Gelap

Abang Superbike 14

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 14

. KESEMUA ahli yang terlibat untuk konvoi amal mula berkumpul di Restaurant Boyish and Gallery's.
Safina juga telah bersiap sedia.
Wawa hanya memerhati mereka yang lain berkumpul.
  Sudah menjadi kebiasaan, Wawa tidak akan turut serta kerana dia akan membantu Safina memantau krew sepanjang ketiadaannya.
"Kau dekat sini, jaga diri baik-baik.
Kalau apa-apa hal call aku cepat-cepat, okey?" Sempat Safina menitip pesan kepada Wawa.
Wawa sekadar mengangguk.
Faham sangat dengan sikap over reacting Safina.
Kadang tu luka sikit je pun, serupa kena tikam dia layan.
Lepas ni memang menanahlah telinga Wawa dibuatnya.
Mau sejam sekali call.
"Eh... mamat poyo tu pun join sekali ke?" Wawa menjuih bibirnya ke arah Ahmad Farid yang berada tidak jauh dari mereka.
Hampir melopong mulut Safina melihat kehadiran Ahmad Farid and the gang di situ.
"Aduh... apa pula dia buat dekat sini?" soal Safina tak puas hati.
Apatah lagi melihat mereka rancak berbual bersama Sham.
"Ala... apa susah.
Pergilah tanya.
" Wawa memberi usul.
Safina mencebik.
Memang taklah dia nak pergi tanya.
Penyudahnya, dia segera menyarung jaket pada tubuhnya.
Begnya digalas atas bahu.
Mereka akan bergerak dalam masa lima minit lagi.
Kedatangan juga telah diambil untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal.
Syukur kali ini sambutan agak ramai.
Sebanyak tiga puluh biji motorsikal berkuasa tinggi yang terlibat dan dua puluh darinya double riders.
Safina melangkah menghampiri motosikalnya.
Dari jauh Ahmad Farid memerhatikan langkah Safina.
Entah mengapa dadanya berdebar laju saat memandang Safina.
Sejujurnya hatinya tidak keruan setiap kali dia berhadapan dengan Safina.
Adakah ini yang dinamakan cinta? Jika ya, dia tidak akan malu untuk mengakuinya.
Adakalanya dia terfikir adakah disebabkan rasa cinta yang tumbuh di dalam hatinya membuatkan dia sering sahaja mencari pasal dengan Safina.
Senyuman dilemparkan namun, Safina sedikit pun tidak membalas sebaliknya hanya jelingan tajam yang diterima.
'Wow... garang tak sudah minah ni.
Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku.
Aku takkan lepaskan kau.
' Monolog Ahmad Farid.
"Oi... macam nak tembus dah kau pandang anak dara orang tu.
" Ikram mengusik.
Sejak kes Ahmad Farid bergaduh dengan Safina, lelaki itu kelihatan seperti angau.
Duduk pun serba tak kena.
Apatah lagi lepas Safina melayan lakonan Ahmad Farid untuk menyakitkan hati Shaza.
Safina memanjat Ducati 797 miliknya.
Diusap lembut sambil tersenyum.
Ini adalah kesayangannya yang hanya digunakan ketika menyertai konvoi.
Dalam setahun pasti akan ada lima ke enam kali konvoi yang akan dilakukan oleh ahli kumpulan mereka.
Sham akan bertindak sebagai Zero Marshal atau dipanggil leader dan Hanif akan bertindak sebagai Control Marshal.
 Safina? Ai Minah ni jangan di tanya kalah lelaki.
Apa je yang lelaki buat, katanya perempuan pun boleh buat.
Selalunya Safina akan bertindak sebagai sweeper tapi pada kali ni, dia akan back marker marshal atau dipanggil last man.
"Semua dah ready ke?" soal Sham kepada Hanif.
Melihat yang lain telah bersedia dengan motor masing-masing, Sham turut memanjat motornya.
Bacaan doa didahulukan sebelum memulakan perjalanan.
Perjalanan mereka mengambil masa lebih kurang lima jam dan sepanjang perjalanan itu, mereka akan berhenti di beberapa R&R untuk berehat seketika.
  Ketika mereka berhenti berehat di R&R Sungai Perak, Ahmad Farid menghampiri Safina yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.
"Hai," sapa Ahmad Farid.
Safina jungkit kening sebelum kembali memandang skrin telefon.
"Nah..." Sebotol 100plus dihulurkan kepada Safina.
Berkerut dahi Safina melihat minuman itu.
"Ambillah.
Aku belanja.
Kau tak haus ke panas-panas ni?" Ahmad Farid masih cuba memancing Safina untuk berbual.
Safina menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam poket jaket.
"Aku kurang minum manis.
Aku memang standby air mineral.
" Safina menunjukkan botol mineral yang terletak di poket beg galasnya.
"Oh..." Jelas terpancar riak hampa di wajah Ahmad Farid.
"Tapi disebabkan kau kata kau belanja aku, jadi air ni aku punya.
" Safina segera mencapai botol 100plus yang berada di tangan Ahmad Farid.
Dia tersenyum manis sebelum meneguk sopan minuman itu.
Ahmad Farid tergamam.
Bagai dipukau melihat senyuman Safina.
"E Ahmad Farid berdehem untuk menghilangkan rasa gugupnya.
Safina buat wajah selamba.
Bukan dia tidak perasan bagaimana Ahmad Farid merenungnya tadi.
Namun, dia lebih selesa buat tak tahu.
"Aku harap sangat kita boleh jadi kawan.
" Safina terkaku.
Entah mengapa Ahmad Farid tidak putus meminta agar mereka dapat dapat menjalinkan persahabatan.
Dia mengeluh lembut.
"Aku tak pernah memilih kawan.
Tapi kalau kau cakap aku lesbian lagi, aku penggal kepala kau.
Kesian dekat Wawa.
Kalau boyfriend dia dengar, tak jadi masuk meminang pula nanti.
" Selamba Safina menutur membuatkan Ahmad Farid dihimpit rasa bersalah.
"Sorry.
Aku salah anggap selama ni.
" Safina tersenyum pahit.
"Tak ada hallah.
Benda kecil je pun.
Lagi pun bukan kau sorang yang cakap kitorang macam tu.
Ramai je.
Cuma aku ni jenis malas nak ambil pusing.
Mulut orang bukannya mulut tempayan aku boleh tutup dengan dulang.
" Safina ketawa sendiri.
Cuba untuk mengusir rasa bersalah di hati Ahmad Farid.
"Dah nak gerak ni.
" Safina melihat jam dipergelangan tangannya.
Masa lima belas minit yang diberikan telah tamat.
Mereka perlu bergerak agar sampai sebelum lewat malam.
Kalau lama sangat berehat, boleh lari program yang telah mereka tetapkan.
Mereka perlu sampai di homestay sebelum jam sepuluh malam.
* * * * * * * * * * Nota Kaki : Sorry sebab lama tak update.
Terima kasih pada yang setia menanti.
Saya betul-betul sibuk.
Tambahan pula sejak dua menjak ni kesihatan sedikit terganggu.
Doakan saya terus kuat ye.

Sumber:Internet