. Haikal dan Humaira tiba di rumah Aiman di Kampung Felda Rimba Mas.
Rumah banglo setingkat itu dibina di atas kawasan tanah lapang yang juga merupakan tanah Felda empat setengah hektar yang telah diberikan kepada datuk Aiman selaku peneroka pertama projek Felda di kawasan itu.
Di hadapan rumah yang diperbuat dari simen dan beratapkan genting tanah liat itu terdapat pelbagai pokok-pokok rendang ditanam dengan pasu-pasu bunga disusun cantik dan rapi.
Terdapat juga satu telaga lama yang sudah ditutup mulutnya dan disambungkan pam elektrik.
Batu kerikil disusun cantik dari tengah jalan hadapan ke kawasan depan rumah.
Sebuah kereta Mercedes Benz CLS menyusur masuk melalui jalan kerikil tersebut.
Dari dalam kereta mewah hitam berkilat itu, keluar Haikal dari pintu pemandu.
Haikal memakai cermin mata gelap, berkemeja lengan pendek dan seluar panjang.
Di sebelah penumpang pula, Humaira keluar juga dengan kaca mata hitam besar tersisip di mukanya.
Rambut ikal mayang panjang melepasi bahu di sebalik baju kuning muda berlengan pendek sama seperti suaminya.
Skirt separas lutut hanya mampu menutup peha.
Betis putih licin berkasut platform shoes, tidak berstokin.
Beg tangan berjenama disarung kemas di bahunya.
Dari dalam rumah, Aiman dan Azura sudah berada di muka pintu menanti kedatangan tetamu istimewa ini.
Aiman berkemeja lengan pendek kemas dengan seluar.
Azura hanya memakai baju kurung dengan tudung bawal diserkup di kepala.
Dua anak mereka sedang berdiri memegang kaki ibu mereka.
ʻʻAssalamualaikum!ʼʼ laung Haikal mengangkat tangan kanan sambil melangkah segak ke arah rakannya.
ʻʻWaʼalaikum salam, Kal! Masya-Allah! Sampai jugak hang kat rumah aku nih!ʼʼ balas Aiman sambil bergerak mendapatkan sahabatnya itu.
Mereka berdua berpelukan erat sambil menepuk-nepuk belakang.
ʻʻMana aku boleh lupa rumah ni, Man!ʼʼ balas Haikal sambil melihat rumah peninggalan arwah ayah Aiman kepada anak tunggalnya.
ʻʻTempat lepak aku dulu ni, main-main lepaih balik sekolah dengan hangʼʼHaikal kemudian menoleh ke belakang merenung isterinya yang masih berjalan ke arah mereka.
ʻʻMyra, come! Come! Meet my childhood friend!ʼʼHumaira datang menghampiri suaminya.
Dia kemudian mengangkat dan membiarkan cermin mata hitam di atas kepalanya.
Satu senyuman ringkas diukir kepada Aiman.
Aiman terpaku sebentar melihat kejelitaan Humaira.
Matanya begitu menawan sekali.
Kulit mukanya cerah putih, licin, sedikit pun tidak berbekas.
Rambut hitam beralun bagaikan baldu yang kemas rapi.
Haikal kembali mendapatkan Humaira.
Dipeluk bahu isterinya itu sambil mereka berdua berjalan semula mendapatkan Aiman.
ʻʻNi lah tempat I chill dulu.
I still remember, this place is the same it was twenty years ago!ʼʼ kata Haikal kepada Humaira.
Haikal kemudiannya menuding jarinya ke arah telaga tidak jauh dari rumah itu.
ʻʻDulu perigi tu tempat kitaorang mandi bersama.
Masa tu, kita kena campak baldi and make sure tidak terlepas talinya.
Tarik baldi tu dan jirus atas badanʼʼ kata Haikal bercerita kenangan silamnya kepada Humaira.
ʻʻSeriuslah, Karl? Donʼt tell me, you mandi bogel dekat depan rumah ni masa kecik-kecil dulu?ʼʼ tanya Humaira sedikit ragu macam tidak percaya.
ʻʻYang tu saya tak boleh ceritaʼʼ Aiman menyampuk sambil Azura datang dekat di belakangnya.
ʻʻRahsia saya dengan Kal sahajaʼʼ celotehnya lagi.
Haikal dan Humaira sekarang berada berdiri berhadapan dengan Aiman dan Azura.
ʻʻManʼʼ kata Haikal.
ʻʻPerkenalkan.
My wife, Humaira SyafikaʼʼDengan spontan Humaira menghulurkan tangan kanan.
Pada mulanya, Aiman agak gugup hendak bersalaman.
Maklumlah, bukan biasa untuk orang lelaki bukan mahram bersalaman dengan seorang perempuan walaupun perempuan itu isteri kepada rakannya sendiri.
Itu bukan adat penduduk kampung terutamanya bagi mereka yang beragama islam.
Tetapi, Aiman tidak sampai hati pula melihat huluran tangan Humaira tergantung tidak bersambut.
Sumber:Internet