. Bab 3 MIA merenung bunga di sebelah tempat pemandu.
Diikutkan hati, dia memang ingin buang bunga tersebut namun itu adalah pemberian orang untuknya.
Dia mencapai bunga itu lalu keluar dari kereta.
"Assalamualaikum!" laungnya sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumus jawab Hajjah Rohani dan Haji Yusof serentak.
Mereka yang sedang berbual di dapur sambil menghirup teh menoleh.
Mia berjalan menghampiri mereka.
"Siapa beri bunga tu?" soal Hajjah Rohani apabila melihat bunga di tangan Mia.
"Patut ke Mia buang bunga ni?" soal Mia kembali.
Soalan ibunya tidak dijawab.
Malu rasanya hendak mengaku itu adalah pemberian seorang pemuda, bukan muridnya.
"Kenapa bukannya tak can larang Hajjah Rohani.
"Kalau mak nak... mak ambiklah.
Mia tak nak.
" Mia menyerahkan jambakan bunga itu kepada ibunya.
Dahi Hajjah Rohani berkerut.
"Kenapa Mia tak nak bunga ni? Siapa yang beri?" soalnya pelik.
"Tak ada siapa-siapalah.
Mia tak nak bunga ni.
" "Ni mesti daripada peminat Mia," teka Haji Yusof.
"Eh! Tak adalah," nafi Mia.
"Habis tu? Dahi Mia berkerut.
"Okey okey... Mia naik dululah.
" "Jangan lupa solat Zuhur," pesan Hajjah Rohani.
"Ya mak," jawab Mia.
Dia berlari mendaki tangga.
Sebaik sahaja masuk ke dalam, dia menutup pintu bilik.
"Buang atau tak? Buang atau tak?" Bunga itu ditenung.
Lama.
"Simpan je la," putusnya.
Bukannya dia telah jatuh hati terhadap Tengku Fat tetapi dia hargai pemberian itu.
Mia meletakkan bunga tersebut di atas meja lalu berjalan ke bilik air bagi mengambil wuduk.
xxxxxxxxxxxxx "PUTUS?" Mata Irine membulat memandang Tengku Fattah yang dengan selambanya mengangguk.
"Yep... putus," jawabnya.
"Ke...kenapa? Apa salah I?" "Let's just say yang I dah bosan dengan you.
" Mata Irine berkaca.
"Kenapa you ni kejam sangat?" Dia memukul-mukul dada Tengku Fattah.
Tengku Fattah menahannya daripada memukulnya.
"Jangan menangis, okey?" pujuknya lembut.
Irine menarik tangannya lalu mengesat air matanya yang telah pun menitis.
"Kenapa you sanggup putuskan hubungan kita?" "I dah jumpa orang lain... dia ada ciri-ciri gadis yang I im "Dan you putuskan hubungan kita semata-mata untuk gadis yang you impikan tu?" soal Irine geram.
"I tak nak menduakan dia..." "What's wrong with you? Tiba-tiba nak jadi lelaki setia.
" Sinis bicaranya.
"Kalau you nak kata I lelaki setia ke... apa ke... lantak you.
Sekarang, I dah jumpa gadis yang selama ni I idamkan, I akan putuskan hubungan kita.
" Irine menggelengkan kepalanya.
"Ni bukan Tengku Fattah yang I kenal.
Kenapa you berubah? Apa istimewanya perempuan tu?!" "I'm sorry Irine... I love "You tak memaksudkannya, kan? Please tell me you don't mean it.
You don't love her, right?" Air mata Irine menitis lagi.
Sumber:Internet