Gelap

Abang Superbike 10

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 10

. AHMAD FARID leka memerhatikan Safina yang sedang sibuk mengambil pesanan dari pelanggan.
Dari tadi matanya tak lepas memandang Safina.
Malam ini, dia bersendirian mengunjungi restoran itu.
Sejak kes hari tu, terasa dirinya dipulaukan oleh kawan-kawan sendiri.
baru padan muka.
Siapa suruh cari pasal.
Muka je hensem tapi perangai macam budak tak cukup akal.
"Order..." Safina memandang wajah Ahmad Farid dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Hampir tidak berkelip mata Ahmad Farid memandang wajah Safina yang mengukir senyum.
" Ahmad Farid cuba mengawal gugup.
Safina masih setia menanti.
"Bagi kopi ais.
" Akhirnya Ahmada Farkd membuat pesanan.
"Makan?" Ahmad Farid menggeleng.
"Okey.
" Safina baru saja memusingkan badannya untuk menghantar pesanan di kaunter.
"Boleh aku jumpa kau sekejap?" soal Ahmad Farid penuh pengharapan.
Safina pejam mata rapat.
'Apa lagilah mamat ni tak puas hati.
' Gerutu Safina dalam hati.
"Maaf saya tengah kerja.
Nanti bos saya marah.
" Ahmad Farid tersenyum kelat.
Terasa seakan perlian kata-kata yang keluar dari mulut Safina.
"Tak apa.
Aku tunggu sampai kau habis kerja.
" Wajah Safina berubah cemberut.
Dia lantas menghayut kaki menuju ke kaunter.
Setelah bercakap beberapa ketika dengan pekerjanya, apron yang tersarung di badannya di sangkut di dinding.
Langkah kaki diatur menuju ke arah Ahmad Farid.
Dia tidak betah membiarkan Ahmad Farid menanti sehingga restorannya tutup.
Gila nak bagi mamat sewel ni tunggu sampai empat jam.
Haru biru dibuatnya nanti.
Kerusi di depan Ahmad Farid ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.
Ahmad Farid ukir senyum saat melihat Safina duduk di situ.
"Ada apa?" soal Safina mendatar.
"First sekali aku nak minta maaf sebab selalu cari pasal dengan kau.
Aku harap kau dapat maafkan aku.
" Safina berdecit mendengar kata maaf yang keluar dari mulut Ahmad Farid.
"Bro, nak maafkan tu memang senang.
Petik jari pun aku boleh maafkan kau.
Tapi, nak lupakan apa yang kau dah buat kat aku, kau ingat semudah petik jari?" Wajah Safina kelihatan serius.
Dia bukanlah sejenis yang berdendam.
Apatah lagi orang tuanya sering mengajarnya untuk memaafkan sesiapa saja.
Tak kiralah besar mana pun kesalahan orang tu.
Lagi pun, bukan tugas manusia menjatuhkan hukum.
Biarlah apa pun Allah yang membalas.
Setiap perbuatan baik mahu pun buruk, pasti akan mendapat balasan dari Allah.
Dia telah terdidik begitu.
"Aku tahu bukan senang kau nak maafkan aku.
Tapi aku harap sangat kau dapat maafkan aku.
Aku tak minta kau lupakan apa yang aku dah buat pada kau sebab aku tahu apa yang aku buat tu memang sukar untuk dimaafkan atau apatah lagi dilupakan.
" Ada mendung di wajah Ahmad Farid.
'Aduh mamat ni.
Boleh pula buat ayat pasrah.
' Safina mengomel dalam hati.
Namun sedetik, dia tetap bersyukur kerana Ahmad Farid tidak terus menerus menjulang ego.
Terdetik rasa bangga di hatinya.
"Aku maafkan kau.
Tapi kalau sekali lagi kau cari pasal dengan aku, takde maaf bagi mu.
Deal?" Ahmad Farid memandang Safina tak berkelip.
Benarkah apa yang didengarinya.
"Alamak... apahal pandang aku macam tu?" Safina mula tidak selesa.
Ahmad Farid tersengih sambil menggosok belakang tengkuknya.
"Ada apa-apa lagi tak? Aku nak sambung kerja ni.
Nanti kalau bos aku nampak, dia potong gaji aku.
" Ahmad Farid tersengih mendengar kata-kata Safina.
"Ada.
Aku akan bayar kos repair motor kau.
" Wajah Safina berubah.
Dia berdecit.
"Lecehlah kau ni.
Tak payahlah.
Aku settle sendiri je nanti.
" Ahmad Farid tersengih.
Namun dia cuba untuk mengikut rentak Safina.
"Tak apa.
Gaji kau berapalah sangat.
Nak bayar duit motor lagi.
Nak repair lagi.
Nanti kesian parents kau.
" Buntang mata Safina mendengar jawapan dari Ahmad Farid.
Ai malas mahu berterusan begitu.
Safina angkat punggung.
Ahmad Farid ketawa kecil melihat tingkah Safina.
"Apahal?" soal Wawa sebaik saja Safina mengambil alih tugas di kaunter pembayaran.
"Dia minta maaf.
Lepas tu dia cakap dia tanggung semua kos kerosakan motor aku.
" Wawa jungkit kening.
"Buang tabiat ke mamat sewel tu?" Safina ketawa mendengar soalan Wawa.
"Entah.
Cuba kau pergi tanya.
" Safina memandang Wawa.
" tak kuasalah aku.
Kalau aku pergi sana, aku cabaikan mulut dia tu.
" Safina ketawa mendengar amarah Wawa.
"Fie, esok aku nak gerak balik kampung.
" Safina jungkit kening.
"Aik... tetiba je.
Apa kes?" Jarang Wawa pulang ke kampung secara mengejut.
Pasti ada hal yang berlaku di sana.
"Adik aku buat hal.
Kau bukan tak tahu budak Man tu macam mana.
I ikut hati aku ni, memang aku rembat je dia.
" Wawa memuntahkan isi hatinya.
nampak je lembut Wawa ni.
Tapi boleh tahan brutal.
Janganlah cari pasal.
Silap hari bulan, melekat kayu hoki dekat kepala.
"Ala... aku tak boleh follow.
Esok aku ada deal dengan Sham.
Dia nak buat konvoi ke rumah orang-orang tua.
" Wawa tersengih.
"Esok kau bawalah kereta aku tu.
" Wawa mencebik.
Motor pun kat bengkel lagi.
Ada hati nak suruh orang bawa balik kereta dia.
"Dah tu kau nak gerak macam mana esok?" soal Wawa tak puas hati.
"Oh... aku? Kau janganlah risau.
Aku pinjam motor Boy.
Kalau dia tak bagi, aku potong gaji dia.
" Safina ketawa besar.
"Oi... mana aci macam tu.
" Mereka berpaling melihat Boy yang berada di belakang mereka.
Safina tersengih macam kerang busuk.
"Apa sengih-sengih? Mentang-mentang bos, boleh pula nak main ugut-ugut macam tu eh?" Mereka sama-sama ketawa.
Kepala Boy ditepuk dari belakang.
"Sakitlah Fie.
Kau ni kan, lelaki malang manalah dapat kau jadi bini nanti.
" Buntang mata Safina mendengarnya.
Wawa pula ketawa besar melihat wajah Safina.
"Ni aku nak bagitahu.
Sham call petang tadi.
Tempat meeting tukar dekat sini.
Pukul tiga petang esok.
" Boy menerangkan tujuan kedatangannya ke situ.
" cantik.
" Safina angkat kedua ibu jarinya.
Boy geleng kepala.
Siapalah nak percaya Safina owner tempat ni kalau dah perangai masuk air macam tu.
Namun, Boy tetap kagum dengan sikap rendah diri Safina.
Tanpa mereka sedar, Ahmad Farid mendengar setiap bait bicara mereka.

Sumber:Internet