Gelap

Abang Jahat 4

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Jahat 4

. (Khamis, 3.
15 pm.
) "Imah, kenapa termenung ni?" Tanya Fiza kepada adik sepupunya yang satu ini.
Imah tidak menyedari bahawa Fiza dari tadi memerhati dirinya.
Buku latihan di depannya masih kosong.
Dia langsung tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru bahasa Melayunya kerana otaknya kekosongan idea.
Dia masih terpukul dengan peristiwa pagi tadi.
Kali ini dia berasa sangat benci kepada abangnya kerana tidak membela dirinya disaat dia memerlukannya.
Imah berasa sangat kecewa dengan abangnya.
Fiza mencari idea untuk memujuk Imah.
Dia rasa serba salah namun cepat-cepat dia buang perasaan itu.
Dia harus meneruskan rancangannya dan tidak mahu gagal semuanya.
"Imah kalau letih.
Imah baliklah dulu.
Malam nanti datang sini ya.
Kita sambung study balik.
" Cadang Fiza.
Kasihan pula dia melihat keadaan Imah sebegitu.
Imah mengangguk lemah.
Dia juga tidak ada mood untuk menyiapkn kerja rumah dalam keadaan celaru itu.
Dia pun meminta izin untuk balik ke rumahnya.
Mujur Fiza dan adik sepupunya tinggal berjiran.
Imah selalu bertandang ke rumah Kak Fizanya untuk study bersama setiap waktu petang.
Ada juga rujukan yang boleh dibuat seandainya Imah tidak tahu menyelesaikan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab lebih-lebih lagi soalan yang berkaitan mengenai subjek sains itu kepada Kakak sepupunya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx "Imah.. Jom solat asar.." Ajak Ash yang sudah berkopiah putih berdiri terpacak di depan pintu bilik adiknya.
Imah pula masih lena diulit mimpi sejak waktu tengah hari tadi.
"Lima minit lagi..." Ucap Imah malas.
Malas mendengar suara lelaki itu.
Ash sudah bercekak pinggang.
Lalu ditarik kaki adiknya.
Imah terasa badannya bergerak ke depan dan Gedebuk...!! Imah jatuh seperti nangka busuk.
"Adoi.. abang Ash ni jahat.. Sakit lah...! Adu Imah tiba-tiba.
Lalu diurut bahunya yang sakit itu kerana mendarat dahulu di atas lantai.
Ash ketawa terkekek-kekek.. "Hahaha.. bukan aku yang buat kau jatuh.
Aku tarik kaki kau sikit aje.
Kau tu yang pusing terus jatuh sendiri dari katil.. haha.." Sisa gelak Ash tidak habis melihat Imah yang sudah mengadu sakit akibat perbuatannya sendiri.
"Abang Ash jahaaaattt Jerit Imah sekuat hati.
Sakit hati bila dia ditertawakan oleh Ash sebegitu.
  'Ada yang nak kena makan bantal kapas ni!' Geram Imah.
Ash pula keluar dengan selamba.
"Dah.. aku nak kau cepat ambil air wuduk.
Kalau lambat kau masbuk.
" Pekik Ash dari luar.
Imah mendengus kasar.
'Mentang-mentang ibu ayah tak ada abang Ash ambil kesempatan solat di rumah.
Siap nanti bagitahu ayah yang Abang Ash ponteng solat di surau' marah Imah.
Usai solat dan mengaminkan doa.
Imah melipat telekung dan sejadahnya.
Ash pula berpaling kebelakang dan menghulurkan tangannya.
Imah buat muka toya.
"Nak apa?"Tanya Imah selamba.
Jangan diberi peluang kepada lelaki itu yang selalu membulinya setiap hari.
"  Aku ni abang kau.. Kau kena hormat sikit dengan aku.."Dengan sombong Ash menjawab.
Imah yang tak banyak songeh lalu menyalami tangan abangnya.
Malas pula dia hendak bertegang urat dengan abangnya itu.
Dan...  Gedebuk...! "Adoi.. Adu Imah lagi.
Terasa dahinya dihentuk kuat oleh tulang buku tangan Ash.
"Bukan salah aku.
Kau tu yang salam tak betul.
Padan muka rasa tulang buku tangan aku ni.." Sindir Ash kepada Imah.
Imah ketap bibir.
Lalu dihentak-hentak kakinya masuk ke bilik.
Ash menjeling sahaja lalu dia tersengih.
Dengan itu sahaja caranya supaya dapat melihat mulut adiknya bising.
Jika tidak pasti adiknya akan berdiam diri semenjak pulang dari sekolah tadi.
Dia lebih suka melihat adiknya membebel daripada diam seribu bahasa begitu sahaja.
Dan dia nekad untuk mengulangi cara tersebut pada waktu Maghrib dan Ishak kelak.
Semoga hubungan dia dan adiknya segera kembali pulih sebelum diketahui oleh ibu dan ayah mereka yang sedang berkursus selama tiga hari di luar daerah itu.
Jika tidak nahas dia seandainya ayah mereka mengetahui kisah Imah yang menjadi mangsa buli di sekolah.
Ash mengenang kembali akan nasibnya itu.

Sumber:Internet