. (Isnin, 9:54 am.
) Imah, awak hilang ke manaa... Err.. Imah, awk okey ke ni?" Tanya Aina yang berdiri tidak jauh dari situ.
Wajah keruh Imah yang berdiri di penjuru koridor sekolah itu ditatap oleh Aina.
Imah tersedar daripada lamunan panjang.
Ditolehnya ke arah Aina lalu menggelengkan kepalanya sambil menayangkan senyuman palsu.
"Tak ada apa-apa.
Eh, lepas ni Subjek Sejarahkan? Aku masuk dulu yer Aina" Balas Imah perlahan lalu dia meninggalkan Aina bersendirian di luar koridor kelas mereka.
Aina tarik nafas panjang.
"Ni mesti ada kes dengan dia lagi ni..." Duga Aina dalam hati mengenangkan nasib sahabatnya yang seorang itu.
Patutlah dia tidak menemui Imah di kantin tadi.
Rupa-rupanya di sini Imah bertapa.
Aina mengekori langkah Imah menuju ke kelas kerana tidak lama lagi waktu rehat akan tamat.
Papan tanda yang tertulis 'TINGKATAN 4 SAINS 1' terpampang di atas pintu kelas mereka.
Riuh rendah bunyi di dalam kelas itu.
Masing-masing dengan ragam mereka sendiri.
Pelbagai kerenah yang ada di dalam kelas tersebut.
Kaki sakat, kaki gosip, kaki tidur, kaki conteng, kaki bodek, kaki belajar, kaki blurrr??? Boleh dikatakan hampir semuanya ada.
Ika yang dari tadi tekun menelaah buku teks Sejarah Tingkatan 4 itu langsung tidak menyedari akan kehadiran Aina yang duduk di sebelah mejanya.
Aina yang baru sahaja mengeluarkan buku teks dan buku nota sejarah dari bawah laci mejanya menjeling ke arah Ika lalu dia menyiku lengan Ika.
"Hahh.. Kau nak apa?" Tanya Ika yang masih fokus dalam bacaannya.
"Kau mesti tahukan masalah Imah..?" Bisik Aina kepada Ika.
Ika berhenti membaca.
Kepalanya menoleh dan berpusing menghadap Aina yang duduk di sebelahanya.
Dahinya berkerut.
"Imah yang mana satu?" Tanya Ika kepada Aina.
Aina pada masa itu menepuk dahinya lalu meraup wajahnya.
Sabar akan kerenah sikap sahabatnya yang seorang ini.
Ika tersengih.
"Owh... Hashimah kawan kita tu ya..." jawab Ika balik.
Dia yang menanyakan soalan dan dia juga yang menjawab soalannya sendiri.
Aina naik cuak.
"Agaknya dah putus wire kot.
Tu yang lambat gumam Aina dalam hati.
"Ni mesti kerja Ash.
Ash nak makan penumbuk aku Ash ni.. Tak habis-habis buat hal dengan si Imah.
" Sangka Ika.
Tak lain tak bukan kalau bukan Ash yang menyebabkan Imah berubah wajah mendung itu.
Aina juga sangka begitu.
Dia menyedari bahawa Imah tidak berada di kantin dan makan bersama mereka tadi.
Mereka bertiga selalu bersama.
Boleh dikatakan sahabat akrab sejak Tingkatan Satu lagi.
Belum sempat dia menyampuk tiba-tiba kelibat Cikgu Rina merangkap guru sejarah mereka masuk ke kelas.
Sejarah xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (Isnin, 2:00 pm.
) Sewaktu pulang dari sekolah, Fiza terlihat Imah sedang bertengkar dengan Ash.
Wajah Imah merah padam pada masa itu.
Dari jauh Fiza hanya jadi pemerhati.
Setelah itu, dia melihat Imah berpaling dan berjalan laju menuju ke arah pagar sekolah.
Ada air jernih yang mengalir di wajah Imah.
Ash pulak kelihatan seperti orang kebingungan.
Fiza menuju ke arah di mana basikalnya terletak.
Di situ dia perhati Ash yang sedang termenung ke arah sebuah basikal yang bewarna kuning itu.
"Kau kenapa Ash?" Tanya Fiza merangkap sepupu yang satu kelas dengan Ash dan juga memegang jawatan penolong ketua pengawas di sekolah itu.
"Ni hah.. Aku pun bingung ni.. Siapala yang pancitkan tayar basikal adik aku ni.." Beritahu Ash kepada Fiza.
Dia duduk menghadap basikal tersebut sambil memicit tayar basikal yang bewarna kuning kepunyaan Imah adiknya.
Sumber:Internet