Gelap
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Tukar 7

. Tahun berganti tahun.
Aiman berdiri mencekak pinggang.
Kepalanya mendongak sambil mata tertutup.
Nafas ditarik dalam menghirup udara nyaman.
Sedikit senyuman terukir di wajahnya sambil hati berucap syukur pada Ilahi.
12 tahun dia membanting tulang mengusahakan kebun FELDA seluas 4.
5 hektar yang telah diwasiatkan kepadanya oleh arwah bapanya.
Dengan modal yang sedikit dan kederat sendiri, Aiman telah melalui pelbagai liku-liku dan rintangan yang telah mendatang.
Tetapi setiap titik peluhnya yang menitis dari tubuh seorang lelaki kental ini akhirnya mendatangkan hasil.
Dari dulunya sebuah kebun getah yang terbiar, kini ianya bertukar menjadi sebuah dusun buah-buahan.
Lelaki berusia 30 tahun ini melihat dengan bangga pokok-pokok mangga Harumanis yang sudah berbuah ranum untuk dipetik di sekelilingnya.
Hanya berseluar panjang dan berkasut but, Aiman yang tidak berbaju itu tidak jemu menghidu keharuman buah itu yang sudah berbalut masih terikat di tangkai dahan.
Kemanisan isinya pasti tiada tolok bandingnya.
Sesuai sekali dengan nama buahnya.
Harumanis.
Mangga yang sangat istimewa ini hanya boleh didapati di Negeri Perlis sahaja.
Telah ramai yang cuba menanamnya di kawasan kebun masing-masing di luar Perlis, tetapi hasilnya tidak sama seperti Harumanis Perlis.
Walaupun pohonnya berbuah, tetapi rasanya memang tidak sama sekali seperti Harumanis Perlis.
Rasanya yang manis dan berbau harum menjadikan harganya juga sangat menguntungkan.
Namun, atas faktor cuaca dan cara mengurus serta menjaga tanaman itu sangat-sangat memainkan peranan untuk menjadikan buah itu sangat istimewa.
Aiman mengesatkan peluh di dahinya menggunakan tuala good morning yang sangat popular bagi orang kampung sepertinya.
Belum sempat dia menyambung kerjanya, matanya menangkap pergerakan sebuah kereta yang sedang memasuki kawasan kebunnya itu.
Walaupun dikenyitkan matanya serapat mungkin, dia masih belum dapat memastikan gerangan insan tersebut.
Ah!... Mesti tauke Lim dah mai nak angkut beli Harumanis aku ni.
Kata Aiman di dalam hati.
Aiman mengangkat bakul hasil pungutannya lalu diusung ke sebuah pondok yang telah dibinanya sendiri bagi kemudahan dia menyimpan hasil tanaman dan segala peralatan kerjanya.
Di situ juga lah tempat dia berehat tatkala penat bekerja.
ʻʻAsAiman yang masih di dalam pondok terdengar suara yang seakan-akan amat dikenalinya.
ʻʻWaʼalaikum Aiman menjawab salam sambil bergerak menemui insan yang baru memberi salam itu.
Sebaik mata bertembung mata, Aiman kelu terkejut dengan kemunculan insan yang tidak diduganya itu.
Seorang insan yang sangat dirinduinya.
Rasanya telah sepuluh tahun dia tidak memandang sosok tubuh tersebut.
ʻʻHaikal!?ʼʼ tegur Aiman untuk memastikan insan tersebut benar-benar sahabat karibnya yang telah pergi ke luar negara meninggalkannya di Malaysia.
ʻʻSapa lagi? Awat wei... aku makin hensem ka? Sampai hang tak cam aku.
Ka pasai aku makin sado sampai hang tak mau mai peluk aku?ʼʼ balas Haikal yang masih tidak berubah kelakunya.
ʻʻAllah Hu Akbar... Kal!ʼʼ balas Aiman meluru dan memeluk sahabat sejatinya itu.
ʻʻDah!... Dah!... Hang nak bunuh aku dengan pelukan beruang hang ni ka?ʼʼ balas Haikal cuba melepaskan diri.
ʻʻAl syukur laa... ada jugak mat saleh mai dusun aku ni walaupun aku tak penah pun iklankan dalam internet.
ʼʼ balas Aiman mensyukuri dan teruja dengan kehadiran Haikal.
ʻʻKalau ya jemputlah aku duduk dulu.
Very hot laa...ʼʼ sindir Haikal berlagak.
ʻʻPi mampuih la hang punya hot ni Malaysia kut.
Kat sini mana ada salji nak boleh buat snowman bro.
ʼʼ balas Aiman meluat dengan perangai Haikal yang tidak berubah-berubah itu.

Sumber:Internet