Gelap

Abang Mencintaimu Sayang 3

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Mencintaimu Sayang 3

. Zaraa pantas meleraikan tautan bibir mereka.
darah merah menyimbah mukanya.
pantas wajahnya dibenamkan kedada suaminya.
menyembunyikan wajahnya.
dia berasa sangat malu pada orang yang melihat aksi romantik mereka.
Syed Assad sekadar tersenyum kelat.
tidak disangkanya dia akan kalah juga pada nafsunya.
tapi dengan isterinya sahaja tau! Syed Assad mengeratkan pelukan dipinggang si isteri.
dia tahu Zaraa malu.
tapi dia? dia bukannya malu, sikit tu adalah tapi mungkin sudah biasa perlahan dia menoleh ke cermin disisinya.
cermin kereta direndahkan.
dua orang muda sedang tajam merenunginya.
"kalau nak buat maksiat bukan disini tempat yang sesuai la bro! pergi cari tempat lain!" sindir pemuda yang agak besar badannya.
Syed Assad pantas bersabar.
dia tahu salahnya juga berkucupan di tempat awam begitu.
tapi kedudukan keretanya agak terlindung, sebab itulah dia berani mengucup bibir isterinya.
"kami minta maaf!" pinta Syed Assad dengan rasa serba salah.
lelaki tersebut mencebik.
"bukan pada kami kau minta maaf! minta maaf pada tuhan! kau encik nak tahu berkucupan tu sebenarnya mendekatkan kepada kita kepada zina! permulaan dalam sebuah perzinaan! insaflah encik! dunia dah nak. kiamat! sedar-sedarlah siapa kita ni! sampai bila korang nak menongkah langit! kita semua akan mati suatu hai nanti! itu amat pasti! waktu itulah encik akan menyesal pada kata-kata saya ni! hai.. bila lah dunia ni tak bermaksiat! kalau dari pandangan mata saya, korang ni dah sepatutnya kawin! apa kata lepas ni encik bawak awek encik ni pergi rumah bapak dia, lepas tu korang nikah cepat-cepat! selesai masalah! nak sentuh-sentuh, cium-cium pun orang dah tak peduli dah! ikut suka hati korang nak buat apa pun! sudah halal!" begitu tekun sekali pemuda tersebut berceramah.
nak kata ustaz.
bukan juga.
pakaian macam geng kapak.
Syed Assad tergelak kecil.
pemuda tersebut sudah salah sangka sebenarnya.
nak nikah apanya kalau dah kahwin.
mereka dah bersama pun semalam dan pagi tadi dan mungkin di waktu tengah hari nanti.
"minta maaf lah encik ye! sebenarnya kami berdua ni suami isteri! baru je kawin semalam! saya akui, saya bersalah kerana buat macam tu di tempat-tempat macam ni.
walaupun mungkin agak tersorok, tetapi walau macam mana pun saya tetap bersalah.
maafkan kami.
" waah! Syed Assad! you're awesome! you totally changed you know! puji hatinya.
padahal sebelum ni dia tengking orang yang sebegini.
dia tidak suka dinasihati.
itu pantang baginya.
baginya biarlah! masing-masing punya kubur! lalu sebuah senyuman penyesalan tersungging dibibir.
"laa ye ke? kami pun minta maaf la ye! biasanya suami isteri tak main kiss-kiss dalam kereta! masuk terus kat dalam bilik! baru aman! takde gangguan macam sekarang ni! sekali lagi kami berdua minta maaf! mungkin kerana. sudah banyak kes pasangan kekasih yang masih muda melakukan maksiat disini menyebabkan sesiapa yang ternampak perlakuan encik tadi juga akan beranggapan sama!" Syed Assad mengangguk.
lancang bibirnya mengukir senyuman ikhlas.
"sama-sama lah kita membanteras kejahatan encik!" seloroh Syed Assad.
Zaraa disisinya dipeluk makin erat.
bahu isterinya dielus-elus sayang.
kata-kata itu turut ditujukan kepada diri sendiri.
"oklah kalau macam tu, kami jalan dulu! oopss!! lupa pulak! oh ya, kalau dah berkeinginan sangat, bawaklah isteri kamu yang cantik tu masuk kat dalam hotel! taklah ada orang datang mengacau nanti!" sempat orang itu berseloroh.
tak senonoh betul! namun Syed Assad masih tersenyum.
malah sempat tergelak kecil.
itulah kisah hidup dia sebelum bertemu dengan isterinya.
malah tega membiarkan maksiat berlaku didepan mata tanpa ada sedikitpun rasa malu.
"Assalamualaikum!" "waalaikumussalam!" balas Syed Assad selepas mereka bersalaman.
waalaikumussalam balas Zaraa juga namun hanya diucapkan dalam hati.
tidak lama selepas itu kedengaran tawa Syed Assad yang kuat dari dalam kereta.
Zaraa memandang suaminya dengan wajah pelik.

Sumber:Internet