. ALEESYA sungging senyum apabila melihat kereta papanya berada di garaj.
Tanpa membantu Ahmad Farid memunggah bagasinya dari bonet kereta, Aleesya segera berlari masuk ke dalam rumah bagaikan anak kecil.
"Mama... Suaranya yang ceria bertukar kendur apabila melihat figura yang turut sama menonton televisyen bersama mama dan papanya.
Ahmad Farid yang baru muncul di depan pintu sungging senyum.
Jika tidak disebabkan Aleesya, memang dia tak jejak kaki ke situ.
Rela dia bermalam di kondonya.
Mujurlah kondanya itu sentiasa dibersihkan.
Jadi tak ada masalah jika dia ingat bermalam di sana pada bila-bila masa.
Lagipun ada ketikanya dia akan menghabiskan melepak di sana bersama rakan-rakannya.
"Surprise, kan baby?" Ahmad Farid tersenyum mengejek melihat wajah cemberut Aleesya.
Aleesya menghadiahkan jelingan maut buat Ahmad Farid.
Tanpa mempedulikan figura itu, Aleesya memeluk erat mama dan papanya.
Tingkah lakunya hanya diperhatikan dengan penuh meluat oleh figura di belakangnya.
"Bertuah punya anak.
Kenapa tak bagitahu nak balik?" Datin Sri Suraya mula membebel.
Namun tangannya masih memeluk kejab tubuh genit anak gadisnya.
"Baby rindu sebab tu baby balik.
Apa perempuan ni buat dekat sini?" Soalan Aleesya mendapat cubitan dari Datin Sri Suraya.
Soalan Aleesya turut membuatkan telinga figura itu merah menahan geram.
"Are you back for good?" Sengaja Tan Sri Aiman menyoal mematikan soalan dari Aleesya.
"Ofcouse pa.
I'm back for good.
" Jelas terpancar kegembiraan di wajah tua itu mendengar kata-kata Aleesya.
Kedua-duanya memanjatkan kata syukur.
Mereka sudah tidak betah lagi berjauhan dengan anak gadis mereka.
Sungguh pun Aleesya merupakan anak gadis yang manja, namun dia lebih memilih untuk hidup berdikari.
Menimba pengalaman nun jauh disebarang lautan.
"Baby dah makan ke?" Tan Sri Aiman menyoal.
Mereka masih lagi kenyang selepas menghadiri majlis hi-tea bersama Dato Borhan tadi.
"Sudah.
Kenyang sangat.
Abang bawa baby singgah makan.
Mama dengan papa pun patut cuba makan dekat sana.
Makanan dia sedap gila.
Cukup rasa.
Tak ada yang kurang.
Nanti mama, papa boleh jumpa dengan bakal menantu.
" Sengaja Aleesya menekan perkataan bakal menantu.
Ahmad Farid awal-awal lagi telah naik ke bilik.
Kalau dia ada ni, memang kenalah Aleesya.
Bertaup kening kedua orang tuanya mendengar kata-kata Aleesya.
"Abang dah ada calon isteri ke?" soal Tan Sri Aiman teruja.
Datin Sri Suraya juga inginkan kepastian.
"Haah.
Baik sangat.
Yang penting tak gedik.
Baby ada sembang dengan dia tadi.
Baby salute sangat dekat dia.
" Kata-kata Aleesya menarik minat Datin Sri Suraya untuk mengetahui lebih lanjut.
"Esok baby bawa mama pergi sana.
Papa, baby nak rest dalam seminggu dulu ye baru masuk pejabat.
" Sempat Aleesya mengenyit mata pada Tan Sri Aiman.
Tergeleng kepalanya mendengar permintaan Aleesya.
"Ma, baby naik atas dulu nak mandi.
Papa, pastikan papa sentiasa bersama mama ye.
Baby pula rasa malu duduk dekat sini.
" Aleesya segera bangun dan berlalu pergi meninggalkan mereka di ruang tamu.
"Uncle apa ni? Kata nak jodohkan Shaza dengan Farid.
Ni tiba-tiba pula ada bakal isteri.
" Suara Shaza kedengaran keras.
Datin Sri Suraya menarik nafas panjang sebelum dilepaskan perlahan.
Tiga hari lepas dia terpaksa berdepan dengan amukan Ahmad Farid kerana membenarkan Shaza menginap di situ.
Penyudahnya Ahmad Farid membuat keputusan menginap di kondonya yang terletak berhampiran pejabat.
Katanya itu lebih baik untuk mengelak perkara buruk yang berlaku.
Apatah lagi pakaian yang dikenakan Shaza sangat tidak bersesuaian untuknya.
Sebelum perkara tak diingini berlaku, dia mengambil langkah mencegah.
"Kami tak pernah janji untuk jodohkan kamu berdua.
Memang aunty dengan uncle pernah cakap perihal kamu berdua.
Itu pun seandainya kedua belah pihak setuju.
Maksud kedua belah pihak tu, bukanlah kami.
Sebaliknya tuan punya badan.
" Sehabis baik Datin Sri Suraya menerangkan hal itu.
Dia tidak mahu kerana sikap Shaza, persahabatan mereka dengan kedua orang tua Shaza yang terbina lebih tiga puluh tahun itu berantakan.
Jadi sehabis baik juga dia mengawal dirinya dari memarahi Shaza.
Shaza menghentak kaki tanda protes.
Tanpa sebarang kata, dia melangkah masuk ke bilik tetamu yang menjadi bilik penginapannya selama beberapa hari itu.
Datin Sri Suraya mengusap lembut dadanya.
Dia tidak betah berdepan dengan sikap Shaza yang suka memprotes.
Dalam masa yang sama, dia bimbang seandainya dia hilang sabar dengan sikap Shaza.
"Abang rasa, kita kena minta Shaza balik.
Dia bukan ada pertalian darah dengan kita.
Sampai bila kita nak bagi dia duduk di sini.
Betul kata Farid.
Tak manis, sayang.
Kita ada anak bujang.
Abang juga lelaki.
Syaitan nak menghasut tak kira siapa.
Abang sendiri tak selesa dengan cara pemakaian dia.
Apatah lagi anak dara kita pun tak pernah pakai macam tu depan kita.
" Lembut Tan Sri Aiman menutur kata.
Dia tidak mahu menguris hati permaisurinya.
Tapi dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu anak-anaknya menjauh.
Dia faham reaksi anak-anaknya.
Walaupun Aleesya perempuan, dia juga tak selesa melihat penampilan Shaza.
Datin Sri Suraya memandang tepat ke wajah suaminya dengan pandangan yang sayu sebelum akhirnya dia mengangguk.
"Sayang akan cakap pada Diana.
Harap dia faham.
Lama-lama macam ni, sayang pula yang kena sakit jantung.
" Tan Sri Aiman tersenyum mendengar jawapan isterinya.
Tubuh itu diraih ke dalam dakapannya.
Jatuh bangunnya hanya isterinya yang ada selama ini.
Jadi tak mungkin dia membiarkan isterinya bersedih.
Apatah lagi kegembiraan isterinya adalah anak-anak mereka.
Sumber:Internet