. Paaaaaap!!! Syed Assad menghempas pintu kamar pengantin dengan perasaan berang.
Zaraa yang baru hendak terlelap terbangun dan lantas terloncat dari katil.
serta merta dia menundukkan wajah sebelum sempat bertentangan mata dengan suaminya si pemilik wajah bengis itu.
Syed Assad merenung tajam isterinya yang baru dinikahi beberapa jam yang lepas.
"puaslah hati kau sekarang kan??? kau racun fikiran umi aku supaya kau dapat kawin dengan anak orang kaya!lepas tu kau nak bolot semua harta aku kan?? kau ni memang benar-benar perempuan mata duitan! sialan!!!" Jerkah Syed Assad sambil mara. menuju ketempat isterinya yang tunduk menekur lantai.
naik menyampah dia melihat perempuan kampung tersebut.
dia benci akan perkahwinan ini.
dia dipaksa.
dia geram pada semua orang.
Zaraa tidak berani membalas tenungan suaminya.
kecut perutnya dijerkah begitu.
dia hanya mampu menangisi nasib malangnya dengan bersandar didinding.
"hoi perempuan!!! kau dengar tak apa aku cakap tadi?? hah?? kau dengar tak??" makin mencerlung mata Syed Assad.
kecil sahaja wanita itu dimatanya.
kalau diturutkan rasa hati, pipi Zaraa sudah ditampar dengan sekuat hati.
tapi dia bukan lelaki yang dayus.
memukul wanita tak ubah dia memukul uminya sendiri namun akibat pujukan uminya jugalah dia terpaksa menikah dengan perempuan kampung itu.
Zaraa terketar-ketar ditengking sebegitu.
"jawab soalan aku tadi!!! jawab!!!" Syed Assad sudah dirasuk syaitan.
amarahnya benar-benar akan dilampiaskan malam ini.
Zaraa semakin teresak.
dia takut mahu menjawab.
sememangnya Zaraa langsung tidak memahami kemahuan suaminya.
perlahan-lahan wajahnya didongak membalas tatapan mata suaminya.
jantung Zaraa sudah berciciran.
wajah menyinga Syed Assad yang begitu bengis merenung membuatkan jantungnya terloncat kelantai.
menggeletar seluruh tubuhnya.
manakala jiwa Syed Assad pula sudah bergelora.
terpukau sebentar melihat seraut wajah jelita isterinya yang benar-benar mengasyikkan.
Assad! takkan kau suka dengan perempuan kolot ni pulak? kau dah lupa apa yang dia buat pada kau? marah dia Assad! pukul saja perempuan tak guna tu! suara hatinya menggodam jiwanya.
Syed Assad merengus.
matanya pantas dilarikan.
entah kenapa jantungnya berdebar cemas saat pertama kali terpandangkan wajah isterinya.
cantik sekali rupanya.
lembut dan menawan sukma lelakinya.
"boleh tak kau berhenti melalak!!! kau ingat dengan airmata murah kau tu dapat kembalikan kebebasan aku! hah?? cakap!!!" tengking Syed Assad lagi.
namun itu sekadar untuk mengabui perasaan yang entah apa namanya.
suka? no way! Zaraa pantas menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya.
tubuhnya terhinjut-hinjut menahan pecahan esakan.
sayu diperlakukan sebegitu oleh seorang suami yang sepatutnya melindungi dia.
ya Allah! lembutkanlah hatinya! maafkan dosa suamiku kerana berkasar denganku! aku redha ya Allah andai itu dapat membahagiakannya! "arrgggghhh!!!" Syed Assad melepaskan kemarahan yang melampau dengan menumbuk dinding bata sehingga. tangannya berdarah.
namun hatinya masih belum puas.
sudah lama dia menyimpan amarah itu dan hari ini dirasakan hari yang paling tepat untuk dihamburkan.
dengan hati yang menggelegak ditambahkan dengan kepenatan berpura-pura melayan tetamu jemputan tadi, dia mahu melepaskan semua amarah yang membuku semua itu kepada perempuan yang berada dihadapnya.
"aku tak tahu la kenapa umi aku pilih kau jadi menantu dia! kau mesti dah bagi makan sihir padi dekat umi aku kan? kau ni memang jenis perempuan yang tak sedar diri tahu tak! perempuan tak tahu malu!! sepatutnya kau cermin diri kau tu dulu sebelum. bermimpi nak jadi isteri aku!!! dasar peremuan kampung!!! tolol!!!" Jerkah Syed Assad semahu-mahunya.
kepala isterinya ditujal-tujal sehingga isterinya terdorong kebelakang.
langsung tiada simpati walau secubitpun buat isterinya.
dia benci pada perempuan itu.
kerana perempuan itu hidupnya sudah hilang kebebasan.
sebab perempuan itu dia hilang hidupnya yang liar.
dendamnya makin membara.
Zaraa hanya diam.
sakit kepalanya terhantuk dinding, sakit lagi hatinya bila dituduh sewenang-wenangnya.
perasaannya ditenangkan.
nak jadi isteri solehah sangat kan? hah terimalah padahnya! lantas Zaraa tersenyum sebelum sempat ditangkap oleh Syed Assad yang merengus memandang jendela bilik.
Syed Assad merenung di kejauhan sambil bercekak pinggang.
sesekali matanya mengerling pada wajah isterinya yang kelihatan bercahaya.
sewaktu upacara pembatalan air sembahyang tadi, wajah isterinya hanya dipandang sipi-sipi.
tetapi saat jemarinya dikucup oleh bibir isterinya timbul satu perasaan halus yang sukar untuk dirungkaikan.
perasaan asing itu muncul lagi saat bibir nipisnya terlekap didahi mulus isterinya biarpun dengan matanya yang terpejam.
seakan magnet bibirnya berlabuh lama disitu memberikan kedamaian dihati sebelum digelakkan oleh tetangga.
mengingatkan hal itu, Syed Assad sudah hilang taringnya namun ego yang membatasi maruahnya membuatkan rasa ingin menyeksa si isteri makin meluap-luap.
melihat isterinya yang kaku menunduk merenung lantai menimbulkan rasa geramnya.
Sumber:Internet