Gelap

1 Bersaksikan Bulan 24

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

1 Bersaksikan Bulan 24

. "Kenapa kamu tiba-tiba nak balik semula ke sini?" Soal Mak Uda.
"Kat sana pun bukan ada sesiapa, abang Pian pun dah meninggal dunia.
" Balas Salmiah kepada ibu saudara kepada suaminya itu.
"Mak Uda tak kesah pun kamu balik sini sebab ni pun rumah arwah bapa mertua kamu juga.
" Balas Mak Uda.
"Bersih lagi kan rumah ni walaupun arwah bapak dah meninggal lama?" Salmiah terpegun sambil memegang meja di dalam rumah itu.
"Memang lah bersih sebab mak Uda akan datang ke rumah ni setiap bulan untuk bersihkan.
" Jelas Mak Uda.
"Lah yeke Mak Uda yang bersihkan.
Terima kasih lah sebab jagakan rumah arwah bapak selama ni.
" Ucap Salmiah.
"Arwah bapa mertua kamu tu abang mak Uda.
Kalau bukan mak Uda, siapa lagi nak jaga rumah ni.
" Balas Mak Uda.
"Kat kawasan ni ada kan sekolah untuk Dhuha belajar?" Salmiah mengalih topik.
"Mestilah ada.
Kamu jangan risau, nanti pak Uda akan uruskan pendaftaran untuk anak kamu tu.
" Jelas Mak Uda.
"Terima kasih tau sebab mak Uda dan pak Uda dah banyak tolong kami dari dulu lagi.
" Salmiah merasa serba salah.
"Kalau bukan kami, siapa lagi yang nak tolong kamu.
Dah lah, jangan fikir sangat.
Kamu sekeluarga berehatlah dulu ye, mak Uda dengan pak Uda nak balik dulu.
" Ujar Mak Uda.
"Hahh lupa pulak nak tanya, yang pasal nak pergi haji tu kamu nak ikut sekali tak? Nama kamu pun ada dalam list.
" Mak Uda sempat menambah.
"Saya pun tak tahu lah, saya risau nak tinggal anak-anak saya tu.
" Balas Salmiah.
"Risau kenapa pulak, anak-anak kamu tu semua dah besar panjang lah.
Lagipun bukan senang nak dapat peluang pergi haji ni.
Kalau kamu tolak sekarang, entah bila lagi peluang nak dapat lepas ni.
" Ujar Mak Uda.
"Nanti saya bagitahu jawapannya ya.
" Balas Salmiah.
"Ikut kamu lah, nanti apa-apa kamu telefonlah mak Uda ya.
Tak pun datang je rumah kami, bukan jauh sangat pun.
" Ujar Mak Uda sebelum melangkah kakinya keluar dari rumah itu.
Salmiah hanya memerhati kelibat ibu saudaranya itu menuju ke kereta.
Di dalam kereta tersebut kelihatan pak Uda sedangan menunggu.
Sesudah wanita separuh abad itu memasuki kereta, mereka terus beredar.
Terasa bersalah kerana seringkali menyusahkan pasangan tersebut.
Namun apa boleh buat, itu sahaja saudara yang rapat dengan keluarga.
Salmiah kemudian berjalan menuju ke ke bilik anak bongsunya.
"Macam mana dengan bilik ni, ok tak?" Soal Salmiah.
"Ok je.
Ibu, terima kasih tau.
" Ucap Nur Dhuha.
"Kenapa pulak tiba-tiba ucap terima kasih ni?" Salmiah berasa hairan.
"Terima kasih sebab berkorban untuk adik.
Sanggup berpindah jauh dari kampung lama kita demi menutup aib adik.
" Ujar Nur Dhuha.
Salmiah kemudian menghampiri anaknya, lalu memeluk tubuh gadis itu dengan erat.
"Kalau bukan ibu, siapa lagi nak jadi pelindung kepada adik.
Dah lah jangan fikir lagi pasal tu.
" Balas Salmiah.
==================================================================================Setahun sudah berlalu semenjak Nur Dhuha dan keluarganya berpindah daripada kampung asal mereka.
Kini mereka menetap di sebuah rumah peninggalan arwah datuknya yang terletak di Kuantan.
Ketika berada di sekolah baru di Kuantan, Nur Dhuha berasa sangat bersyukur kerana rakan-rakan di sekolah barunya tidak mengetahui mengenai kewujudan gambar dan video bogelnya.
Ini bermakna gambar tersebut tidak tersebar luas.
Jadi dia dapat meneruskan pembelajarannya dengan tenang dan tanpa gangguan.
Pejam celik pejam celik, kini dia sudahpun selesai menghabiskan setiap kertas ujian SPM yang terpaksa dia hadapi.
Kelihatan kertas-kertas berterbangan di hadapan pintu sekolah.
Pelajar-pelajar bersorak kegembiraan meraikan penamat persekolahan selepas mereka menyelesaikan kertas peperiksaan SPM terakhir.
"Ehh Tina, bila kau nak tolong aku ni?" Soal Haikal.
"Kau sabar sikit boleh tak?" Kartina menenangkan lelaki itu.
"Hari ni dah hari last tau kita sekolah.
Kalau bukan sekarang, bila lagi kau nak tolong aku?" Haikal semakin mendesak.
"Yelah-yelah aku nak tolong kau lah ni.
Kau sabar kejap boleh tak?" Kartina menjadi rimas dengan lelaki itu.
Dia kemudian meninjau-ninjau di hadapan pintu gerbang sekolah mencari seseorang.
Setelah seketika matanya memerhati, akhirnya dia berjaya menemui apa yang dicari.
Dia kemudian menuju ke arah gadis itu lalu menepuk bahunya.
"Dhuha, hujung minggu ni jom kita lepak mall nak? Kita sambut hari kebebasan kita sebagai pelajar.
" Pelawa Kartinaina kepada Nur Dhuha.
"Hujung minggu ni tak boleh lah.
Kakak aku kahwin.
" Terang Nur Dhuha sambil memegang tangan Kartina meminta keampunan.
"Lah yeke? Kalau macam tu takpe lah.
Aku ajak budak-budak kelas kita yang lain jelah.
" Ujar Kartina.
Wajahnya kelihatan agak kecewa setelah mendapat jawapan daripada Nur Dhuha.
Tanpa teman baiknya terlibat sekali, sudah pasti perancangannya untuk merapatkan hubungan gadis itu dan Haikal tidak kesampaian.
"Maaf tau sebab kecewakan kau.
Kalau sempat datanglah kenduri rumah aku.
Ajak budak-budak yang lain.
" Pelawa Nur Dhuha.
Kartina hanya menganggukkan kepala sebelum meminta diri untuk berlalu pergi.
Nur Dhuha hanya melihat kelibat teman baiknya itu hilang disebalik gerombolan pelajar-pelajar di hadapan sekolah.
Dia yakin gadis itu pasti berkecil hati kerana dia tidak dapat turut serta.
Tapi apakan daya, kenduri kahwin kakaknya lebih penting.
Dia cuma berharap gadis pertama yang dikenalinya di sekolah ini tidak merajuk terhadapnya.
Dia kemudian berjalan meninggalkan perkarangan sekolah untuk pulang ke rumah.
Ini adalah kali terakhir dia bergelar pelajar di sekolah itu.
Walaupun kurang dari setahun, ia cukup memberi kenangan kepada dirinya.
"Macam mana?" Soal Haikal sebaik Kartina menghampirinya.
"Dia tak boleh join lah sebab hujung minggu ni kenduri kahwin rumah kakak dia.
" Jelas Kartina.
"Dah tu macam mana? Tak kan lah aku dah tak boleh jumpa dia lagi lepas ni?" Haikal merasa sungguh kecewa.
"Dia ada ajak kita datang kenduri rumah dia.
Apa kata kita pergi sana, tak payah lepak mall.
Sekurang-kurangnya kau dapat jumpa dia lagi.
" Kartina memberi cadangan.
"Betul jugak tu.
" Kelihatan ada sinar di wajah Haikal.
Ini bermakna beliau masih boleh melihat wajah cantik gadis itu.
=================================================================================="Assalamualaikum.
" Kedengaran suara memberi salam di luar rumah.
"Waalaikumussalam.
" Salmiah berjalan menuju ke pintu rumah untuk melihat siapakah gerangan yang memberi salam.
"Oh kak long, dah sampai dah.
Banyaknya barang kamu bawa balik.
" Ujar Salmiah sambil memerhati beberapa beg yang dikeluarkan oleh Nur Adila dari dalam bonet keretanya.
"Semua ni barang persiapan kahwin mak.
Senang sikit beli kat KL.
Tak payah pikir nak beli last minutes.
" Terang Nur Adila sambil bersalam dan mencium tangan ibunya.
Ber
Sumber:Internet