. Ini membuatkan Amar menjadi semakin marah dan hilang sabar.
Beliau ternampak ada batu berhampiran dengannya.
Tanpa berfikir panjang, beliau mengambil batu itu lalu dilempar ke arah wajah Nur Dhuha.
"Aduh, sakitlah! Kau ni memang nak kena betul-betul lah!" Kini Nur Dhuha pula menjadi marah apabila batu itu hinggap di pipinya.
Dia terus sahaja menghampiri Amar yang sudahpun kembali bangun, lalu terus menumbuk wajah lelaki itu.
Akibatnya Amar kembali rebah ke atas lantai.
Nur Dhuha memanjat tubuh lelaki itu, lalu meneruskan serangannya.
Bertalu-talu tumbukan dilancarkan ke wajah lelaki itu.
Walaupun lelaki itu mula menangis dengan kuat, namun dia tidak mahu menghentikan serangannya.
Ketika mahu melepaskan tumbukan lagi, tiba-tiba tangannya digenggam dari belakang.
"Kau buat apa ni?!" Soal Suhaimi dengan bengis.
"Kau tak payah lah sibuk! Ni hal aku!" Nur Dhuha cuba menarik tangannya.
"Baik kita blah sebelum cikgu disiplin datang.
" Suhaimi kemudian menarik tangan Nur Dhuha dengan kuat supaya berdiri.
"Eyy kau ni memang suka menyibuk lah!" Nur Dhuha merasa berang, namun akur dan berdiri dari atas tubuh Amar.
"Kau tengoklah aku bagitahu abang aku.
Siap kau!" Ugut Amar yang maasih lagi menangis itu.
"Ehh kau ni memang nak kena lagi ni.
" Nur Dhuha cuba menyerang lagi, namun dihalang oleh Suhaimi.
Lelaki itu kemudian menarik tangan Nur Dhuha supaya beredar daripada perkarangan sekolah.
Beliau yang merupakan ketua pengawas sekolah tidak mahu namanya terpalit sekali jika guru disiplin mengetahui.
"Tak padan dengan baru darjah 4, perempuan pulak tu.
Ada hati nak jadi samseng.
" Bebel Suhaimi ketika mereka berdua berjalan meninggalkan sekolah untuk menuju ke rumah.
"Bukannya nak jadi samseng, tapi mamat tu yang suka buli orang.
Jadi aku ajar lah dia sikit, bagi lepas ni dia dah tak buli orang lagi.
" Nur Dhuha cuba menjelaskan.
"Ingat, ayah aku ajar kau bersilat untuk mempertahankan diri.
Bukannya untuk kau pukul orang sesuka hati.
" Suhaimi memperingatkan gadis itu.
"Kau ingat aku pukul orang sesuka hati ke? Aku mempertahankan diri lah.
Kau tak nampak ke yang mamat tu mula serang aku dulu.
" Nur Dhuha masih lagi dengan pendiriannya.
"Tak kira lah siapa mula dulu, tapi kau tu kena lah berperlakuan macam perempuan-perempuan lain.
Janganlah berperlakuan macam jantan sangat.
" Suhaimi masih lagi memberi bebelan kepada gadis itu.
"Eyy kau ni macam mak nenek.
" Nur Dhuha semakin rimas dengan sikap Suhaimi yang seperti suka jaga tepi kain orang.
Suhaimi adalah jiran sebelah rumahnya yang dua tahun lebih tua daripadanya.
Ini bermakna lelaki itu kini berada di darjah enam.
Hubungan mereka berdua memang rapat semenjak kecil lagi seperti adik beradik.
Mereka juga berlatih silat bersama-sama di bawah bimbingan ayah kepada lelaki itu.
Itulah sebab kenapa dia tidak pernah tewas jika bergaduh dengan lelaki.
Namun perbuatannya suka bergaduh selalu dileter oleh Suhaimi.
Walaupun kadang-kadang agak rimas dengan sikap lelaki itu yang suka menegur setiap kelakuannya, namun Nur Dhuha merasa sungguh beruntung kerana lelaki itu sentiasa berada di sisinya dari dulu lagi.
Dia juga sayangkan lelaki itu seperti abang kandungnya sendiri.
Mungkin kerana terlalu rapat dengan lelaki itu sejak kecil, jadi dia menjadi terikut dengan sikap lelaki itu.
Tanpa dia sedari, perangainya kini seperti kelelakian.
Namun dia tidak peduli kerana dia selesa dengan cara hidup dia ketika ini.
Tanpa mereka sedari, kaki mereka sudahpun melangkah tiba di hadapan rumah masing-masing.
Terlihat Salmiah sedang menyidai pakaian di hadapan rumah.
"Hahh Emi, adik ada buat hal tak kat sekolah tadi?" Soal Salmiah.
"Mestilah ada.
Dia pukul budak lelaki tadi kat sekolah.
" Suhaimi mengadu.
"Apa, pukul budak lagi?!" Salmiah mula merasa marah.
"Eyy kau ni kan, tak boleh nak simpan rahsia langsung.
" Nur Dhuha berang dengan kelancangan kata-kata lelaki itu.
"Pandai-pandai lah kau menjawab dengan mak kau.
" Suhaimi kemudian ketawa sebelum berlari menuju ke rumahnya yang berada di sebelah.
"Ehh adik, apa yang adik dah buat kat sekolah tadi?" Salmiah mula menghampiri anaknya sambil mencekak pinggang.
"Mana ada, dia tipu lah.
" Nur Dhuha cuba berdalih.
"Emi tak pernah tipu ibu.
Adik tu yang selalu tipu ibu.
Baik adik cakap, apa yang jadi dekat sekolah tadi?" Salmiah inginkan kejujuran.
"Mana ada jadi apa-apa.
Dah lah, adik nak masuk bilik dulu.
Badan rasa penat.
" Balas Nur Dhuha lalu berjalan dengan pantas memasuki rumah.
Salmiah mengekori anaknya masuk ke dalam rumah.
"Tengok lah anak abang tu.
Nak jadi apa dengan budak ni?" Omel Salmiah setelah melihat suaminya sedang duduk di atas sofa.
"Apa pulak yang tak kena dengan dia?" Supian berasa hairan dengan omelan isterinya itu.
"Apa yang tak kena abang cakap? Anak kita tu dah macam lelaki dah perangai dia.
Risau saya memikirkan.
" Salmiah kemudian duduk di sebelah suaminya.
"Mungkin sebab masa mengandungkan dia dulu, kita terkenan sangat nak anak lelaki kot.
Tu yang melekat dekat dia perangai lelaki.
" Supian cuba meneka.
"Habis tu kita nak buat apa ni bang?" Soal Salmiah.
"Alah dia kan kecik lagi, baru sepuluh tahun.
Nanti dah baligh, mesti dia mula berubah.
Mesti dia lebih kewanitaan.
" Jelas Supian.
"Yelah tu.
Abang tak nampak ke zaman sekarang ni ramai perempuan dah jadi pengkid, jadi tomboy.
" Ujar Salmiah.
"Janganlah pikir jauh sangat, awak tu dah lah tengah mengandung.
Nanti terganggu pulak kesihatan awak dengan anak dalam kandungan ni.
" Supian kemudian mengusap-usap perut isterinya yang memboyot.
"Tak sangka kan lepas sepuluh tahun, saya tiba-tiba boleh mengandung lagi.
" Ujar Salmiah yang masih lagi seperti tidak percaya.
"Rezeki Allah ni datang memang secara tiba-tiba.
" Supian hanya tersenyum kepada isterinya itu.
"Abang agak-agak anak dalam perut ni lelaki ke perempuan?" Soal Salmiah.
"Tak kesah lah anak lelaki ke anak perempuan, kita terima seadaanya.
" Balas Supian.
"Tapi mesti best kan kalau dapat anak lelaki.
Yelah abang kan memang teringin sangat nak anak lelaki dari dulu lagi.
" Ujar Salmiah.
"Janganlah berharap sangat, takut nanti kecewa lagi.
Apa yang penting awak jaga kesihatan demi anak dalam kandungan ni.
" Nasihat Supian.
"Emm abang masuk kerja pukul berapa ni?" Salmiah mengubah topik.
"Pukul tiga nanti.
" Balas Supian.
"Sekarang dah pukul dua, abang tak siap lagi ke?" Soal Salmiah lagi dengan matanya memandang ke arah jam di dinding.
"Lambat lagi, ada sejam lagi.
Kalau nak berjimak satu round pun sempat.
" Balas Supian.
"Ada ke pikir pasal berjimak pulak tengah-tengah hari macam ni.
" Salmiah menggelengkan kepalanya.
"Sayang, jom kita buat satu round nak? Abang tiba-tiba tak tahan lah.
" Supian melemparkan senyuman nakal.
"Jangan nak merepek lah bang, sejam lagi abang nak masuk kerja.
" Salmiah menolak permintaan suaminya.
"Sempatlah sejam tu.
Semenjak awak mengandung ni, saya geram betul tengok awak.
" Supian menghampiri isterinya itu, lalu mendukung tubuh tersebut.
"Abang nak bawak saya pergi mana?" Soal Salmiah ketika tubuhnya digendong, namun dapat mengagak kemanakah dia akan dibawa.
"Nak pergi mana lagi, masuk bilik lah.
" Balas Supian yang semakin tidak tahan.
Ber
Sumber:Internet