. Bab 4 TENGKU FATTAH melabuhkan punggung pada kerusi.
Dia menghela nafas lega.
Mujur Dato' Ehsan masih ingin berurusan dengannya.
Jika tidak, dia yakin bahawa Tengku Isma akan memarahinya dengan teruk sekali.
Matanya menangkap komputer ribanya yang diletakkan di atas meja.
Dia menghidupkan komputer tersebut.
Senyuman terukir di bibir.
Tangannya ralit menaip 'love calculator' pada kotak pencarian Google.
Butang enter ditekan.
Kemudian, dia memilih 'The Love Calculator' yang dipaparkan di atas sekali yang tertulis 'The Love Calculator'.
Dia menulis 'Tengku Fattah Emir' pada kotak yang terletak di bawah 'Name of person 1' manakala 'Mia Asyikin' ditulis pada kotak kedua iaitu 'Name of person 2'.
Setelah siap menaip nama mereka, Tengku Fattah menekan butang 'Calculate!'.
Jantungnya berdegup kencang ingin mengetahui keputusan tersebut.
27% Senyumannya mati.
"Apa ni? 27?" gerutunya sendirian.
Dia membaca penerangan di bawah angka 27% itu.
The chance of a relationship working out between Tengku Fattah Emir and Mia Asyikin is not very big, but a relationship is very well possible, if the two of you really want it to, and are prepared to make some sacrifices for it.
You'll have to spend a lot of quality time together.
You must be aware of the fact that this relationship might not work out at all, no matter how much time you invest in it.
"Nonsense," marahnya.
Dia kembali ke keputusan 'love calculator' di Google.
Dia menekan 'The Love Calculator - Calculator' yang terletak di bawah pilihannya tadi.
Your name:Tengku Fattah EmirYour dream partner's name: Tengku Fattah tersengih.
'Your dream partner's name... tahu-tahu je dia ni yang Mia tu 'dream partner' aku...' Tangannya menaip 'Mia Asyikin' pada kotak dibawah 'Your dream partner's name' itu.
Butang 'Calculate Love' ditekan.
Dia menanti dengan sabar.
'Asal lama sangat loading ni?' rungutnya dalam diam.
Tidak lama kemudian... The chances of a successful relationship between Tengku Fattah Emir and Mia Asyikin is 100%.
Mata Tengku Fattah membulat.
Dia menekup mulutnya lalu menjerit kecil.
Tidak sangka bahawa keputusannya adalah 100%.
"Woah! Dia ni sindir aku ke? 100%? Fuyoo! Ini baru nama cinta sejati!" ujarnya riang.
Sungguh, dia sangat gembira! 'Wajib beritahu kat ustazah ni!' desis hatinya.
Senyuman tidak lekang dari bibir.
xxxxxxxxxxxxxxxx SETELAH selesai menyemak buku seorang pelajar, Mia menutupnya.
Matanya secara tidak sengaja terhenti pada nama pelajar itu.
Tengku Fawwaz Erhan Lama dia merenung nama itu.
Tiba-tiba Tengku Fattah melayar di minda... dia teringat ketika Tengku Fattah menghadiahkan bunga kepadanya, berlari masuk ke dalam keretanya, melamarnya di khalayak orang ramai, dan tersengih-sengih apabila memandangnya.
Mia menggelengkan kepalanya laju.
"Kenapa dengan aku ni? Tetiba teringatkan mamat tu?" omelnya sendirian.
Dia beralih ke buku pelajar seterusnya pula.
Tok! Tok! Pintu diketuk dari luar menyebabkan Mia menoleh.
Dia bangun dari duduknya lalu membuka pintu tersebut.
"Eh... mak..." ujarnya spontan.
Hajjah Rohani mengukir senyum.
"Boleh mak masuk?" soalnya.
"Ma kenapa perlu tanya pulak," jawab Mia.
Pintu dibuka seluas-luasnya.
Hajjah Rohani masuk ke dalam dan Mia menutup pintu.
Mia duduk semula untuk menyambung kerjanya.
Hajjah Rohani memandang sejambak bunga ros yang terletak di atas meja kerja Mia.
Keningnya bertaut.
Sumber:Internet