. SHAZA tersenyum manis.
Lenggoknya persis model yang sedang beraksi di atas pentas peragaan menarik perhatian lelaki berhidung belang.
Kembang kempis hatinya bila menjadi perhatian orang.
Sampai saja di depan pejabat Ahmad Farid, dia ditahan oleh setiausaha lelaki itu.
"Maaf cik.
Cik tak boleh masuk tanpa temujanji.
" Wajah yang tadinya manis berubah merah padam menahan marah.
"I nak jumpa tunang I.
You siapa nak halang I masuk.
Jangan sampai I suruh tunang I pecat you.
" Shaza mengugut geram.
Dia cukup pantang andai kehendaknya disekat.
Apatah lagi oleh orang bawahan seperti gadis itu.
Linda tersenyum sinis.
Sedikit pun tiada rasa gentar di hati.
Bukan dia tidak kenal siapa Shaza.
Gadis yang terhegeh-hegeh menarik perhatian bosnya.
Namun, sedikit pun lelaki itu tidak tergoda.
"Kalau cik berkeras juga, saya akan panggil security.
Lebih baik cik beredar sekarang.
" Linda bertegas.
Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Shaza tidak dapat tembus masuk ke bilik Ahmad Farid.
Itu satu arahan yang cukup jelas ditelinga Linda.
Pernah dia dimarahi oleh Ahmad Farid kerana membiarkan Shaza masuk hanya kerana gadis itu memberi alasan bahawa dia ingin membuat kejutan kepada Ahmad Farid dengan mengakui dirinya sebagai tunang jejaka idaman malaya itu.
Akibat mempercayai kata-kata Shaza, satu hari dia terpaksa berdepan dengan sikap moody bosnya.
Keesokan hari barulah Ahmad Farid memberitahu bahawa Shaza bukan tunangnya dan memintanya supaya tidak membenarkan Shaza melangkah masuk ke pejabatnya tanpa sebarang temujanji.
"Berani kau nak halau aku? Tak sedar diri kau, kan? Kau memang tak takut kena pecat?" Shaza masih lagi angkuh dengan kata-katanya.
Linda tersenyum sinis.
Tangannya segera mencapai ganggang telefon lalu menghubungi pengawal keselamatan ditingkat bawah.
"Kita tengok siapa yang tak sedar diri ya.
Saya nak tahu juga sejauh mana pengaruh cik boleh buat saya kena pecat.
" Linda tersenyum sinis melihat wajah Shaza yang menahan api kemarahan.
" Pak Jabit, Abang Ali.
Tolong tunjukkan cik ni jalan keluar.
" Linda terus berkata sebaik saja melihat kedua-dua pengawal keselamatan itu menghampiri mejanya.
Shaza mula hentak kaki tak puas hati.
"Aku akan pastikan kau menyesal.
" Jari telunjuknya sempat menunjal kepala Linda sebelum berlalu pergi.
Linda tersenyum sinis.
'Dasar perempuan gila.
' Sempat lagi Linda mengutuk sebelum kembali ke mejanya.
Kerja yang tergendala tadi disambung semula.
"Linda..." jerkahan Ahmad Farid membuatkan Linda bersilat.
Ahmad Farid ketawa geli hati.
Bukan dia tak tahu Linda ada penyakit melatah.
Adakalanya dia sengaja mengusik Linda.
" Ahmad Farid berhenti ketawa apabila melihat wajah serius Linda.
"Encik Farid ni suka tau buat saya macam ni.
Kalau saya tumbuk muka Encik Farid masa saya tengah melatah, jangan salahkan saya pula ye.
" Berubah raut wajah Ahmad Farid ketika itu.
Linda bukan gadis biasa.
Pemegang tali pinggang hitam.
Tak sanggup rasanya merasa tumbukan Linda.
"Minah gila tu nak apa?" soal Ahmad Farid apabila melihat Linda kembali tenang.
Linda jungkit kening memandang Ahmad Farid.
"Aik... dah terpikat ke?" usik Linda.
Berkerut wajah tampan itu dengan soalan Linda.
"I minta simpang malaikat empat puluh empat.
Saya ni memang nakal.
Tapi kalau perangai tergedik-gedik macam tu, memang taklah nak buat jadi bini.
Geli geleman saya, tahu tak?" Ahmad Farid menarik kerusi di depan Linda lalu menghenyakkan punggungnya.
"Dia nak jumpa tunang dia.
" Senjaga Linda menekankan perkataan tunang tu.
Tergeleng kepala Ahmad Farid mendengarnya.
"Lepas tu dia ugut saya, nak suruh encik pecat saya.
Kalau encik pecat saya sebab dia, saya akan bawa perkara ni ke pejabat buruh.
" Melopong mulut Ahmad Farid mendengarnya.
Sumber:Internet