. sesudah menunaikan solat isyak secara berjemaah, syed Assad segera membawa Zaraa ke sebuah pantai yang disinari bulan mengambang penuh.
sepanjang perjalanan itu mereka hanya membisu.
tiada seorangpun yang bersuara.
syed Assad membelokkan keretanya disatu penjuru dan kemudian memberhentikan enjin keretanya.
malam ini syed Assad akan membuat perhitungan dengan isterinya.
dan akan dipastikan isterinya mempercayai kata-katanya.
"nak turun tak?" "ermm..." "sayang selesa duduk dalam kereta atau kat sana?" jari menuding pada bangku kosong yang terdapat ditaman tersebut.
"ikut abanglah..." Syed Assad mengangguk angguk.
" kita duduk ajelah kat dalam kereta ni! privasi lebih!" Zaraa tidak terasa hendak bergurau.
"okay!" nafas disedut bersama penghawa dingin.
wangian haruman yang dipakai oleh suaminya sangat menusuk hidung.
Syed Assad pulak menggumam bibir.
idea tiba-tiba hilang.
tiba-tiba berasa kekok.
masing-masing cuba menenangkan perasaan gemuruh.
lama mereka begitu.
" "hrmmm?" Zaraa paling wajah memandang seraut wajah gelisah suaminya.
syed Assad kematian kata-kata.
entah kenapa bibirnya boleh jadi membisu begitu sedangkan dari awal perjalanan mereka dia sudah merangka ayat-ayat yang bakal dinyatakan pada isterinya.
namun, semuanya sudah keciciran.
entah ke mana perginya ideanya sebentar tadi.
"abang..." lamunan syed Assad terbantut.
"kenapa sayang?" Zaraa meniupkan semangat kedalam dirinya.
apapun keputusan yang bakal suaminya putuskan selepas ini dia akan pasrah sahaja.
mungkin ini adalah satu ujian dalam perhubungan mereka yang baru sahaja berusia tiga minggu.
"apa yang abang nak bincang dengan Zaraa sebenarnya? boleh abang bagitahu?" syed Assad menarik nafas sedalam-dalamnya.
dia benar-benar seorang pengecut.
dia yang sepatutnya memulakan perbincangan mereka.
betapa baculnya dia sebagai seorang lelaki.
nama sahaja seorang doktor tetapi nak urus seorang isteri pun dia tidak lulus.
bismillah! " mata bertentangan ma Assad mengambil tangan isterinya lalu digenggam erat.
dibawa kemulut dan dikucup sayang.
sungguh dia sudah jatuh cinta pada isterinya ini.
satu perasaan yang tidak pernah dialami sebelum ini ketika bersama dengan perempuan ini.
"abang nak sayang tahu apa yang sayang dengar dari mulut Tasya tempoh hari adalah semuanya bohong sama sekali! abang tak pernah hamilkan perempuan tu and you have to believe me dear" luah syed Assad berterus-terang.
ada nada ketegasan dan pemaksaan disitu.
Zaraa hanya diam.
merenung jauh pada bulan mengambang.
benarlah kata pepatah, adakalanya hidup kita berada dibawah dan berada diatas.
mungkin sekarang ini mereka tengah berada dibawah roda itu.
entah bila agaknya hidupnya berada diatas roda itu.
perlahan dia menyedut nafas dalam-dalam.
mana mungkin dia akan mempercayai suaminya sebegitu cepat.
tetapi dia harus juga mempercayainya.
kenapa pulak? kerana lelaki itu adalah suaminya.
tapi arrrghh Zaraa membalas genggaman jemari suaminya.
"Zaraa tak tahu samada nak percayakan abang atau tak! maaf! Zaraa masih keliru.
tapi memang benar Zaraa sendiri dengar pengakuan tu dari mulut Tasya semasa hari persandingan kita minggu lepas! Zaraa tak tahu nak percayakan siapa dah!" mendatar sahaja suara Zaraa.
entahlah! hatinya masih lagi sakit dengan perangai suaminya petang tadi.
bukan niat untuk berdendam tetapi enta
Sumber:Internet