Gelap

Abang Superbike 2

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 2

. AHMAD FARID duduk melengu di beranda rumah.
Sehari suntuk tidak kemana membuatkan otaknya tepu.
Jam dipergelangan tangan dijelingnya sekilas.
Kalau diikutkan sepatutnya sekarang ni dia dan The SB Boyz sedang berkumpul di Shell Jalan Tun Razak.
Mereka telah berjanji untuk konvoi ke Krabi, Thailand.
Namun rancangannya tergendala apabila dia diminta oleh papanya, Tan Sri Aiman untuk berada di rumah kerana mereka sekeluarga akan menerima kunjungan tetamu dari jauh.
Jika tidak mengenangkan betapa hormatnya dia kepada tetamu yang hadir pada hari ini, tidak mungkin dia terperuk di rumah.
Iphone 12 pro max yang diletakkan atas meja kopi dicapai.
Tangan ligat menekan skrin telefon.
Sesekali dia tersenyum sendiri.
Mengalahkan orang angau.
Namun tak sampai sepuluh minit, dia mengeluh bosan.
"Hai mengeluh nampak? Kenapa?" Ahmad Farid segera menoleh kearah suara itu.
Keluhan berat dilepaskan.
'Semua salah kaulah.
' Namun kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hati.
"You bosan eh? Jom kita keluar.
I teringin nak naik superbike you tu.
" Ahmad Farid mencebik.
Malas mahu melayan gadis itu.
Gediknya dari dulu sehingga kini tak pernah berubah.
"Sorry, I tak bawa perempuan naik motor I.
Bakal isteri I je yang boleh naik.
" Sengaja Ahmad Farid menekankan perkataan bakal isteri.
Shaza tersenyum manis.
"I kan bakal isteri you.
" Melopong terus mulut Ahmad Farid.
Dia segera berdiri.
"Look, I tak pernah ada hati pun pada you.
Boleh tak jangan nak perasan.
Jadi perempuan tu tolong mahal sikit.
Jangan murah sangat macam pisang goreng tepi jalan.
" Ahmad Farid terus melangkah meninggalkan Shaza sendirian di situ.
Shaza mencebik seraya menjungkit bahu.
kata-kata Ahmad Farid sedikit pun tidak terkesan di hatinya.
Sedikit pun dia tidak peduli.
Apa yang penting, dia akan pastikan Ahmad Farid menjadi miliknya.
Shaza tersenyum sinis.
'We'll see who gonna win this game, Farid.
You will be mine.
' Shaza sangat yakin.
Semakin Ahmad Farid mengelak, semakin dia suka.
Apatah lagi orang tua mereka pernah merancang untuk menjodohkan mereka.
Kuno? Dia tak peduli semua itu.
Yang penting dia perlu dapatkan Ahmad Farid bagi menjamin kesenangan hidupnya dikemudian hari.
Mana mungkin dia menerima lelaki sebarangan dalam hidupnya.
Apatah lagi lelaki dari bukan golongan ada-ada.
Dia bukan tak ada rupa.
Tubuhnya langsing.
Kulitnya putih mulus.
Mana mungkin Ahmad Farid akan berterusan menolaknya.
Belum pernah ada lelaki yang tidak tewas dengan godaannya.
Dia sungging senyum sebelum berlalu masuk ke dalam mengekori langkah Ahmad Farid.
Dalam hati bernyanyi riang.
Ahmad Farid melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.
Riuh rendah kedengaran suara orang tuanya serta orang tua Shaza bersembang di meja kopi di tepi taman mini milik ibunya langsung tidak di hiraukan.
Siaran HBO di buka.
Namun sedikit pun tidak menarik minatnya.
Lemas dengan situasi yang membosankan, akhirnya Ahmad Farid terus melangkah masuk ke dalam bilik.
Pintu bilik di tutup rapat sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
Segar terasa badannya apabila selesai membersihkan diri.
Seluar jeans Levi's dan T-shirt Polo berwarna hitam disarungkan ke tubuhnya.
Perfume Dunhill Blue disembur ke tubuhnya lalu dia mencapai pula jaket kulit berwarna hitam lantas disarung kemas ke tubuh.
Helmet full face, kunci motor serta beg sandangnya yang terletak di atas mejanya dicapai sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Tanpa sebarang pamitan, Ahmad Farid terus mendapatkan superbikenya.
Masih sempat lagi untuk dia mengejar konvoi yang baru saja bertolak menuju ke Krabi.
Shaza yang melihat Ahmad Farid meninggalkan perkarangan banglo itu mengetap bibir.
Sakit hati dengan tindakan dan sikap Ahmad Farid yang langsung tidak mahu mengendahkannya.
"Aunty tengoklah Farid tu.
Langsung tak pedulikan Shaza.
" Shaza mula merengek manja di hadapan Tan Sri Aiman dan Datin Sri Suraya.
"Farid ada janji dengan kawan-kawan dia.
Itu pun dah lambat.
Sepatutnya jam dua tadi dia dah bertolak ke Krabi.
" Datin Sri Suraya cuba untuk memujuk Shaza.
Entah mengapa dia sedikit rimas dengan sikap Shaza yang terlalu mengada-ngada.
Makin hari, makin menjadi.
Mujur saja rancangan mereka dulu tidak diteruskan.
Jika tidak, dia pasti Ahmad Farid akan menolak mentah-mentah.
Bukan dia tak kenal dengan anak bujangnya yang sorang tu.
Cukup pantang apabila perlu berdepan dengan perempuan yang mengada dan gedik.
Adiknya sendiri telah diberi amaran agar tidak terlalu manja dan menggedik.
Dia sebagai ibu bersyukur apabila Ahmad Farid tumbuh sebagai seorang anak yang boleh diharapkan.
Shaza tarik muka tak puas hati dengan kata-kata Datin Sri Suraya.
Kakinya dihentak kuat sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Buntang mata Datin Sri Suraya dengan sikap Shaza.
Mengucap panjang dia dibuatnya.
"Shaza memang macam tu.
Manja dari dulu.
Bila besar ni, makin menjadi pula," jelas Puan Diana.
Dato Sri Aiman dan Datin Sri Suraya saling berpandangan.
Hanya mereka yang tahu erti pandangan mereka.

Sumber:Internet