. 8 tahun kemudian "Eh, tak balik lagi?" Tegur Syuhada rakan setugas dengan Imah.
Laju Syuhada mengemas buku-buku yang bertaburan di atas meja kerjanya.
Jam sudah menunjukkan pukul satu empat puluh lima minit petang.
"Hari ni tumpang orang.
Sepatutnya dah sampai tadi.
Tapi tak sampai-sampai lagi.
Traffic jam kott.." Balas Imah sambil membaca buku di meja kerjanya.
Dia tidak mahu membuang masa begitu sahaja.
Baik dia habiskan dunianya dengan membaca buku sambil menunggu kedatangan Ash menjemputnya dari tempat kerja.
Raqqat aina ya shawkan.. walithoi batazar fataishqon.. Ringtone lagu telefon Imah nyanyian Iman Farrar nyaring berbunyi di atas meja kerjanya yang sedang dicas itu.
Imah pun menjawab.
"Hello.
Assalamualaikum Abang Ash.
Kenapa lambat sangat? Orang dah lama tunggu kat sini.." Jawab Imah terburu-buru setelah mendapat tahu nama Abang Ash tertera di panggilan tersebut.
Geram pula dia dengan abangnya itu.
Jika dia tahu begini jadinya tidak mahu dia menumpang abangnya sebelum pergi ke tempat kerja tadi.
Baik dia guna kenderaannya sendiri.
Tetapi Ash berkeras hati ingin menghantarnya ke sekolah juga.
katanya ada surprise yang ingin ditunjukkan kepada Imah selesai waktu kerja kelak.
"Alaaa.. sorry la cikgu.. Tadi kawan kita lambat sikit.. Eh.. terlupa pula.. waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
" Gurau Ash dengan meniru gaya kanak-kanak kecil bercakap dengan Imah.
Suara Ash bertukar serius, "Ehm.. hmm.. Abang dah ada kat luar.
Dah hampir setengah jam abang tunggu kat depan pejabat sekolah ni.
Imah kat mana sekarang ni haa???!!! Kenapa tadi abang call Imah tak angkat???!!!!!! " Suara Ash berubah menjadi tinggi.
Geram kerana telah lama menunggu adiknya yang tidak muncul-muncul itu.
Pada masa itu Imah menjauhkan telinganya daripada henset.
Bingit akibat ditengking oleh Ash.
Syuhada sudah tergelak kecil melihat reaksi Imah begitu.
' Dasyat sungguh orang yang call Imah ni..' Imah menepuk dahi.
Tadi bateri hensetnya habis.
Dia baru mengecas hensetnya sementara menunggu abangnya untuk dijemput.
Dia juga tidak periksa sebarang mesej masuk.
"Yelaa..yela... Imah keluar la ni..." Beritahu Imah cepat-cepat.
Tidak suka mendengar bebelan dari abangnya tetapi salah dia juga.
Lalu dia melihat semua mesej masuk.
Mahu terbuntang mata Imah.
"Mak aii... 29 Missed call.. habislah aku..' Kelam kabut Imah meninggalkan pejabat bilik guru.
"Sorry Abang Ash.. sorry jawab Imah setelah mendekati abangnya.
"Sorry Esok balik naik lori aje lagi bagus.." Bebel Ash sambil keluar dari perut kereta miliknya.
"Sorry laa.. Tadi bateri henset Imah habis.
Ni pun baru dicas.."Terang Imah takut-takut kepada abangnya.
Sudah wajah Ash bertukar menjadi hulk dia mahu lari ke mana.
"Zaman sekarang dah takda istilah bawak charger la.
Orang guna powerbank! Alasan! Abang dah lapar tunggu Imah lama-lama kat sini.
Kantin buka tak? Kita belasah makan kat sini ajela kantin? Situkan? Ok.
Jom!" Sambung Ash yang tiba-tba berubah angin menjadi sejuk apabila masuk bab makan.
"Aaaaa? Makan kat sini? Aaaa.... Abang! Abang! Kantin tutup la.. tengok tu.." Jawab Imah kelam-kabut apabila melihat abangnya yang sudah kelaparan itu ingin menuju ke arah kantin.
Gelojohnya amat.
Langkah Ash terhenti.
"Hei.. Bro... kau macam dah lupa yang aku ada kat sini.
Kau lapar lagi ke? Setahu aku kau dah kebas dua bungkus tadi.
Tapi takpe.
Ni.. ada sebungkus lagi roti burger.
" Tegur lelaki yang dari tadi berdiam diri duduk di sebelah pemandu akhirnya keluar juga dari kereta tersebut.
Tangannya memegang sebungkus burger lalu dihulur kepada Ash.
Ash menepuk wajahnya.
Kantoi! Imah menjeling geram.
Sumber:Internet