Gelap

Abang Superbike 25

🇲🇾 Malaysia
Kelajuan: 1.0x
Status: Sedia
×

Bantuan tetapan main balik

Jika sudah menggunakan Chrome/Edge, tetapi tetap tidak boleh putar, semak tetapan Telefon/PC Anda.
Pastikan enjin TTS aktif, menggunakan bahasa yang ingin anda dengar.

Untuk pengguna Android dan OS lain

Untuk pengguna Android, Harmony, Lineage, Ubuntu Touch, Sailfish, ColorOS / FuntouchOS, hyperOS, dll
Akses Menu: Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Output Teks-ke-Ucapan.
Jika tiada, Tetapan > kotak carian di atas > masukkan "text-to-speech" atau "text"
Lalu pilih teks-ke-suara atau teks-ke-ucapan, atau yang serupa dengannya.
Untuk menambah bahasa, klik ikon gear ⚙ > pasang data suara pilih bahasa yang anda inginkan.

Untuk pengguna iOS

Buka Tetapan > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan
Atau tetapan > kotak carian di atas > masukkan "kandungan diucapkan" enter
Untuk tambah bahasa pilih suara pilih suara

Untuk pengguna PC MacOS

Akses Menu: Klik Menu Apple () > Tetapan Sistem > Kebolehcapaian > Kandungan Diucapkan.

Untuk pengguna Windows

Windows 10 & 11
Akses Menu: Buka Mula > Tetapan > Masa & Bahasa > Pertuturan atau Speech.
Windows 7 & 8
Panel Kawalan > Kemudahan Akses > Pengecaman Pertuturan > Teks ke Ucapan
Windows XP
Mula > Panel Kawalan > Bunyi, Pertuturan dan Peranti Audio > Pertuturan
Windows 2000 & ME
Mula > Tetapan > Panel Kawalan > Pertuturan
Untuk pengguna PC jenis lain, seperti Linux, ChromeOS, FreeBSD, dll.
Sila cari tetapan untuk aktifkan text-to-speech di enjin carian, seperti Google, Bing, dll

Nota Buat masa ini, halaman ini berfungsi mengikut enjin daripada peranti anda.
Jadi suara yang dihasilkan, mengikut enjin TTS daripada peranti anda.

Abang Superbike 25

. "FIE..." Safina menoleh saat namanya diseru.
Tersenyum dia melihat Sham dan Suzan yang melangkah masuk ke dalam restorannya.
"Nah..." Sekeping kertas dihulurkan oleh Sham.
Berkerut seketika dahi Safina.
Namun, huluran itu tetap disambut.
Tersenyum lebar Safina melihat apa yang tertera di atas kertas itu.
Tanpa sedar dia melompat keriangan.
"Wei... serius ni? Aku rasa macam mimpi pula.
" Safina menyoal gembira.
Seakan tidak percaya apa yang dilihatnya.
Suzan lantas memeluk erat tubuh Safina.
"Tahniah Fie.
Apa pun aku doakan semoga kau berjaya masa hari pertandingan nanti.
Aku sendiri tak sangka kau terpilih.
Ramai kot calon yang berkebolehan.
" Sham mengukir senyum.
Gembira melihat senyuman kegembiraan Safina.
Minggu lepas Safina sempat menyertai saringan untuk menyertai perlumbaan Kejohanan superbike anjuran tempat Sham bekerja.
Namun dia langsung tidak menyangka yang dia akan terpilih.
"Sila pastikan team kau ready untuk hari tournament nanti.
" Safina angguk faham.
Dia benar-benar teruja.
"Makanlah.
Aku belanja.
" Safina mempelawa mereka makan.
Bukan selalu belanja diorang.
"Bil dorang masuk dalam akaun akak nanti ye.
Akak nak naik atas kejap.
" Sempat Safina berpesan di kaunter pembayaran sebelum melangkah naik ke galerinya.
"Boy..." sergah Safina sebaik sahaja melihat Boy yang sedang ralit menatal skrin telefon.
Mujur tak terpelanting telefon bimbit ditangannya akibat disergah oleh Safina.
Mengekek Safina mentertawakan Boy.
"Aku ada good news.
" Safina jungkit kening sambil tersengih membuatkan Boy tidak sabar untuk mendengar.
Telefon bimbit disimpan ke dalam kocek seluar.
Dia mahu memberi tumpuan atas berita yang ingin disampaikan oleh Safina.
"Aku dapat masuk final.
" Safina menjerit teruja.
Melompat Boy mendengar berita yang disampaikan.
Dia turut teruja mendengar perkhabaran yang dibawa oleh Safina.
"Wei... tahniah.
" Boy joget goyang punggung akibat teruja.
Ketawa geli hati Safina melihat tingkahlaku Boy.
"Pastikan budak-budak kau dah ready.
" Boy cantum ibu jari dan jari telunjuk tanda okey.
"Motor mana?" soal Boy tidak sabar.
Mendengar soalan Boy, Safina terdiam seketika.
"Nanti aku fikir.
Aku nak ke bawah dulu.
Nanti bagi aku nama budak-budak kau ye.
" Akhirnya Safina bersuara.
Boy mengangguk faham.
Baru beberapa tapak melangkah meninggalkan Boy, Safina berhenti.
Ada sesuatu yang bermain difikirannya ketika itu.
"Macam mana progress tempat tu?" soal Safina tiba-tiba.
Terkebil-kebil Boy cuba mencerna soalan Safina.
"Nanti hantar report kat aku.
" Akhirnya Safina meninggalkan Boy yang masih terpinga-pinga.
Kepala yang tidak gatal digaru.
Masih cuba mencerna soalan yang diajukan oleh Safina sebelum akhirnya dia tersengih.
Dahinya ditepuk.
"Ala apalah lembab otak aku hari ni," bebel Boy sendiri.
Telefon bimbit di dalam kocek segera dikeluarkan lalu dia membuka aplikasi WhatsApp.
Setelah menaip beberapa patah, butang send segera ditekan.
MALAM ni jumpa dekat restoran ye.
Aku dengar ada good news.
~Ahmad FaridSafina tersenyum senget dikala menerima kiriman WhatsApp dari Ahmad Farid.
Tanpa sebarang balasan dia menyambung semula kerjanya di dalam pejabat.
Dua hari lagi dia harus membayar gaji kepada pekerjanya.
Dia perlu memastikan jumlah yang dimasukkan ke dalam sistem sama dengan jumlah yang telah dikira bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku.
Sedar tak sedar jarum jam menunjukkan ke angka 5.
Boy segera mengetuk pintu pejabat Safina apabila melihat tiada tanda Safina akan keluar.
"Fie, kau tak pergi ambil Wawa ke? Dah pukul 5 ni.
Selalunya awal kau keluar ambil dia.
" Safina angkat kepala melihat Boy yang terpacak di depan pintu pejabatnya.
"Dia keluar dengan kawan-kawan dia.
Nanti dia terus balik rumah.
Ada event apatah.
Lupa dah aku.
" Safina tersengih.
Boy sekadar mengangguk faham sebelum berlalu menyambung kerjanya yang tergendala.
"Boy, kau dah dapat belum budak yang akan tolong kau nanti?" soal Safina menghampiri Boy yang sedang membersihkan habuk di tempat pameran.
Ikutkan bukannya ada habuk pun.
Tapi Boy selalu bagi alasan yang dia nak galeri tu sentiasa bersih tanpa sebarang habuk.
Safina sungguh mengagumi sikap rajin yang ditunjukkan oleh Boy.
"Aku okey jelah kalau sorang.
Bukan sibuk mana pun galeri ni.
Nanti kau nak kena keluar lebih pula bayar upah.
" Safina menggeleng.
"Bukan semua kerja kau nak kena hadap sorang.
Aku mampu lagi nak bayar sorang lagi pekerja.
Kau jangan risau.
" Safina menepuk lembut bahu Boy.
"Fie... kalau kau nak ambil pekerja juga, kau ambillah perempuan.
" Safina mengecilkan matanya mendengar saranan Boy.
Kening kirinya terangkat.
Melihat riak Safina, Boy terus bersuara, "Kau jangan nak fikir bukan-bukan ye.
Aku nak suruh jaga kaunter je pun.
"Namun riak wajah Safina tetap tidak mempamerkan riak puas hati dengan jawapan yang telah diberikan oleh Boy.
"Betullah Fie.
Kan okey sikit kalau perempuan yang jaga kaunter.
Kalau lelaki ni garang sikit.
Kalau perempuan ni orang cakap manislah juga.
Tapi janganlah perempuan spesis macam kau.
Kasau!" Selamba Boy menuturkan kata tanpa menoleh ke arah Safina.
Dia boleh membayangkan wajah Safina ketika itu.
"Argh..." Boy menjerit sakit.
Kedua belah tangannya cuba menahan tangan Safina dari terus menarik telinga kanannya.
"Wei... sakitlah.
Habislah capang telinga aku nanti.
Woi... lepaslah jatuh saham aku nanti.
" Boy merungut sambil berusaha untuk melepaskan telinganya dari menjadi habuan Safina.
Safina akhirnya melepaskan telinga Boy.
Sempat dia tersenyum sini sebelum menyambung bicara, "Siapa yang nak jadi cashier tu?"Boy tayang sengih.
"Adik kawan aku.
Baru sampai dari kampung.
Tolong aku Fie.
Aku risau sebab dia perempuan.
Tempat tinggal pun tak ada.
Datang KL ni semata-mata nak cari rezeki.
" Safina hanya mengeluh mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Boy.
"Habis tu dia duduk mana sekarang?" soal Safina menasaran.
Melihat Boy yang tidak betah macam cacing kepanasan membuatkan Safina bercekak pinggang.
"Eh... taklah.
Kau jangan nak fikir bukan-bukan pula.
Aku bagi tumpang rumah mak.
" Cepat-cepat Boy membela diri.
Bimbang andai Safina membuat andaian yang bukan-bukan.
"Ye ke?" soal Safina tak puas hati.
Matanya dikecilkan memandang Boy.
"Ala... betullah.
Jap aku call mak.
" Segera diseluk poket seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit sebelum nombor telefon ibunya di dail.
"Assalamualaikum mak... Dah makan ke?" soal Boy.
"Mak, Fie nak cakap dengan mak ni.
Boleh tak?" Tidak lama selepas itu telefon bertukar tangan.
Tanpa rasa bersalah Safina terus membawa telefon Boy masuk ke pejabatnya meninggalkan Boy sendirian.
Boy yang melihat reaksi selamba Safina hanya mampu tersengih.
Entah macam manalah ibunya boleh jadi rapat dengan Safina.
Dia sendiri tak tahu.

Sumber:Internet