. (Selasa, 2:45 pm) "Err.. Imah.. Aku nak pinjam buku addmath kau?" Pinta Ash dengan segan tetapi dia terpaksa menebalkan mukanya itu.
"Dah kenapa pulak? Imah tengah study ni.. Kacaulah Abang Ash ni.." Balas Imah selamba.
Laju tangannya menekan kalkulator membuat langkah kira-kira.
Ash pula dari tadi tidak berhenti mengetuk dahinya dengan pensel.
"Sekejap je lah.. Aku nak ulangkaji sekejap jer..." Pinta Ash.. Tangannya bermain-main dengan pensel tersebut.
Seperti duduk tidak keruan sahaja.
Ketuk sana gerak sini.
"Cakap ajelah yang Abang Ash tak tau nak selesaikan soalan tu.
Kan senang.
" Perli Imah.
Dia bukannya tidak tahu yang abangnya tidak berminat dalam subjek kira-kira lebih-lebih lagi addmath.
Tapi subjek lain abang dia dapat skor dengan jayanya.
"Aku bukan tak tau lah.
Tapi tak ingat.
Banyak sangat pelajaran Tingkatan 5 sampai lupa bab Tingkatan 4 ni.
Pinjam sekejap jer, aku nak ulang kaji.."Jelas Ash untuk menutup kelemahannya.
Sememangnya dia terlupa teknik-teknik menyelesaikan soalan addmath tersebut.
Lebih-lebih lagi soalan addmath Tingkatan 4.
Mana tak malunya kerana Imah mungkin dapat jawab soalannya dengan mudahnya.
Imah yang tak banyak songeh memberikan buku nota addmath tersebut kepada abangnya.
"Thanks.. Ucap abangnya lalu segera dia membelek buku yang baru diberikan oleh adiknya itu.
Imah baru menyedari bahawa abangnya menggunakan pensel ketika menjawab soalan addmath.
"Abang.. abang.. Nampak sangat abang ni tak ada konfiden nak jawab soalan addmath tu.
Cikgu Ho cakap, orang yang jawab pakai pensel tu dia tak yakin dengan jawapan dia sendiri.
Kerjanya asyik tulis dan padam.. Tengoklah.
Banyak betul sampah bekas pemadam kat atas meja ni..." Sindir Imah sambil membuat latihannya tersebut.
Tidak berani menatap wajah kemerahan Ash yang menahan geram.
Imah buat-buat wajah tenang.
Tanpa dia sedari dia telah menulis langkah kerjanya itu dengan menggunakan pen berwarna merah.
Nampak sangat dia menggelabah lalu segera dia membuat garisan panjang tanda memadamkan jawapan langkah kerja tersebut.
Dia curi-curi pandang melihat abangnya.
Kot kot abang dia telah bertukar menjadi Hulk.
Boleh sempat dia lari mendapatkan pertolongan daripada Hero dia iaitu ayah mereka.
Ash cuba menahan amarahnya.
Buang masa jika dia bertegang urat dengan adiknya itu.
Pasti adiknya jua yang akan menang tanpa bertanding dengan bantuan ibu dan ayah mereka.
Lalu dia membuka kotak penselnya dan mengeluarkan pen yang berwarna biru.
Kali ini dia tidak mahu nampak lemah di mata Imah.
Biar dia sahut cabaran adiknya itu.
Mereka kembali fokus dalam menyelesaikan masalah addmath masing-masing.
Tak sampai berapa minit Ash mengerut dahi.
"Err.. Imah... Ada liquid paper tak? Dah silap ni..." Pinta Ash kalut.
Kepalanya digaru-garu dengan hujung penutup pen tersebut.
"Guna pembaris ajelah.
Garis dekat tempat yang salah tu.
Nama aje ketua pengawas.
Kerjanya merampas barang-barang yang dilarang di bawa ke sekolah termasuk Liquid paper.
Tiba-tiba tanya orang ada liquid paper ke tak?" Bebel Imah panjang.
Kali ini Ash tidak dapat menahan sabarnya.
Adiknya memang betul-betul mencari nahas dengannya.
"Ya.. bu?? Sekejap.. Imah datang ni..." Laung Imah tiba-tiba.
Seperti menyahut panggilan ibunya di dapur.
Padahal langsung tiada suara ibu dan dia sebenarnya memang nak larikan diri sebelum melihat letusan gunung berapi itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx (Rabu, 9:12 am) Ketika para pelajar sedang membuat latihan karangan Bahasa Melayu, Imah meminta izin kepada gurunya untuk keluar ke tandas.
Ash yang melihat kelibat Imah lalu di hadapan lorong kelasnya segera meminta izin daripada gurunya juga untuk keluar sebentar.
Lalu dia segera berlari mendekati adiknya.
Sumber:Internet