Gelap

Abang Jahat 5

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Jahat 5

. (Sabtu, 10:09 am.
) "As Lantang suara Imah memberi salam di rumah jirannya, kak Fiza.
"Waalaikumussalam.. Owh, Imah rupanya.
Masuklah Imah.." Pelawa Mak Cik Kiah, suri rumah sepenuh masa iaitu ibu kepada Kak Fiza.
Kak Fiza merupakan anak tunggal dalam keluarga itu.
Ayahnya iaitu pak cik kepada Imah merupakan seorang pegawai pendidikan di pejabat manakala ibu dan ayah Imah pula bekerja sebagai guru yang mengajar di sekolah rendah.
Kak Fiza memang dilahirkan keluarga yang sederhana tetapi kaya dengan kasih sayang.
"Eh, Imah.. Bila sampai..? Tanya Fiza yang baru muncul dari biliknya dengan t-shirt muslimah dan shawl labuh.
"Baru aje kak Fiza.
Err.. Kak Fiza nak keluar dah ke? Sorryla kalau Imah datang ganggu kak Fiza.
" Kata Imah perlahan.
Rasa bersalah pula seperti menghalang kakak sepupunya yang sedang mengejar urusan itu.
"Eh, taklah.
Akak tak kejar masa pun.
Ada apa Imah nak jumpa akak ni? Kak Fiza sudi dengar..." Kata Fiza lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah Imah.
Kebiasaan bagi dia  jika Imah selalu datang bertandang ke rumahnya hujung minggu iti pasti ingin mengajak berbual kosong atau meluahkan masalah peribadinya.
  "Kak Fiza sebenarnya Imah nak tahu jugak.
Kak Fiza mesti tahukan apa perkara yang disembunyikan oleh Abang Ash tu?" Tanya Imah kepada Fiza.
Sudah lama dia ingin mengetahui perkara yang sebenar.
Imah dapati abangnya selalu mengelak daripadanya setiap kali dia menanyakan soalan itu kepada abangnya.
Hubungan mereka semakin hari semakin keruh.
Imah banyak berdiam diri daripada abangnya.
Kalau dahulu dia suka melawan kata-kata abangnya tetapi kini dia rasa seperti malas untuk melayan kerenah Abang Ash.
Semakin hari hatinya semakin sakit setiap kali mengingat peristiwa pahit itu.
Betulkah itu adalah angkara abangnya? Dia juga tidak pasti.
"Imah.. Akak tak berani nak masuk campur hal-hal korang berdua.
Tapi Imah sabar yer.
Lambat laun Imah akan tahu jugak.
" Wajah Imah bertukar menjadi sayu.
Dia benar-benar ingin tahu daripada Kak Fiza tetapi gagal.
Dia mengangguk tanda faham.
Lambat-laun dia akan tahu juga.
'Bersabarlah wahai hati..' Pujuk Imah ke atas dirinya sendiri.
Fiza tersenyum lega.
Nampaknya rahsia besarnya masih selamat.
"Imah, malam ni Kak Fiza ada majlis makan-makan dekat taman seberang sana.
Imah temankan kakak yer.." Pelawa Fiza kepada Imah.
Imah pada masa itu terus menoleh ke arah kakak sepupunya.
"Tapi kak Fiza.. Imah kena minta izin ibu dan ayah dahulu" Beritahu Imah.
Dia sememangnya mahu pergi kerana bosan juga duduk di rumah bersama Abang Ash.
"Tak usahlah Imah, Kak Fiza dah minta kebenaran dah pagi tadi.
Kak Fiza dah call ibu dan ayah Imah.
Diorang benarkan.
" Bohong Fiza.
Imah terlopong mendengarnya seperti mempercayai kata-kata kakak sepupunya itu.
Fiza bangkit daripada kerusi dan terus menuju ke dalam bilik.
Berapa minit kemudian dia muncul kembali dengan memegang sepucuk sampul surat yang berwarna putih.
"Imah.. Jangan lupa bagi surat ni kat Abang Ash yer.. Kata kat dia ada orang bagi ni dekat Kak Fiza suruh bagi kat abang kamu.
Jangan lupa malam ni lepas Isyak Kak Fiza jemput Imah di rumah.
Kita pergi sama-sama.
" Pesan Fiza lagi.
Imah hanya mengangguk lalu dia meminta diri untuk pulang.
Segan rasanya berada di rumah Kak Fiza lama-lama kerana takut menghalang Kak Fiza untuk keluar rumah yang sedang ada urusan itu.
Imah masuk ke biliknya setelah melihat abangnya tidur di sofa.
Memang rutin mingguan abangnya tidur pukul 2 petang pada setiap kali waktu cuti.
Malas Imah mengganggu tidur abangnya.
Biarlah abangnya melepaskan penat lelah berjaga sepanjang malam tadi.
Dia akan memberikan sampul surat pada petang kelak.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Imah tidak sabar menunggu pada malam hari.
Rasa seperi lambat hari itu berlalu.
Malam nanti dia akan keluar bersama kakak sepupunya.
Mood Imah tiba-tiba baik sedikit.
Kali ini dia ingin mengajak abangnya berbual.
Bosan pula dia asyik mendiamkan dirinya.
Lagi pun ibu dan ayah mereka tiada di rumah.
Tiada siapa yang boleh diajaknya berbual selain Ash seorang sahaja.

Sumber:Internet