Gelap

1 Bersaksikan Bulan 22

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

1 Bersaksikan Bulan 22

. "Jadi selama ni semuanya dusta belaka?" Nur Dhuha tidak dapat menahan kekecewaannya lalu matanya mula berkaca.
"Ya, semua ni hanya dusta.
Aku dan abang aku yang rancang semua ni demi untuk balas dendam dekat kau atas kesalahan kau enam tahun yang lepas.
" Balas Amar.
"Sampainya hati awak buat saya macam ni.
Sanggup awak sebarkan gambar saya dan malukan keluarga saya.
Awak memang manusia kejam!" Nur Dhuha semakin teresak-esak.
"Sudah, jangan banyak cakap.
Mulai hari ni jangan contact aku lagi.
Hiduplah kau dalam keadaan memalukan sampai bila-bila.
" Pesanan terakhir dihantar oleh lelaki itu sebelum memutuskan hubungan.
Nur Dhuha kini hanya duduk sambil memeluk kedua-dua belah kakinya.
Air matanya semakin banyak berjujuran keluar membasahi pipi.
Terasa dunianya kini semakin gelap segelap masa depannya.
"Arghhh!!" Nur Dhuha hanya mampu berteriak sekuat hati.
"Kenapa ni adik?!" Tiba-tiba Salmiah muncul di muka pintu bilik serelah mendengar jeritan anaknya itu.
"Adik malu.
Adik dah tak sanggup hidup.
Lebih baik adik mati jelah!" Luah Nur Dhuha penuh kekesalan.
Salmiah terus menghampiri katil anaknya itu.
"Janganlah buat keputusan terburu-buru.
Pikir masa depan adik tu dulu.
" Salmiah melabuhkan punggungnya di atas katil.
"Masa depan apa? Adik dah tak ada masa depan dah.
" Suara Nur Dhuha masih lagi teresak-esak.
"Ibu, along, angah, tu semua masa depan adik.
Kitorang sentiasa akan ada di sisi adik sampai bila-bila walau apa pun yang terjadi.
" Salmiah kemudian memeluk tubuh anaknya itu.
"Adik malu dah nak berhadapan dengan orang lepas ni.
Macam mana adik nak teruskan hidup adik lagi?" Nur Dhuha menekup wajahnya ke dada ibunya.
"Yang tu adik jangan risau, ibu akan tolong demi masa depan adik dan keluarga kita.
" Balas Salmiah.
Namun sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika ini.
Bukan sahaja Nur Dhuha, malah dia sendiri malu dengan apa yang berlaku.
Dia juga tidak sanggup berhadapan dengan orang kampung.
==================================================================================Sesi persekolahan yang baru sudahpun bermula setelah lebih sebulan bercuti.
Amar melangkah kakinya menuju ke kelas tingkatan lima.
Jantungnya berdegup dengan kencang kerana takut berdepan Nur Dhuha.
Ini adalah kali pertama beliau akan berhadapan dengan gadis itu semenjak perpisahan mereka.
Beliau sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi apabila mata mereka bertembung.
Apa yang akan mereka perkatakan.
Ketika melangkah ke dalam kelas itu, matanya mencari-cari kelibat gadis itu.
Namun sayangnya kelibat gadis itu langsung tidak kelihatan.
Beliau menjadi musykil, lalu menghampiri ketua kelasnya.
"Eh Zaiful, kau ada nampak Dhuha tak?" Soal Amar.
"Dhuha dah tak sekolah sini lagi.
Cikgu Amri bagitahu aku tadi.
" Balas Zaiful.
"Hahh, kenapa tiba-tiba dia tak sekolah sini lagi?" Amar sungguh terkejut.
"Kau tak tahu cerita ke? Gambar-gambar bogel dia dah tersebar satu sekolah.
Sah-sah lah dia ambil keputusan untuk berpindah, gila ke apa dia nak stay lagi dekat sini.
" Jelas Zaiful.
"Yeke sampai macam tu sekali.
" Amar terasa kecewa.
"Siapa lah agaknya yang sebarkan gambar-gambar bogel dia ye? Ehh kau bukan rapat dengan dia ke, kau mesti tahu kan siapa punya kerja ni?" Soal Zaiful.
"Aku rapat dengan dia kalau dalam bab study je.
Kalau bab personal aku tak berapa tahu.
" Amar berbohong.
"Siapa punya kerja lah yang sebarkan gambar-gambar dia tu, kalau aku tahu memang teruk aku kerjakan.
Kesian kat dia.
" Luah Zaiful.
"Takpe lah.
Aku gi kat meja aku dulu lah.
" Ujar Amar sebelum beredar daripada situ.
Mana mungkin beliau berani memberitahu bahawa beliau lah orang yang menyebarkan gambar-gambar Nur Dhuha ke seluruh sekolah.
Sudah pasti beliau teruk dikerjakan oleh pelajar-pelajar lelaki yang menyukai gadis itu.
Ini kerana gadis itu sungguh digilai oleh pelajar-pelajar lelaki di situ memandangkan dia seorang yang sungguh cantik.
Amar sepatutnya rasa bersyukur kerana berjaya menawan hati gadis itu.
Bukan sahaja beliau tidak bersyukur, malah sanggup menghancurkan hati dan maruah gadis itu.
Kini gadis itu sudahpun berpindah sekolah dan dendamnya sudah terbalas.
Namun beliau tidak merasa gembira sedikitpun.
==================================================================================Sudah seminggu semenjak sesi baru persekolahan bermula.
Semenjak itu jugalah Amar menjadi tidak tenteram dan terasa sungguh kosong.
Mungkin selama setahun Nur Dhuha sentiasa berada di sisinya.
Secara tiba-tiba gadis itu sudah hilang begitu sahaja daripada pandangan matanya.
Ini membuatkan hidupnya seperti kosong.
Perasaan menyesal mula menghantui dirinya ketika ini setelah apa yang dilakukan terhadap gadis itu.
Beliau nekad untuk pergi ke rumah gadis itu untuk melihat sendiri wajah comel yang dirindui.
Namun sayangnya tiada sesiapa yang berada di rumah tersebut.
Melihat keadaan persekitaran, seperti rumah itu sudah kosong dengan agak lama.
Amar dapat mengagak bahawa bukan sahaja Nur Dhuha yang bertukar sekolah, sebaliknya satu keluarga itu juga berpindah.
Adakah perpindahan keluarga itu berpunca daripada gambar-gambar bogel yang tersebar?Kini penyesalan mula menjalar di dalam dirinya.
Akibat dendam yang terpendam, satu keluarga terpaksa menanggung akibatnya.
Namun semuanya sudah terlambat kerana ia sudahpun terjadi.
Tanpa berlengah, Amar terus berlari memanjat bukit di belakang rumah Nur Dhuha.
Tempat yang ditujui sudah pasti pondok di mana beliau dan Nur Dhuha bersama buat kali terakhir.
Seketika mendaki, akhirnya beliau tiba juga.
Kakinya terus melangkah menghampiri pondok tersebut.
Di pondok itulah Nur Dhuha memberikan oral seks kepadanya.
Di pondok itu jugalah beliau mencipta kenangan terindah bersama gadis itu.
Beliau kemudian duduk di atas pondok itu sambil mengingati memori indah bersama gadis itu.
Tanpa disedari, air matanya mula mengalir keluar.
Beliau merasa sungguh menyesal menuruti kata-kata abangnya.
==================================================================================Setahun yang lalu.
"Woi acu, kenapa kau tak bagitahu aku yang budak perempuan tu satu kelas dengan kau?" Soal Omar.
"Budak perempuan mana pulak ni?" Amar tidak mengerti.
"Budak perempuan yang jadi penyebab kita kena belasah teruk dulu.
" Jelas Omar.
"Maksud angah kes yang enam tahun dulu tu ke?" Amar inginkan kepastian.
"Yelah, kes mana lagi.
" Balas Omar.
"Haah, dia sekelas dengan ucu.
Tapi kenapa angah nak tahu pulak?" Soal Amar lagi.
"Aku nak kau balas dendam dekat perempuan tu.
" Jelas Omar lagi.
Ber
Sumber:Internet