. ʻʻHang sebut apa tadi? Aku... macam... tak brapa dengaqʼʼ kata Aiman, sedikit sangsi tentang apa yang disebut oleh rakannya itu tadi.
Haikal menoleh kepada Aiman.
Mukanya selamba sahaja.
ʻʻKita tukaq bini, jom?ʼʼAiman terlopong.
Betul ke apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu tadi? Nak kata salah dengar, tidak.
Apa yang disebut Haikal jelas memukul gegendang telinganya.
Malah ianya disebut dua kali.
betulkah apa yang didengarinya i betulkah apa yang difa iaitu satu soalan samada mereka ingin... bertukar isteri?ʻʻMaksud kita Azura dan Humaira?ʼʼHaikal kembali memandang jorannya di hadapan.
ʻʻYa lah.
Kaa... hang ada bini lain tak mau habaq kat aku...ʼʼBelum sempat Haikal menghabiskan ayatnya, Aiman terus menyekeh kepala Haikal.
ʻʻAdoiii!! Weii! Yang hang sekeh kepala aku ni pe hal?ʼʼ tanya Haikal sambil menggosok-gosok kepalanya.
ʻʻHang dah gila ka, Kal.
Hang ingat ni kat US ka boleh main tukaq-tukaq bini macam tu ja!ʼʼ balas Aiman yang masih ada sedikit iman di dadanya, walaupun kulit imannya itu tidaklah setebal mana.
ʻʻHang ni... kalau ya janganlah melatah macam mak nenek ni.
Aku tak habih citer lagi niʼʼ kata Haikal yang membetul-betulkan rambutnya yang telah dikusutkan Aiman sebentar tadi.
ʻʻHaikal.
Aku ghasa hang duduk kat Amerika nun kepala hotak hang dah masuk ayaq banyak sangat dah.
Sampai hang lupa adat resam dan agama kita.
Mana buleh tukaq bini macam kita tukaq gerek kita dulu.
Ustaz mana yang ajaq hang bulih pikiaq sampai lagu tu skali?ʼʼ Aiman berdiri sambil memberi tazkirah yang tidak seberapa.
ʻʻHang ni.
Aku bukannya nak cadang kita tukaq sampai ke bilik tidoq.
Tu lah hang ni.
Otak hang kotoq.
Belum apa-apa lagi, hang dah pikiaq yang bukan-bukanʼʼ geleng kepala Haikal kepada Aiman.
ʻʻHabih tu? Hang sajes tukaq bini lagu mana? Cuba hang habaq mai kat aku yang tak berapa nak ceghedik nih?ʼʼ kata Aiman dengan perasaan amarah yang meluap-luap.
ʻʻRilek kawan.
Meh sini duduk dulu.
Bagi aku citer sampai habis duluʼʼ pujuk Haikal.
ʻʻMeh duduk, meh.
Ustaz habaq, kalu maghah masa tengah berdighi, duduk dulu.
Meh duduk sini, mehʼʼAiman menghela nafas panjang.
Kedua tangan memeluk tubuh.
Punggung dilabuhkan di atas bangku kayu bertentangan dengan Haikal.
ʻʻBaik.
Sila mulakan hujah ceghedik hang tuʼʼ kata Aiman.
Haikal hanya tersenyum.
ʻʻOkay.
Macam ni ceghita dia... aku nak tanya hang satu benda... hang dengan Azura dah berapa taun menikah?ʼʼʻʻEmpatʼʼ jawab Aiman ringkas.
ʻʻEmpat taun nikah anak dah dua.
Alhamdulillah.
Aku dengan Myra dah sembilan tahun dah menikah... aku lagi lama makan garam daripada hang.
Walaupun kami dah sembilan tahun suami is satu benda yang masih musykil dalam kepala hotak aku ni, ialah bini kita lebih dengaq cakap orang dari cakap somi sendiri.
Dan aku rasa benda ni pun sama dengan Azura.
Betui?ʼʼ tanya Haikal.
ʻʻMaksud hang?ʼʼ Aiman mula terfikir kata-kata sahabatnya itu.
ʻʻOkay.
Aku bagi contoh naa.
Pernah aku cakap kat Myra pasai satu perkara.
Sebagai contoh, aku kata kat dia, petang ni nampak langit macam nak hujan.
Myra akan balaih, you ni dah jadi nujum pak belalang ke tahu petang ni nak hujan ke tidak? I mean, come on lah, langit dah gelap kot, tu pun nak bangkang ka... Lepaih tu, jiran sebelah kluaq ghumah, sembang dengan Myra siap cakap, I think itʼs going to rain.
Dengan perasaan penuh gembiranya Myra balaih, Yes, I think youʼre right! Aku yang dekat belakang depa ni cakap sorang-sorang Aku baru cakap benda yang sama dua minit lepaih kot.
Hang pernah lalui benda yang sama dak?ʼʼ
Sumber:Internet