipat dan menggantung kembali sejadah di penyangkutnya.
Ditanggalkan pula telekungnya lalu disangkut di penyangkut yang sama.
Kini tubuhnya hanya dibaluti sehelai kain batik lusuh bersama baju kedah yang menjadi kegemarannya.
Dengan langkah yang longlai, Aishah menuju ke dapur.
Hajat hatinya ingin menyediakan makan malam untuk anaknya yang telah seharian bekerja mencari rezeki buat mereka dua beranak.
Dia juga bersyukur kerana adiknya juga turut membantu apabila keadaan kesihatannya semakin tidak mengizinkan dia membuat kerja berat.
Sebaik tiba di dapur, air matanya meleleh tanpa dipinta kerana semuanya telah tersedia.
Aiman sememangnya seorang anak yang boleh diharapnya.
Makanan telahpun tersedia di bawah tudung saji di atas meja.
Namun, kelibat anaknya itu masih tidak kelihatan.
Mungkin sedang mandi atau solat rasanya.
Aishah setia menunggu anaknya di dapur.
Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka dan muncul Aiman lengkap dengan kain pelikat dan baju melayunya.
ʻʻKamu ke surau ka Aiman?ʼʼ tanya si ibu yang baru menyedari ketiadaan anaknya sebentar tadi.
ʻʻYa bu... lagipun tadi ada kuliah mag tu yang Isyaʼ pun lambat skit.
Ibu tunggu Aiman nak makan ka?ʼʼ balas Aiman sambil menghampiri ibunya.
Aiman memeluk tubuh ibunya terlebih dahulu sebelum mencium dahi Aishah.
Baginya, dia tidak mahu menyesal tidak bermanja dengan ibunya yang masih hidup.
Lagipun entah sampai bila dia mampu memeluk tubuh kesayangannya itu memandangkan kesihatan ibunya yang semakin merosot.
Aishah mengalirkan air matanya sayu apabila tanpa disuruh Aiman menyuap nasi ke mulutnya.
Sejuk perutnya melihat kelaku Aiman yang amat berhemah dan sopan santun itu.
Aishah bersyukur kerana dikurniakan anak yang begitu menghargainya.
Pasti suaminya juga akan berasa bangga dengan anak mereka itu.
* * * * *Nenoonnggg... Nenoonnggg... Nenoonnggg...Aiman mendongak mencari punca datangnya bunyi siren itu.
Sambil mengelap keringat di dahinya, Aiman memberhentikan aktiviti di tanah kebun peninggalan arwah ayahnya.
Hatinya tiba-tiba terasa runsing.
Kelibat ibunya terus bermain di layar fikirannya.
Aiman terus berlari mendapatkan motor Honda cup C70 yang juga peninggalan arwah ayahnya.
Motor itu terletak tidak jauh dari sebuah pangkin kayu di hujung kebun.
Pangkin kayu beratap rumbia tempat Aiman selalu berehat setelah penat bekerja sepanjang hari.
Dari bakul Honda C70 itu, dicapai sebuah beg hitam, ditarik zip hingga terbuka.
Diselak-selak sebalik flask besi air kopi dan bungkusan nasi lemak untuk mencapai sebuah telefon Samsung Galaxy S.
Dimasukkan kekunci PIN dengan segera.
Aiman tertelan air liur tatkala dia nampak ada lima missed-call dari ibu saudaranya, Ainun.
Tanpa membuang masa, Aiman terus mendail kembali nombor ibu saudaranya itu.
ʻʻMaksu! tadi Maksu call ke? Aiman dapat lima missed-call dari Maksu!ʼʼ sergah Aiman sebaik sahaja panggilannya bersambung.
ʻʻAiman! Kami ada kat wad kecemasan Hospital Kangaq nih... tiba-tiba ja ibu hang sengap tadi.
Maksu call 999 teruih la.
Hang tak dengaq ka bunyi ambulan tadi?ʼʼ soal Ainun.
ʻʻPasai dengaq la yang Aiman teruih call Maksu ni.
Ibu macamana Maksu?ʼʼ soal Aiman kerisauan.
ʻʻIbu hang dah masuk dalam nuu.
Doktor dengan nurse ada dengan ibu hang la nih.
Hang mai lekaih la nooʼʼ kata Ainun menyuruh Aiman supaya segera datang ke Jabatan Kecemasan.

Sumber:Internet