. Ahad 13/4 Pagi itu Zek, ayah dan Pak Teh keluar.
Aku cuma mengangkat bahu saja bila mak tanya, tak tau nak bagi alasan, hanya memberitahu yang mereka bertiga berbincang panjang semalam, sebab itulah kami lewat pulang semalam.
Lebih kurang pukul 12.
00 kelihatan CR-V Zek masuk tetapi terus kearah surau.
Cathy memandang kepadaku, sekali lagi aku angkat bahu, kali ni aku benar2 tidak tahu.
Pukul 12.
30 mereka sampai dihadapan rumahku.
Melihat raut muka setiap seorang dari mereka, aku turut tersenyum lega.
Aku tau Zek tidak menghampakan aku.
"Abis dah masak?" Ayah bertanya bila menjenguk kedapor.
"Dah, tunggu nak idang aje lagi.
" Terdengar jawapan mak.
"Mari semue kat depan, ada hal sikit kami nak cakap.
" Kami semua berkumpul, dua keluarga bersama Zek dan Cathy yang duduk dikerusi panjang.
Liza duduk bertimpuh dilantai ditepi kerusi aku.
Mak, Mak Teh, Ani dan Ila duduk dimeja makan berhampiran.
"Petang ni kite nak nikahkan Dan dengan Liza.
Tak gaduh dah kite nak susah ati.
Deme senang, kite pun senang.
" Mak berpandangan dengan Mak Teh.
"Takde, takde citer yang tak elok, kite pun nak buat yang elok.
Tapi buat mase ni tak payah le heboh2, nanti kacau pulak kat skolah.
Abis skolah ni baru kite buat kenduri, kite buat besor2.
Tapi skarang ni jangan cakap ape2 kat orang lain, bior kite kat sini aje yang tau.
" "Kan Liza skolah lagi?" Mak bertanya.
"Pasal tu ler kite kene diamkan.
Tak nak heboh kat skolah.
Bagi dier abis periksa dulu.
Takat tunang tu tak kisah ler.
" Mak Teh hanya angguk.
Mak pun turut angguk.
"Petang ni, lepas Asor, kite semue pegi rumah Tok Kadhi.
" "Nak ke dier bagi nikah?" "Zek dah pujuk dier tadi.
Tok Sidang pun dah setuju nak besame kite.
" Ayah terus bagi penjelasan.
"Borang semue dah ade sini.
Nanti Dan dengan Liza kene isi.
" Ayah pandang kat Liza.
"Liza nak tak nikah dengan Dan ni?" Dia angguk sambil tunduk.
"Betul ler tu, takkan tunang nak, nikah taknak.
" Kami tersenyum.
"Tapi ingat tau, Ila, Ani, jangan citer kat sape2 pun.
Kalo idak, tak makan kenduri le kite ujung taon ni.
" Ayah berpesan sekali lagi.
Dia kelihatan seronok sekali, mungkin beban yang ditanggungnya sudah dapat dilepaskan kepada aku.
Dia edarkan borang kepada aku dan Liza, sambil memperingati untuk membawa semua dokumen2 yang perlu.
Sambil kaum wanita yang lain bersiap menghidangkan makan tengah hari, aku dan Liza mengisi dengan teliti borang2 tersebut.
Aku tersandar bila melihat borang perakuan majikan, aku masih menganggur, periksa pun belum tahu keputusan, gaji pun kosong, apa aku nak jawab bila tok kadhi tengok nanti.
Mungkin Zek sedang memerhati kami, dia bangun dan melihat borang yang ditangan aku, terus kekeretanya.
Dia mengambil borang tersebut, tandatangan diatas titik2 dibahagian bawah itu dan menurunkan cop syarikatnya.
"Nah i/c aku.
Hang isi bagi lengkap.
" Aku memandang mukanya.
"Jawatan hang Pengurus Pemasaran, gaji 2 ribu, tempat kerja kat sini.
" Dia hulurkan kadnya.
Ayah dan Pak Teh berpandangan.
Ayah angguk dekat aku.
Aku terus mengisi, tetapi hatiku terharu, aku tidak sangka Zek sanggup membantu aku sehingga begini sekali, menggunakan segala keupayaan dan kebolehannya yang ada.
Aku pun tak tau bagaimana dia dapat memujuk Tuan Kadhi untuk bersetuju menikahkan kami dalam masa sesingkat ini.
Selepas Asar aku sekeluarga menaiki kereta Zek.
Tinggal Ani sahaja dirumah, itu pun kerana tiada tempat.
Keluarga Pak Teh pula menunggu kereta Tok Sidang.
Kami singgah di Pejabat Kadhi dulu untuk uruskan borang2 dan salinan2 yang perlu.
Kerani berkenaan yang mendapat telefon dari Tuan Kadhi melayan kami dengan baik.
Zek sempat menceritakan keadaan sebenar, tidak mahu disalah anggap oleh beliau.
Bila Pak Teh sampai, urusan kami sudah hampir habis, semuanya cukup lengkap.
Sumber:Internet