Gelap

Abang Jahat 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Jahat 3

. (Rabu, 5:30 pm.
) "Ash, cepattt sikit.. Lambat betul kau ni..."Pekik Faiz, teman akrab Ash yang sudah berpakaian sukan berdiri tercegat di dewan sekolah tersebut.
Raket di tangan dihayun dengan kuat sebagai aktiviti memanaskan badan sebelum bermain badminton secara beregu.
  Faiz, sahabat karib Ash sehingga sekarang.
Mereka memang rapat sejak sekolah rendah lagi.
Teman belajar dan bermain bersama.
Kedua-duanya mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi ahli perubatan suatu hari kelak.
Mereka sepakat ingin menyambung pelajaran di tempat yang sama setelah tamat sekolah kelak.
Faiz, anak tunggal Pak Imam di kampung seberang merupakan pelajar yang aktif bersukan dan cemerlang dalam bidang akademik.
Tidak ketinggalan dengan Ash.
Mereka sentiasa bersaing sesama sendiri.
Meskipun begitu, persaingan sengit di antara mereka tidak mampu mengalahkan pelajar kaum hawa yang selalu merebut tempat pertama dalam akademik tidak lain tidak bukan jika bukan Fiza pelajar perempuan yang bijak dan. cerdas berjaya mengatasi kedua-dua lelaki ini dalam bidang akademik tersebut.
"Sekejap laa.. Aku tengah ikat tali kasut aku ni.." Balas Ash sambil mengemaskan ikatan tali kasut sukannya itu.
Imah yang dari tadi berdiam diri akhirnya tidak tahan melihat abangnya yang lambat itu.
Fiza tidak mahu ikut campur.
Baik dia bersedia mengambil tempat di dalam gelanggang badminton tersebut.
"Abang Ash ni mengalahkan orang perempuan betullah.
Orang dah lama tunggu ni.." Rungut Imah kepada Ash.
Geram pun ada.
Mereka bertiga dari tadi menunggunya mengemaskan ikatan tali kasutnya yang longgar tadi.
"Mulut kau ni kalau tak bebel tak boleh ke?" Tembak Ash balik.
Akhirnya ikatan tali kasutnya kelihatan kemas sekali.
Air minuman di tepi dicapai dan diteguk dengan rakus.
" Abang....!!! Tu botol air Imah..!" Marah Imah tiba-tiba.
Buat penat dia membawa air minumannya sendiri untuk hilang rasa dahaga di tekak tetapi abangnya dahulu yang merasmikannya.
"Ada aku kesah??" Jawab Ash balik sambil tersenyum mengejek.
Apa boleh buat, tekaknya tengah dahaga.
Nasib botol air Imahlah yang dia rembat dahulu.
"Dah.. dah.. dah.. korang ni kalau tak gaduh memang tak sah.
" Sampuk Faiz yang tengah meredakan kedua-dua adik beradik yang sedang bertegang urat itu.
"Imah tak nak satu group dengan Abang Ash.
Abang Ash jahat!" Adu Imah.. Lalu dia mengambil tempat di sebelah Fiza.
Fiza tidak kisah jika Imah ingin berpasangan dengannya "Weiii.. mana aci ni.. konfirm korang kalah punya.. Kitorang ni pemain badminton top 2 peringkat negeri kott.." Beritahu Faiz apabila melihat dia terpaksa berpasangan dengan Ash.
Ash sudah tergelak kuat.
Lelaki Versus perempuan ke pada hari ini? "Apa? Ingat orang perempuan tak boleh kalahkan lelaki ke?" Sampuk Imah kembali.
Rasa tercabar pula dia apabila melihat mereka berdua awal-awal lagi sudah memperlekehkan kebolehan kaum hawa.
"Korang tengoklah nanti.
Belum cuba belum tahu.
" Sampuk Fiza menyokong kata-kata Imah.
Walaupun dia tahu kebolehan dia dengan Imah tidak mampu mengalahkan Ash dan Faiz dalam perlawanan badminton ini tetapi tidak salah jika mempunyai keyakinan yang tinggi serta semangat yang kuat.
"Okey.. Kalah nanti jangan putih mata ya ibu-ibu.." Sindir Ash sebelum menyambung ketawanya lagi.
Imah sudah mendengus geram manakala Fiza pula masih tenang.
Malas pula hendak melayan kerenah sepupunya itu.
Biarlah.
Kalah atau menang janji dia berpuas hati dapat bersenam mengejar bulu tangkis kelak.
Perlawanan badminton secara beregu pun bermula.
Dengan tangkas Imah menyambut dan menghantar bulu tangkis tersebut.
Dia tidak mahu mengalah pada hari itu.
Biarlah kali ini kaum hawa pecah rekod dapat mengalahkan kaum adam.
Seperti yang telah dikatakan tadi.
Kumpulan Imah dan Fiza tertinggal jauh mata daripada Ash dan Faiz.
Faiz dan Fiza sudah mula keletihan.
Tetapi sangat kontra dengan Imah dan Ash.
Mereka masih bersemangat menyambut dan memukul bulu tangkis tersebut.
Dan..
Sumber:Internet