Gelap

Abang Superbike 11

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 11

. SHAM leka memerhatikan Safina menyediakan meja untuk mesyuarat mereka.
Mesyuarat yang akan diadakan tepat jam tiga petang itu akan disertai seramai sepuluh orang yang akan mengendalikan kerja amal mereka di rumah orang-orang tua yang terletak di Kulim, Kedah.
Dia sengaja tiba awal dari yang dirancang demi membantu Safina.
Namun niatnya terbantut apabila persiapan telah pun hampir seratus peratus siap.
"Awal kau, Sham.
Selalu kau yang paling lambat.
" Sham garu kepala yang tidak gatal.
"Suzan mana? Tak join sama ke?" Safina menyoal apabila melihat Sham yang hanya tersengih.
Kebiasaannya mereka akan berkepit berdua.
Maklumlah couple of the year.
"Tak.
Kali ni dia handle event kutipan dana.
So, dia dengan team dia akan bergerak ke tempat lain.
" Safina hanya mengangguk.
Sudah lebih sebulan dia tak bertemu dengan Suzan.
Rindu benar dia dengan gadis becok itu.
"Fie, kau nak join championship tak?" Safina memandang Sham.
Matanya mula kelihatan bundar.
Kerusi di depan Sham ditarik lalu dia melabuhkan duduk.
Sham tersenyum melihat reaksi Safina.
"Macam ni, tempat kerja aku akan buat perlumbaan antara motor besar dekat Malaysia ni.
Ala-ala MotoGP tu.
" Melopong mulut Safina mendengarnya.
"Tapi, untuk masuk perlumbaan ni kau kena buat saringan dulu.
" Safina mengangguk.
"Memanglah kena buat saringan dulu.
Kalau main terjah je masuk, mau penuh litar nanti.
" Selamba je Safina menjawab.
"Yelah.
Tapi perlumbaan kali ni lain sikit.
Terbuka.
Maknanya kau akan bersaing dengan lelaki sama.
" Makin lebar senyum Safina.
"Okey.
Aku join.
" Tanpa berfikir panjang, Safina memberi jawapan.
"Dah ada team ke?" Safina garu kepala.
"Ala... small matter bro.
Boy kan ada.
" Ketawa Safina meletus.
Sham tepuk dahi Safina.
"Kau ni kan, banyak mainlah.
" Safina menggosok dahinya yang terasa perit.
Gurau kasar nampak mamat ni.
"Betullah aku cakap.
Boy kan ada.
Bebudak dia ramai je yang boleh harap.
Kenapa nak pandang serong sangat? Kalau dah memang diorang ada kelebihan, kenapa susah sangat nak akui?" Safina mulai serius.
"Tak apalah.
Nanti kita bincang lagi pasal ni.
" Safina angkat punggung apabila kelihatan beberapa orang dari ahli kelab mereka yang mula munculkan diri.
"Wooo semua dah setting.
Pantas kau, Fie.
" Teguran dari Hanif hanya dibalas senyuman kecil.
"Korang ambil tempat dulu.
Aku nak pergi belakang kejap.
" Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas.
Ada lebih kurang dua puluh minit lagi sebelum mesyuarat bermula.
Dia perlu pastikan semua juadah telah tersedia.
Menu yang dipilih untuk mesyuarat hari ni, bihun goreng singapore, kuih seri ayu, kuih kaswi, karipap, apam polkadot dan juga roti jala.
Air pula dia menyediakan air tea o panas, kopi panas dan juga jus oren.
Menu petang itu ditanggung sepenuhnya oleh Safina.
Apalah sangat untuk menjamu sepuluh orang tu.
Tak luak mana pun.
"Jun, nanti bil masukkan dalam akaun saya ye.
" Jun hanya mengangguk mendengar arahan Safina.
Sungguh pun restoran itu dia yang punya, setiap kali makan dan minum pasti akan dibayar.
Kalau tak, ranaplah bisnes yang diusahakan selama ni.
Mana nak tarik modal, nak bayar kos upah, utiliti lagi.
Apatah lagi dia dalam perancangan untuk membuka satu lagi cawangan.
Lokasi masih lagi belum dikenal pasti.
Jadi dia harus bijak merencana semuanya.
Tuan Lukman juga maklum akan hasratnya untuk membuka satu lagi cawangan.
Ideanya mendapat sokongan penuh dari Tuan Lukman.
Cuma dia perlu mencari tempat yang sesuai.
Tepat jam tiga petang, ruangan yang menempatkan meja mesyuarat itu penuh.
Sememangnya restoran itu mempunyai satu ruang tertutup dimana boleh diadakan mesyuarat yang menempatkan lebih kurang tiga puluh orang dalam satu masa.
"Assalamualaikum dan selamat petang.
Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat hari ini.
" Hanif selaku pengerusi kelab memulakan bicara.
"Ini merupakah mesyuarat pertama pada tahun ni.
Sebagai pembuka aktiviti amal kita tahun ni, kami beberapa orang AJK telah sepakat memilih rumah orang-orang tua di Kulim, Kedah.
Ada sesiapa yang ingin membuat bantahan?" Hanif terdiam seketika untuk memberi ruang kepada yang lain bersuara.
"Okey kalau tak ada sebarang bantahan, saya akan teruskan ke agenda yang seterusnya.
Aktiviti akan diadakan lagi dua minggu dari sekarang.
Sham dah pun contact pihak pengurusan dekat sana.
Jadi Sham tolong maklumkan tarikh pada mereka nanti.
" Sham hanya mengangguk seraya mencatit sesuatu di dalam buku notanya.
"Jumaat, jam tiga petang semua akan berkumpul di sini.
Jadi yang lelaki sempat pergi solat jumaat dulu ye.
Jangan bagi alasan nak skip.
Aku hempuk kepala sorang-sorang nanti.
" Yang lain turut ketawa mendengar amaran Hanif.
"Suzan and the team akan uruskan homestay.
Kutipan dana juga mereka yang uruskan.
Untuk aktiviti yang akan dilakukan kat sana, saya serahkan pada Sham untuk terangkan.
" Hanif memandang Sham yang sedang enak mengunyah kuih kaswi.
Melihat tenungan Hanif, Sham cepat-cepat menelan kuih yang berada dalam mulutnya.
Mujur tak mati tercekik.
"E Sham cuba membetulkan suaranya menghilangkan rasa gugup.
"Aktiviti kita kat sana nanti, kita akan mulakan dengan aktiviti mengecat kerana bangunan di sana dah mula lusuh.
Aku juga bercadang untuk bina satu pondok berdekatan taman riadah di sana.
" Sham menunjukkan beberapa keping gambar kepada yang lain.
"Kita juga akan menggantikan semua tilam di sana memandangkan tilam-tilam yang digunakan juga telah nipis.
Seterusnya kita akan pecahkan beberapa orang untuk masak menu makan tengah hari di sana nanti.
Segala keperluan akan diuruskan oleh Safina.
" Sham memandang Safina yang kelihatan tenang.
"Bahagian taman pula akan di ketuai oleh Puteri.
Tugas kita untuk menceriakan lagi kawasan rumah orang-orang tua dan juga beramah mesra dengan mereka.
Okey.
Itu je buat masa ni.
" Sham mengakhiri penerangannya.
"Berapa orang akan join kali ni?" Soal Puteri.
Dia ingat kali terakhir mereka lakukan kerja amal, tak sampai dua puluh orang pun yang turut serta untuk menyumbang tenaga.
"Setakat ni lima belas orang.
" Puteri mengeluh mendengar jawapan Hanif.
Bab-bab menyumbang tenaga memang ramai yang suka mengelat.
Kalau lakukan aktiviti santai, pasti ramai turut serta.
"Aku ada idea.
" Safina bersuara.
Semua mata tertumpu pada Safina.
"Macam yang korang tahu, restoran dan galeri aku ni memang jadi tempat budak-budak superbike datang.
Apa kata kalau kita letak satu bunting? Selain mencari sukarelawan, kita juga boleh kumpulkan dana.
Tapi untuk ni, aku perlukan sorang yang boleh jaga.
Kira macam buka booth la dekat sini.
Amacam?" Safina menjungkitkan keningnya.
Meminta pendapat dari yang lain.
"Bagus dah idea kau ni Fie.
Bab jaga booth tu, kau tak payahlah suruh sesiapa sebab memang aku yang akan kena nanti.
" Selamba Cici berkata-kata mengundang ketawa mereka yang lain.
"Kau kan suka jual muka.
" Merah padan muka Cici mendengar sindiran Sham.
"Kau ni memang tak sayang mulut, kan? Nak aku sumbat dengan piring ni tak?" Cici mula angkat piring di depannya.
Sham kalau bab mengenakan Cici memang dia champion.
Tapi dialah yang paling kuat sentap.
Tak padan dengan lelaki.
"Dah.
Tak payah gaduh.
Kang aku kahwinkan dua-dua baru tahu.
Yang lain jemput makan.
Kalau layan dorang ni, sampai bila-bila tak habis.
" Akhirnya Safina bertindak menghentikan pertengkaran kecil itu.
"Aku keluar kejap.
Nak tengok krew aku kejap.
" Safina terus berlalu meninggalkan mereka.

Sumber:Internet