Gelap

1 Bersaksikan Bulan 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

1 Bersaksikan Bulan 5

. Setelah kakinya terlepas dari genggaman, Omar kembali mengatur langkahnya dan mula menyerang semula Nur Dhuha.
Kali ini serangannya disertai oleh adiknya dengan kedua-dua mereka menendang Nur Dhuha.
Seperti hujan serangan itu mengenai tubuh Nur Dhuha tanpa henti.
Kali ini Nur Dhuha tidak mampu melawan lagi.
Dia hanya menahan kesakitan sambil matanya mula mengalirkan air tatkala dibelasah tanpa henti.
Terasa menyesal kerana dia menyerang lelaki-lelaki itu terlebih dahulu.
Ini kerana dia terlalu yakin mampu berlawan dengan mereka.
Terasa menyesal kerana selama ini dia angkuh dan mendabik dada.
"Woi, korang buat apa dekat dia?" Tiba-tiba terdengar satu jeritan.
Nur Dhuha memandang ke arah suara tersebut.
Terasa sungguh gembira melihat wajah lelaki itu.
"Kau ni siapa pulak? Menyibuk jelah.
" Omar tidak mempedulikan lelaki itu, sebaliknya masih lagi memukul Nur Dhuha.
"Dia tu ketua pelajar dekat sekolah.
" Ujar Amar.
Beliau menghentikan serangan ke atas Nur Dhuha kerana takut Suhaimi akan mengadu kepada guru disiplin sekolah.
"Aku peduli apa, aku bukan budak sekolah kau.
Aku dah form 1 sekarang ni.
" Omar masih lagi meneruskan serangannya.
Amarah Suhaimi kini memuncak dan tidak dapat bersabar lagi.
Beliau turun dari basikalnya lalu berlari ke arah mereka.
Beliau menarik bahu Omar supaya wajah lelaki itu mengadapnya, lalu terus melepaskan tumbukan.
Tumbukan itu sungguh kuat hingga menyebabkan Omar terduduk ke tanah.
Lelaki itu sungguh terkejut kerana ini kali pertama beliau merasa tumbukan yang sekuat itu.
Suhaimi kini beralih ke arah Amar pula.
"Aku takde kena mengena, dia je yang pukul perempuan ni.
Aku tak terlibat.
" Amar cuba melepaskan diri.
Namun Suhaimi tidak mahu mendengar tipu helah lelaki itu.
Beliau terus melancarkan tendangan deras ke arah kepala lelaki itu.
Akibat tendangan kencang itu, Amar jatuh tergolek di atas tanah.
Tendangan itu sungguh kuat dan sangat sakit.
Ia jauh lebih sakit jika dibandingkan dengan pukulan oleh Nur Dhuha.
Akibat kesakitan daripada tendangan itu, air mata Amar mula mengalir dan beliau menangis sekuat hati.
Omar yang baru sahaja bangun, kini cuba menyerang Suhaimi.
Dilepaskan tumbukan bertalu-talu ke arah wajah lelaki itu.
Namun Suhaimi lebih bersedia dan berjaya menepis setiap tumbukan daripada lelaki itu.
Beliau sempat mengambil kesempatan melepaskan tendangan ke arah perut Omar.
Akibatnya omar terinjak ke belakang sedikit.
Namun sudah cukup ruang untuk Suhaimi membalas serangan.
Kali ini Suhaimi pula melepaskan serangan dengan menumbuk ke arah wajah Omar bertalu-talu.
Omar cuba menepis setiap tumbukan itu, namun tumbukan yang dilepaskan oleh Suhaimi sungguh pantas.
Akibatnya beberapa tumbukan itu hinggap juga di wajahnya.
Kerana tidak dapat bertahan, Omar akhirnya rebah ke bumi.
Setelah lelaki itu terbaring di atas tanah, Suhaimi tidak melepaskan peluang lagi.
Seperti hujan, tumbukannya dilepaskan dari atas ke tubuh Omar.
Tiada sedikitpun rasa simpati melihat keadaan lelaki itu tatkala amarah di dadanya semakin membuak-buak.
Beliau hanya berhenti setelah Omar kelihatan tidak bermaya lagi.
"Baik korang blah sebelum darah aku naik lagi!" Tempik Suhaimi.
Amar yang masih lagi menangis itu kemudian memimpin lemah tubuh abangnya untuk beredar daripada situ.
Suhaimi hanya memerhati kelibat dua beradik itu pergi dengan muka yang sungguh bengis.
"Kau tak apa-apa ke?" Soal Suhaimi sebaik menghampiri Nur Dhuha.
Namun persoalan itu tidak dibalas oleh Nur Dhuha, sebaiknya gadis itu terus memeluk erat tubuh Suhaimi.
Dia menekap wajahnya ke dada lelaki itu, lalu menangis dan meraung sekuat hatinya.
Suhaimi mengusap rambut gadis itu bagi menenangkannya.
"Jomlah kita balik, hari dah nak maghrib dah ni.
" Suhaimi mengajak.
Di atas basikal, Nur Dhuha hanya memeluk lelaki itu dari belakang tanpa berkata apa-apa.
Kejadian yang berlaku sebentar tadi masih lagi tidak dapat dilupakan dan tubuhnya masih lagi terasa sakit.
"Lepas ni kalau boleh janganlah berlagak macam lelaki lagi.
Cubalah berlagak ayu macam perempuan.
Mesti perkara macam tadi takkan berlaku dah.
" Suhaimi memberi nasihat sambil mengayuh basikalnya.
Nur Dhuha tidak membalas kata-kata daripada Suhaimi.
Dia hanya terdiam kerana dia juga mula rasa menyesal kerana terlalu angkuh selama ini.
Selama ini dia bersikap besar kepala kerana tidak pernah tewas.
"Lepas ni cuba pakai pakaian perempuan, lepas tu berkawan dengan budak perempuan.
Main pondok-pondok ke, main masak-masak ke.
Janganlah asyik nak bergaduh dengan lelaki je.
" Suhaimi membebel.
"Tadi tu baru sikit je, ramai lagi orang yang lebih kuat dekat luar sana.
Kalau nasib tak baik kau cari pasal dengan orang yang salah, lagi teruk kau kena belasah.
" Tambah Suhaimi lagi.
"Paling aku takut bukan kau kena belasah je, tapi kena rogol sekali.
Kau nak ke kena rogol?" Soal Suhaimi lalu menoleh ke arah belakang.
Nur Dhuha hanya membalas persoalan itu dengan gelengan kepala.
"Nasib baik aku dapat jumpa kau tadi, macam mana kalau aku tak jumpa kau? Ingat, aku bukan ada di sisi kau setiap masa.
Jadi aku tak boleh nak selamatkan kau setiap masa.
" Suhaimi menambah lagi.
Nasihat daripada lelaki itu cukup memberi kesan kepada Nur Dhuha.
Apa yang diperkatakan oleh lelaki itu ada benarnya.
Mungkin selepas ini dia perlu mengubah sikap bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang.
Dia merasa sungguh gembita apabila lelaki itu datang tepat pada masanya.
Dia terasa seperti puteri raja yang dalam kesusahan, lalu diselamatkan oleh kesatria berkuda.
Dia terus memeluk tubuh Suhaimi dengan lebih erat.
=================================================================================="Ibu, kalau adik nak baju baru boleh tak?" Pinta Nur Dhuha.
"Lah, kenapa nak baju baru pulak ni? Kan banyak baju kamu dekat almari tu.
" Salmiah merasa pelik.
"Semua baju dalam almari tu dah tak sesuai dengan adik lah.
Adik nak baju ala-ala perempuan gitu.
" Balas Nur Dhuha.
"Aik, bukan selama ni adik memang suka baju-baju macam tu ke?" Soal Salmiah lagi.
"Itu dulu, sekarang adik dah tak suka baju-baju macam tu.
Adik nak baju yang lebih ayu.
" Jelas Nur Dhuha.
"Abang, adik mintak baju baru untuk dia.
" Salmiah beralih pula ke arah suaminya yang sedang membaca surat khabar.
"Takpe lah dik, nanti abah dengan ibu belikan baju baru untuk adik ye.
" Balas Supian.
"Terima kasih abah.
" Nur Dhuha menghampiri ayahnya, lalu menghadiahkan satu ciuman di pipi.
"Sayang abah.
" Ucap Nur Dhuha sebelum berlalu pergi menuju ke bilik tidurnya.
"Abang cukup ke duit nak belikan pakaian baru untuk adik?" Soal Salmiah setelah kelibat anak bongsunya itu sudah tiada.
"Cukup, takde masalah kalau setakat belikan baju budak.
" Balas Supian.
"Abang rasa kenapa dia tiba-tiba nak pakai baju perempuan pulak?" Salmiah masih lagi merasa hairan.
"Abang rasa dia macam tomboy sebab kita pakaikan dia pakaian lelaki dari kecik kot.
Kalau lah kita dari awal lagi sentiasa pakaikan dia dengan pakaian perempuan, mesti dia tak jadi tomboy macam sekarang.
" Supian cuba mengagak.
"Tapi itu pakaian yang dia selalu mintak, tulah sebabnya kita selalu belikan pakaian macam tu.
" Ujar Salmiah.
Ber
Sumber:Internet