Gelap

1 Bersaksikan Bulan 7

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

1 Bersaksikan Bulan 7

. Dua minggu sudah berlalu semenjak kemalangan yang menimpa Supian dan Salmiah.
Supian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang teruk dan kehilangan darah yang banyak.
Salmiah juga mengalami kecederaan yang teruk dan dibawa ke hospital.
Dia berjaya diselamatkan, namun sayangnya anak dalam kandungan gagal diselamatkan.
Tragedi yang menimpa sungguh meremukkan hati wanita itu.
Bukan sahaja kehilangan suami, dia juga kehilangan anak yang dikandungkan.
Malah apa yang lebih teruk, doktor mengesahkan yang dia tidak boleh lagi mengandung setelah rahimnya terpaksa dibuang.
Hari ini adalah harijadi Nur Dhuha, namun suasana di rumah arwah Supian sungguh sunyi.
Jika tahun sebelum-sebelum ini sudah pasti mereka menjemput semua rakan-rakan kepada Nur Dhuha untuk meraikan.
"Adik, pakai lah baju ni.
" Pinta Nur Adila.
"Taknak, abah bukan ada lagi.
Jadi nak buat apa pakai.
" Nur Dhuha menolak permintaan kakaknya itu.
"Tapi ni permintaan abah.
Dia nak sangat adik pakai, jadi please adik pakai kali ni je.
" Rayu Nur Adila.
Akhirnya Nur Dhuha mengalah dan menuruti setelah didesak berkali-kali oleh kakaknya.
Dia menyarung gaun berwarna peach itu ke atas tubuhnya.
Gaun itu adalah hadiah terakhir yang diberikan oleh ayahnya.
"Cantiknya adik along ni.
Macam disney princess.
" Puji Nur Adila dengan matanya mula berkaca.
Namun pujian itu langsung tidak mempengaruhi mood Nur Dhuha.
Apa yang dia mahu hanyalah pujian daripada ayahnya.
Kenapakah semua ini terjadi tatkala dia bakal menyambut harijadinya yang ke sepuluh.
"Adik, jomlah keluar.
Orang dah tunggu tu.
" Nur Adila mengajak.
Di ruang tamu, kelihatan Nur Qistina sedang menunggu bersama-sama dengan jiran mereka iaitu keluarga Suhaimi.
Lelaki itu kini bersama dengan kedua-dua orang tuanya dan juga kakak dan adik perempuannya.
Pada awalnya, keluarga Nur Dhuha tidak merasa untuk menyambut harijadi tersebut.
Namun ibu bapa Suhaimi yang cuba melakukan sambutan tersebut bagi menceriakan Nur Dhuha dan menghilangkan kesedihan keluarga itu.
Segala makanan dan kek harijadi telah disediakan oleh mereka sekeluarga.
Nur Dhuha menghampiri meja di ruang tamu tersebut.
Kelihatan lilin-lilin di atas kek itu sudahpun dinyalakan api.
"Apa lagi Dhuha, tiup lah lilin tu.
" Ujar Rosni, ibu kepada Suhaimi.
Nur Dhuha menuruti lalu meniup lilin-lilin tersebut sehingga padam.
Setelah itu, dia mula memotong kek tersebut dengan dibantu oleh Nur Qistina.
Nur Adila pula mengambil gambar adiknya untuk kenangan.
Air matanya tidak dapat dibendung lagi memandangkan adiknya itu mengenakan pakaian terakhir yang dihadiahkan oleh ayah mereka.
Sudah pasti ayah mereka sungguh gembira jika dapat melihat kecantikan adiknya.
Namun sayangnya impian lelaki itu tidak kesampaian akibat terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Hanya gambar ini sahaja yang mampu dia abadikan untuk memperingati impian terakhir arwah ayahnya.
"Qis, mak kamu mana?" Soal Rosni.
"Ada dalam bilik dia.
" Balas Nur Qistina.
"Makcik pergi tengok dia sekejap ye.
" Rosni meminta diri lalu menuju ke bilik tidur yang berhampiran dengan dapur.
"Sal, macam mana dengan luka kamu? Dah baik?" Soal Rosni sebaik berada di muka pintu bilik wanita itu.
"Dah makin baik dah.
" Balas Salmiah tanpa memandang ke arah Rosni.
Dia hanya merenung ke luar jendela yang berada di bilik itu.
"Kamu taknak join birthday party Dhuha ke? Kesian dia ibu dia tak teman.
" Soal Rosni lalu menghampiri wanita itu.
"Tak larat lah.
Kamu pergi lah celebrate dengan anak aku je.
" Balas Salmiah yang masih lagi merenung ke luar jendela.
"Aku tahu kamu masih lagi sedih dengan pemergian bang Pian, tapi kamu janganlah macam ni.
Janganlah abaikan anak-anak kamu macam tu je.
Diorang perlukan perhatian dari kamu sekarang ni.
" Tegas Rosni.
"Dila ada boleh tengok-tengokkan adik dia.
" Balas Salmiah.
"Janganlah kamu letak beban atas bahu budak tu.
Dia pun sekarang sangat bersedih atas kematian ayah dia.
Kamu pulak letak bebanan atas bahu dia untuk uruskan adik-adik dia, tak kesian ke?" Omel Rosni.
Namun kata-kata daripada Rosni hanya masuk ke telinga kanan, dan keluar ke telinga kiri.
Salmiah hanya mengendahkan omelan wanita itu.
Apa yang bermain di fikirannya hanyalah wajah arwah suaminya.
"Setiap hari Dila yang terpaksa masakkan makanan untuk adik-adik, basuh baju, kemas rumah.
Dia jugak lah yang terpaksa siapkan keperluan sekolah untuk adik-adik.
Tolong lah jangan buat dia macam tu.
" Pinta Rosni.
"Diorang dah besar, pandai-pandai lah diorang untuk hidup.
" Acuh tak acuh jawapan daripada Salmiah.
"Aku tahu kamu masih lagi bersedih, tapi janganlah macam tu.
Kesiankan dekat anak-anak tu.
Aku sebagai jiran dan kawan kau, aku akan cuba tolong apa yang aku termampu.
" Ujar Rosni lagi.
Namun Salmiah tidak membalas kata-kata wanita itu.
Rosni tidak tahu apa lagi yang perlu dia katakan kepada wanita itu.
Dia hanya mampu mengalah lalu bangun dan beredar dari dalam bilik tersebut.
Semenjak kematian Supian, Rosni dan suami lah yang banyak membantu keluarga itu.
Dia sentiasa menghantar lebihan makanan kepada keluarga tersebut bagi memastikan mereka anak beranak tidak kelaparan.
Suaminya jugalah yang sering membeli barang dapur untuk keluarga tersebut.
Jika tidak dibeli, sudah pasti dapur mereka tidak berasap.
Dia dan suami tidak tahu berapa lama lagikah Salmiah mahu meratap kematian Supian.
"Birthday girl nya mana?" Soal Rosni sebaik tiba di ruang tamu.
"Ada dekat luar dengan Emi.
" Balas Nur Adila.
"Takpe lah kalau macam tu, biar Emi je yang gembirakan hati Dhuha.
Emm Dila, kamu mula mendaftar dekat Universiti bila?" Rosni mengubah topik.
"Tak tahu lah saya macam mana.
Dengan abah baru meninggal, dengan ibu pulak tak terurus, saya tak terfikir langsung pasal nak sambung belajar ni.
" Jawab Nur Adila yang sedang mengemas pinggan dan cawan di atas meja.
"Kamu kena fikir pasal masa depan kamu tu.
Yang ada dekat rumah ni kamu jangan risau, kami akan bantu kamu mana yang kamu termampu.
Bila tarikh daftar masuk universiti tu?" Arshad pula mencelah.
"Lagi tiga minggu.
" Balas Nur Adila.
"Nanti nak daftar, biar kami yang hantar kamu ke universiti ya.
Buat masa sekarang ni, kamu fokus untuk sambung belajar je.
Urusan lain-lain di rumah ni biar kami yang uruskan.
" Arshad memberi pendapat.
"Terima kasih pakcik.
Kami sekeluarga dah banyak susahkan pakcik dan makcik.
" Nur Adila menjadi serba salah.
"Apa yang susahkan pulak, kami dah anggap kamu semua ni dah macam keluarga kami sendiri.
Susah dan senang kamu sekeluarga, sama-sama kami tanggung.
" Kini Rosni pula yang mencelah.
Nur Adila hanya tertunduk ke lantai kerana merasa malu dengan pasangan jirannya itu.
Sudah terlalu banyak dia sekeluarga telah menyusahkan jirannya itu semenjak kematian arwah ayahnya.
Di luar rumah, kelihatan Suhaimi dan Nur Dhuha sedang duduk di atas kerusi yang berada di bawah pokok.
Semenjak kematian ayah kepada gadis itu, mereka berdua masih lagi tidak berkesempatan berbual.
"Ini semua salah aku ayah aku meninggal dan mak aku keguguran.
" Sayu kedengaran suara Nur Dhuha.
Ber
Sumber:Internet